Sunday, May 24, 2009

makna yang sebenar…

Teman,

Atas tautan ukhwah

Juga atas satu dasar yg kukuh Nan Aqidah Muslim,

Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa’

Engkau sedia maklum,

Engkaulah hiasan dunia,

Lantaran fitrah itu,

Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki ,

Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,

Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,

Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,

Dan tentulah temanmu yg diimpi,

Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa’

Aku mengetahui halusnya perasaanmu,

Engkau ingin disayangi,

ingin dimanjai,

Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..

Dan aku juga tahu,

Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa’

Ketahuilah engkau,

Bercinta itu fitrah,

Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,

kasihilahgnyakerana Pencipta Fitrah,

Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,

Engkau tak kan bisa,

Melunakkan soutul engkau,

Engkau tidakkan bisa,

Melemparkan panahan menggodamu,

Kerana engkau tahu,

Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui,

Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,

Namun nafsu itu sentiasa beraja,

Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,

Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa’

Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal,

Andai engkau mencintainya,

Cintailah ia keranaNya,

Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,

Engkau tidakkan bisa,

Mengajaknya bermukah di taman sepi,

Kerana engkau tahu,

Dia punya 9 nafsu, 1 akal,

Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya keranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya

Walaupun yg ringan-ringan,

Kerana engkau tahu,

Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan ?

Zina tempatnya di api yg menjunam?

Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa’

Sahabatku ar-rijal

Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,

Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,

Dan engkau kan

merasa cinta manusia ..

Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului,

Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,

Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,

Engkau tidakkan rindu,

Andai sehari tidak besua,

Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan“I love you”.

Kerana engkau percaya..

DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik

DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,

Dan andai dia yg terbaik untukmu,

DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yg terbaik buat kalian…

Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!

Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,

Bicaraku penuh ketegasan,

Aku tidak membencimu,

Tetapi aku membenci munkar itu,

Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,

Aku menegur yg mana mampu,

Kerana aku takut,

Andai aku tidak menegurmu,

Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,

Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa,

yg terlalu AZAB!!!Na’uzubillah min zalik…

Sama-samalah teman, Pagarilah imanmu

Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah Dia ,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan Dia.

Serahkan segalanya pada Dia

Kerana DIA tahu yg terbaik

Sedangkan kita tidak…….

Allah Maha Mengetahui.

Akhirul kalam

Letakkan si DIA dlm hatimu,

Engkau akan merinduiNYA

Andai harimu tiada ingatan kpdNYA

Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu,

Engkau kan

rindu Andai DIA tidak memandangmu,



Engkau takkan keruan andai Doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..

Kerna engkau yakin di Sana,

adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..

Dan engkau akan merasakan Erti bercinta yg sebenar

Insya ALLAH!

wallahualam…..

~~~sometimes the truth hurts…..but we must accept it because HE knows the best….~~~



Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru pula...


Selamat hari Guru kepada semua cikgu...
terkenang semasa di form 3...
cikgu kesayangan saya ialah... Tce Khuzaimah...
a very sweet n caring teacher
for me....
miss those moment~~


"Terima kasih cikgu...
Happy Teacher's Day"

=)

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari ibu....

Bismillahirrahmanirrahim....

Final exam semakin hampir.... dalam sehari lagi....mungkin ade yang rileks, stress n semangat...
apa2 pun, usahalah dengan sebaiknya dan banyakkan
lah PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH.
Sesungguhnya, banyak mane pun usaha, kalau ALLAH tak redha atau tak berkati.... itu tak dapat memberi apa2 pun kat kita....Usaha dan doa kna seiringan....insyaALLAH...
sebelum terlupa, SELAMAT HARI IBU kepada ibu ana n kepada semua ibu di dunia. Tak lupa juga kepada bakal2 ibu..hehe
ana sayang ibu ana tahap infiniti.
dan all da best untuk yang bakal amek exam!
InsyaALLAH ana akan update lagi blog ana
after exam... =



Follow us for more tips :)