Saturday, February 6, 2010

Tsunami at Haeundae, best + tragis


 
Bismillah wal hamdulillah,


Hmm.. kepala saya masih lagi terasa sakit, mungkin kerana terkena panas matahari sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan menziarahi keluarga tunang abang saya di Besut. Sekarang ni dunia sangat panas, mungkin terlalu banyak menanggung dosa2 manusia yg semakin hari semakin lalai sehinggakan kabur tentang akhirat yg bakal ditempuhi. Kalau dahulu jam 12 pun masih lagi teduh, skrg ni, jam 10 pagi sudahpun panas terik, sebab tu lah kadang2 rasa malas nk keluar rumah…tapi…kalau tak keluar rumah..jadi kerusi dan meja makan sudah la..hahaha..


Oklah, saya terasa nak share sket tentang sebuah cerita korea yg saya tonton kat rumah. Tsunami at Hauendae. Cerita ni mmg best. Nama pun dah sampai tahap Box office. This is the first Korean drama which reminds me about kebesaran ALLAH. Not like others, pasal cinta cintun je..muak gak rasa, tapi ok la gak, if u all tgk sekadar mengambil iktibar. Sbb ade gak elemen2 kemanusiaan yg diselitkan yg bleh kita jadikan panduan dalam hidup. Bak kata org tua2, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan kan? Pandai2 la kita menilai.. masing2 dah matang kan…


Orait, kembali kepada topik asal… Tsunami at Hauendae adalah sebuah filem yg mengisahkan tentang mega-tsunami yg melanda Haeundae di saat kehidupan yg paling manis dirasai oleh manusia. Bak kata orang puteh, Disaster strikes at the happiest moment. Lakonan mantap oleh Sul Kyung Gu dan Ha Ji Won dan beberapa pelakon lain yg sy tak igt pun nama diorang..hehe. Namun, apa yang saya ingin fokuskan di sini bukanlah kepada sinopsis atau plot cerita ini, tapi, ulasan yg lebih bersifat umum dan paling penting kaitannya dengan kehidupan Islam. Bukankah hidup itu indah dan mantap jika sentiasa memandang sesuatu dengan pandangan Islam kn?

Filem ini mempunyai persembahan grafik yg cukup mantap.  Kejadian mega-tsunami yang digambarkan cukup real dan menggerunkan. Gambaran ombak besar yang mengejar ribuan manusia yang cuba menyelamatkan diri cukup mendebarkan. Dalam erti kata lain, produser berjaya menghasilkan satu panic situation yang nampak agak real la.. Salah satu babak yang cukup menyeramkan adalah ketika tiang elektrik jatuh ke dalam banjir yg disebabkan ombak besar. Ketika orang2 terkapai2 berenang cuba menyelamatkan diri, sedikit demi sedikit, tiang elektrik terselam di dalam air dan seperti yang kita ketahui, air adalah konduktor elektrik yang cukup bagus dan sekaligus membunuh ribuan manusia yang sedang lemas. Hero dan heroin of course la terselamat..hehe..Apa yg dikatakan disaster strikes at the happiest moment is, mega tsunami ni melanda di saat cinta mula terluah antara hero dan heroin, di saat seorang anak mula mengetahui siapakah bapanya, di saat isteri dan suami yg bercerai mula menjumpai semula titik persefahaman antara mereka dan di saat manusia sedang leka berseronok di tepian pantai..huhu

Apa yg saya merapu di atas mempunyai maksud yg tersirat. Bagi saya, cerita ini mempunyai value yg tersendiri. Walaupun pada dasarnya produser cuba menggambarkan kesedihan dan ketragisan apabila disaster menyerang pada saat paling manis dalam hidup, bagi saya, ia sudah cukup memberi pengajaran bagi yang tahu dan mahu berfikir. Dalam bahasa direct dan mudah, ia sudah cukup member iktibar tentang bala dan juga kaitannya dengan hari kiamat. Dalam cerita ini, digambarkan manusia lari-selari-larinya menyelamatkan diri sampai tahap memijak kepala orang lain. Manusia macam dah gila. Besarnya ombak, tak pernah terduga di minda manusia. Sudah cukup untuk menggambarkan akan haru birunya manusia pada hari kiamat kelak. Namun, kedahsyatan hari itu mmg tiada siapa pun yg akan tahu tahapnya bagaimana, kerana soal hari kiamat bukan urusan kita. Ia termasuk perkara2 ghaib yg ALLAH sahaja tahu bila dan bagaimana.

Namun begitu, Allah s.w.t telah bnyk memberi peringatan kepada manusia tentang hari yang dahsyat itu melalui surah2 seperti Al-Qariah, Al-Zalzalah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah, Al-Haqqah dan banyak lagi surah lain tentang hari kiamat ini. Tapi, berapa banyak yang mahu mengambil pelajaran?? kebanyakan manusia sebenarnya masih lagi di takuk lama. Malah ada yg semakin teruk akhlak dan akidahnya. Astaghfirullah…Wa Nauzubillah..

Tsunami itu hanyalah sedikit sahaja. Tak sampai sesuku bumi pun. Namun, manusia dah hilang akal dah. Bayangkan pada hari kegoncangan nnt.. seluruh alam semesta yang di hancurkan… mmg tak dapat dibayangkan kn?

Owh ya, satu lagi value yg saya dapat extract ialah… mmglah mega tsunami tu adalah peringatan atau bala ALLAH kepada kemaksiatan manusia. Manusia yang dok kat tepi2 pantai tu..sape suruh pakai seksi2? Sape suruh wat benda2 tak best dipandang?? ALLAH dah murka kn?

Apabila bercakap tentang balasan ALLAH ni.. dipihak saya sendiri merasakan sangat berat. Sbb diri sendiri masih mempunyai banyak amanah yg tak dpt dijalankan dengan sempurna. Sepatutnya apabila mengetahui orang2 sekeliling melakukan kemaksiatan, kita yang faham harus perbetulkan. Tapi, kadang2… siapalah kita kan? Walaupun rimas sangat tgk kejahatan tu..tapi… . Mungkin kena lebihkan doa supaya diberi kekuatan. Sampai bila nk benci dalam hati je? Sampai bila nk biarkan iman tu adalah selemah-lemah iman kan? Erm… sbb tu lah nk berdakwah ni takleh sorang2. Kena ramai2…lagi best kalo ade kuasa. Lagi best kalo Negara kita ni betol2 negara Islam, Betol tak? Pandai2 la korang nak pikir ape..

Oklah, sy nk wat bnda lain lak... … minta maaf kalo ade ayat2 yg tak best dibaca sbb sy ni bukan pandai sgt bercerita..hehe
Da~~~


:: life is so great with Islam ::

Wednesday, October 28, 2009

Segalanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz :)


Thanks my S.A! I love you! (my SA is a she, don't misunderstanding k :P)


Bismillahirrahmanirrahim

Sakit kepala saya belum lagi redha, berat sungguh rasa kepala har
i ni, mungkin saya diserang  migrain...maybe...[that's my problem, always don't know what the type of pain i have, even migrain pun xtau macam mane sbnrnye..huhu]

tapi tu la...sudah hampir 2 mggu saya  mengalami sakit kepala..others say maybe because of 
stress...[maybe..maklumlah..final sem.. bnyk kerjaan yg perlu dihantar, tapi takdelah stress
sgt saya rase..sempoi dah la..hehe] and today is the worst, astaghfirullahalazim,alhamdulillah, wa innalillah..mungkin kaffarah dosa2 kn... .

After peforming my zohor prayer.. i'm tota
lly flat in my telekung..huhu.. mmg tak bleh nk bgn langsung..a lot of sms i didnt reply,tak mampu nk bertahan dh!. why not i'm taking the pain killer?? owh no! taknaklah, mggu lepas dah makan sebijik, xnk dah, nnt kalo dah kna rely ngan panadol or pain killer susah la hidup saya...dugaan...


ketahuilah bahawa, ini adalah sejenis pain killer :(


hari ni gak everything i do serba tak kena!.Pegi exam unit, amek transkrip, transkrip bnyk 
salah lak,nk baiki consume a few weeks lg, dah la baru siap, hntr form dah 2 miggu lebih dah, nk certified, kakak sombong tu kate amek ptg ni lak...adeh, mlsnye nk dtg ptg, jauh 
kot..lagipun dah boring ngadap muka kakak yg tak friendly tu.. pastu g kelas, silap masuk 
kelas. Masuk kelas lak, tarik meja terjatuh balik, bunyi bising, kepala pusing2, nasib baik Dr 
Ani ajar best, takdelah rase stress sgt, pastu ni..pastu tu..bla..bla..bla.. [ape2 pun, segalanya 
telah tercatat dalam lauh mahfuz, saya redha jer]


tapi skrg ni saya gagahkan juga diri utk menulis, sbb ptg2 mcm ni taktau nk wat ape. Nak 
jogging, hujan lak.. sleep? definitely no! bertambah2 sakit kepala nnt... lagipun org kata, tido lepas asar ni tak bagus kn..sbb mase tu fungsi badan kita sgt lemah n ape2 penyakit pun sng dtg. Well, i'm avoiding this habit, coz sometimes ade gak terlentok di waktu2 terlarang 
ni..when i'm really exhausted!..huhu. jom kembali menulis dengan satu misi yang tersirat :P

 
oklah, i'm quite lazy now to write more, nk listkan bbrp point which happened and will  happen to me :
  • I got something from my secret admirer! Sape ek? jeng3..
  • Interview pospone lagi [mybe in november..ah..come back to UTP..again... =( or might be at KLCC?perhaps..]
  • FYP alhamdulillah dah siap, tapi sv suruh tambah ukuran n scale kt gmbr lak.. [tak siap lagi la tu kn..hehe]
  • next week i'm gonna have 3 test! 3rd, 4th and 6th november, fuyyo! on 4th nov also kna submit HRM project, 2nd nov FYP dissertation.. 2 to 6th nov are the date range for HRM presentation, ya ALLAH, hectic sungguh!
  • Tadi dah pegi mengundi. Campus election..hehe..berdebar-debar menunggu kemenangan :) , hope candidate num 1 will win, well, i'm one of his FC :D
  • wiken ni kna all out lah!bnyk keje.
  • saya tgh rase sedih sebab dah tak lama dah nk tinggalkan kampus tercinta ni... huhu
  • saya juga terlepas beberapa kenduri kawen senior2 kerana kebizian yg amat.
  • Kakak saya juga nak bawak saya ke bukit cerakah nnt, sbb saya gtau dia yg saya dah lama tak jogging. Kolestrol bnyk dah ni :P .[ Really miss the moment with my sahabats n adiks2 at Bukit Larut. Indah sungguh!]


menikmati nasi lemak Pak Ali di puncak bukit larut :)


Rase macam dah ade kat oversea..hehe


dah..malas dah nk tulis, nak study lak ni. Post ni adalah posting yg paling lama mengambil 
masa. bayangkan, saya  start from 6.30pm, n skrg dah 1.27 am, haha... lama tertangguh, sbb 
ade bnyk hal tadi. Dating + meeting+melenting dan mcm2 ting lagi... hehe [mengapekah agak poyo skrg ni? takpelah..biar poyo asalkan islamik...hehe, sesungguhnya Islam itu syumul, dan sgt menggalakkan umatnya sentiasa gembira. Tak bleh sedih2, kalo sedih igt dosa takpela.. :). And my headache dah beransur-ansur ok after jumpa kwn2 tadi.. :)

 
p/s: already got the campus election result. As expected, bukanlah satu kerugian sy 
mem"promote" candidate num 1 :) . Btw, syabas to all, tak kira lah mng atau kalah. All of you have done your best!

 

marilah kita renungkan bersama-sama:
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yg sombong dan membanggakan diri,"

"iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir.Barangsiapa berpaling dari perintah-perintah ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH, Dia Mahakaya, Maha Terpuji."

(Al-Hadid, 57: ayat 22, 23, 24)


::sesungguhnya segalanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz::


Follow us for more tips :)