Friday, July 27, 2012

Spot Whitening Treatment





Spot Whitening Treatment


  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Gentle Deep Foaming Cleanser







Gentle Deep Foaming Cleanser


  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Testimonial : Rasa lagi bertenaga dan sihat after 3-5 days makan shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan untuk anda semua. Apa khabar iman? Ibadah OK? Hari ini kita dah pun masuk hari ke 7 Ramadhan. Allah..sungguh pantas masa berlalu kan.. Allahurabbi..cuba kita check balik sejauh mana taraf ibadah kita?munajat kita? ayuh, jgn sia-siakan Ramadhan yg masih berbaki ni. Setahun sekali je leh jumpa, manfaatkan betol2 yer, takut2 ni Ramadhan terakhir kita..Astaghfirullah..

ha...berbalik pada topic yg sy nk share pagi ni.. adalah tentang junior saya, Nawal yang sudah mengambil shaklee hampir 3 minggu dah. Antara supplement yang diambil adalah bc0mpleks, vitamin C, Vitamin E dan ESP. Dan after dlm seminggu lebih mengambil supplement2 ini, anda nak tahu apa kata Nawal? Sms nye kepada saya lebih kurang beginilah:

"Alhamdulillah...followed your instructions on cara makan dia, Alhamdulillah, rasa lagi bertenaga dan sihat after makan shaklee. Housemate2 pun ade tegur nawal nampak makin sihat, kalau tidak, nampak lesu dan pucat je. InsyaALLAH nak restock ESP soon. Will roger u then. Thanks gain akak"

Subhanallah! syukur mendengar feedback sebegini. Thanks ALLAH for giving Nawal a helthier life after berikhtiar dengan mengambil shaklee dan mengikut cara pengambilan yang betul.Pada asalnya, Nawal berminat nak amek vitamin untuk skincare, dan sy cadangkan vitamin2 ni. Walaupun effect pada kulit belom nampak secara ketara, Nawal dapat bonus dari sudut tenaga tu. Ini menunjukkan vitamin2 ni sudah ada reaction pada tubuh Nawal.

ha..apa kata sekarang kita usya2 sket apa la fungsi2 vitamin yg diambil Nawal nih!

1. B compleks
  • B yang Lengkap dan Seimbang
  • B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  •  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan  menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang  mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg
  • b compleks juga bertindak sebagai anti stress dan memastikan kesihatan fungsi saraf

2. Sustained Release Vitamin C 500mg
  • Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
  • membantu dalam pembentukan kolagen,mencantikkan kulit, dan mempertingkatkan sistem imun
3. Vitamin E complex with Selenium


  • Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan:
    •    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
    •    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • sebagai anti oksidan sebagai langkah pencegahan kepada kanser, anti penuaan, dan menyihatkan kulit dengan cara memudarkan parut dan mempercepat penyembuhan luka
4. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  • Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
  • Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
  • Shaklee ESP:
    •    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
    •    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
    •    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
    •    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Pemberi tenaga segera yang berpanjangan dan baik untuk kulit (rahsia awet muda)


ha...bagus kan vitamin shaklee nih! InsyaALLAH,tidak rugi membelinya. Bagi saya, menggunakan shaklee adalah satu ikhtiar untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Memang menyembuhkan atau memberi kesihatan yang baik itu urusan ALLAH..tapi bukankah ALLAH suruh kita usaha juga kan??

berminat nak cuba SHAKLEE? Sms sy di 013-4404869 atau whatsapp ke 019-7291880 (^_^)v


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday, July 23, 2012

Syidah Nur : Pengedar Shaklee anda di Setiu, Terengganu

Assalamualaikum

apa khabar smua? puasa ok? jgn curi2 makan lak yer.. hihi

Alhamdulillah..hari ni saya masih lagi cuti. boleh main2 ngn Umar Mukmin lagi..hihi. 

dan dikesempatan ini..saya nak kenalkan awak semua dgn anak buah saya, Syidah Nur

Syidah Nur ni dah Sah Jadi Pengedar SHAKLEE di Setiu, Terengganu, ID: 883791

Nama Tak jauh Beza ngan saya kan?? hihi ada aura tu..

Kalau anda especially yang dok kwsn2 berdekatan ngan Setiu tu and rasa nak cuba SHAKLEE,

feel free utk contact dia yer. bukan Khusus utk setiu saja, yg berada di kwsn lain pun dialu-alukan kerana shaklee mmg menyediakan service pos juga untuk anda.

bleh melawat blog Syidah ni http://ungu-is-purple.blogspot.com/

bleh jugak like page beliau di FB : http://www.facebook.com/VitaminPilihan?ref=ts

atau boleh hubungi beliau di  num 0138452094/ 0128896887/ syahidahrazali@gmail.com  untuk sebarang pertanyaan =)

order jgn tak order yer, SHAKLEE mmg terbaekk!!

Saturday, July 21, 2012

testimonial : Lecithin dan cinch benar-benar mampu membakar lemak secara sihat tanpa bersenam?

salam ramadhan kareem utk anda semua. puasa tak? hihi.. oklah smpena bln puasa ni sesuai sgt la kn kalo sy nk bercerita ttg nak kurus. ramai gak yg brtny sy ttg ape produk shaklee utk kurus nih. mmg ade dik oi.. mmg shaklee ade shape up programme yg trdiri drpd cinch shake, lecithin dan herblax. tp ade a few yg ragu2 utk amek. so, sy ambil peluang ni utk share satu perkongsian dari kak cery nih. semoga  bermanfaat =] source


*******************************************************
Ptg tadi Nani dah selamat ambil Cinch Shake beliau ..siap order 3 botolLecitin utk twin cousinnya... ni kire repeat order from her... . .lupa lak nak snap gambar si Nani ..pakai baju kurung gitu... hehe.. jadi wanita melayu terakhir..hehe

ni kata beliau setelah sebulan mkn... baca lah...dari blog beliau yer..here

ok la..since I dah makan product shaklee CINCH and LECITHIN for a month...cube tekaa..dah berapa kilo berat saya turun??? heheh..jeng jeng jeng...I LOST....3 KG!!!Okla tu kan,,sebulan dapat turunkan 3Kg..lau turun mendadak nnt badan akan cepat naik..Ok ape..bukannye I bersenam pun..hehe..saya akan minum Cinch around pukul 11.30pg after I dah breakfast.Then, saya kadang2 memang tak akan lunch pon sbb perut dah kenyang minum cinch tu..tapi saya akan lapar balik around 5-6pm.

SO time ni saya akan dinner dah..saya mmg dinner awal..nnt ayah saya marah. sbb biasa org cina dinner b4 7pm..so ..my father cam tula..nk tau berat saya dulu berapa? starting from 48kg..berat saya naik smpai 65kg..antara sebab2 nye saya dinner after 7pm.mmg sape makan lewat malam bdn akan naik..so minum Cinch tu untuk gantikan makanan lain la.drpd ambik yg lemak n carbohydrate yang byk, baik minum cinch.lagipun cinch ni bukan sekadar mengenyangkan..tapi bakar lemak sekali,,n setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,,

ok la tu lemak ilang byk tu sehari..dengan keadaan I yg bukannye bersenam nie..hehe..xsempat nk bersenam..bersenam ngan window shopping je.So, sesape yg nak kuruskan badan tu..sangatla saya saran kan ambik product ni..lagipun shaklee ni dah lama wujud kat dunia ni.So, kewibawaan product dia tak dapat di ragui la..and skang ni pun..mane2 I pegi mesti org akan cakap..diet ek??nampak kurus la skang..heheso seronok bila ade orang cakap camtu..So, I decide to keep using this product until i reach my target weight,,tapi after dah smpai target pun still nak guna jugak..coz nak maintain la plak kan??

hehe..ok

Hmm... detail sungguh si nani ni.. patutla dia bleh kire brape gram lemak yglecitin ni bakar... sbb penimbang beliau tu digital....Lecitin bakar lemak?..menarik..dan yg best tu..selamat untuk ibu2 menyusu yer..baca demo ni demolecitin. dan Oh ya Cinch Shake ni comes with 3 flavour..coklat,Vanilla, Caffe Latte..

Selamat berdiet cara sihat yerrr.....



************************************************************************
berminat nak cuba SHAKLEE SHAPE UP PROGRAMME?? Hubungi saya di 013-4404869 utk sbrg pertanyaan yer (^_^)v

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Friday, July 20, 2012

Sustained release?Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

hari ini saya nak cerita tentang kelebihan vitamin C shaklee. thanks kak cery for sharing info =). semoga bermanfaat


*******************************************************
Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained Released(pelepasan masa)?..Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianyadirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifatlarut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

sekilas fakta, 


Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits).Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan,kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi,membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan,meningkatkan penyerapan zat besi
**************************************************
berminat nk cuba vit C shaklee? hubungi saya di 013-4404869

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Top 5 foods for your parents and yourself!

Assalamualaikum. Anda tahu ape makanan yg terbaik untuk orang tua anda? dibawah ni saya share 5 jenis makanan terbaik untuk orang tua kita berserta penerangan kenapa ianya perlu. Ini adalah hasil pembacaan saya dari Majalah Kesihatan dan Kecantikan. Tips ini juga boleh diamalkan untuk diri kita sendiri sbgai persediaan menghadapi hari tua yang aktif dan sihat!Happy reading!


1. Sayuran Hijau Berdaun




  • Kenapa diperlukan : Untuk kesihatan Mata. Orang2 tua sangat mudah diserang penyakit katarak. Mengikut kajian, about 60% warga Tua yang berumur 60 tahun ke atas akan mula mengalami masalah katarak sama ada sedikit ataupun bnyk.
  • Sayuran Hijau berdauin mengandungi lutein (sejenis bahan antioksidan) yang mampu melindungi proses oksidan dlm mata yang menyebabkan selaput.
  • Selain Katarak, Lutein juga mampu melindungi masalah penglihatan lain seperti macular degeneration

2. Oat


  • Kenapa diperlukan: Untuk merendahkan tekanan darah
  • Tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh warga emas sangat berisiko memberikan serangan jantung dan strok. Makanan yg tggi dgn serat seperti oat dan roti tinggi serat dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan merendahkan tekanan darah
  • Kebaikan makanan bijirin yg tggi serat spt oat ini akan membantu penyerapan gula dlm darah secara terkawal dan membekalkan tenaga berterusan dan mampu mengawal Diabetes Jenis 2. 
  • Satu kajian dari Universiti di US mendapati bahawa, memakan oats sbnyk 6 kali sehari dapat mengurangkan tekanan darah
3. Beras Perang


  • kenapa diperlukan: Untuk Tenaga
  • beras perang adalah sejenis "whole grains" yang bermaksud, bhgn luarnya masih tidak dibuang untuk mendedahkan bhgn dalamnya yang putih.
  • Secawan beras perang memberikan 90% unsur manganese iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk menukar protein dan karbohidrat kepada tenaga
  • beras perang juga mengandungi 90% kandungan Fiber dan zat besi berbanding beras putih biasa.
  • kandungan Vitamin B adalah 70-90%
  • Makanan yg tggi dgn fiber akan memberikan rasa kenyang dgn lebih lama.
  • Wanita yang mengambil makanan yg mengandungi bnyk fiber akan lebih kurang risiko dlm 49% untuk gemuk berbanding wanita yang makan beras atau roti putih

4. Ikan





  • Kenapa diperlukan: Untuk kesihatan sendi
  • Ikan merupakan mknn yg sgt kaya dengan Omega-3, asid lemak perlu untuk badan kita yang sangat berguna untuk kesihatan sendi. 
  • Asid lemak ini mampu menukar enzim yang merosakkan rawan menyebabkan kesakitan dibahagian sendi
  • amalkan memakan ikan spt mackarel, salmon, tuna dan sardin sekurang2nya 2 kali seminggu untuk mendapatkan Omge-3 yg lebih kerana ikan2 yg berminyak/berlemak lagi bnyk kandungan omega-3 nya
5. Telur


  • kenapa diperlukan : untuk jantung yang lebih sihat
  • Ramai yang mengatakan telur tidak bagus untuk jantung, tetapi kajian dari Harvard School of Public Health in US, telah menemui tiada kaitan yang significant antara telur dan penyakit jantung
  • Satu Kajian juga yang disiarkan dalam Biological and Pharmaceutical Bulletin teleh menjumpai bahawa protein di dalam kuning telur dapat memperlahankan proses pembekuan darah di saluran jantung yang dpt mengurangkan risiko serangan jantung
  • telur juga mengandungi kandungan lutein yg dapat memelihara penglihatan yg baik
  • sebaiknya amalkan memakan telur ayam kampung kerana ianya fresh dan organik dan kandungan zat yg tggi.
note : Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, karena masih mengandung ketiga bagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain karena ada beberapa bagian yang hilang pada saat penggilingan, yaitu bekatul dan dedaknya.

ha,,, bagaimana? sgt berguna kan info2 ini?? jom kita sama2 mengamalkannya untuk mendapat kesihatan yang sejahtera. hargai kesihatan kurniaan ALLAH dgn mengamalkan diet yg sihat! (^_^)v

Wednesday, July 18, 2012

Program Kesejahteraan Shaklee (Family Wellness Programme)

gambar ihsan: Blog Kak Ira


Program kesejateraan Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan :
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • menguatkan sistem imun anda
  • membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Friday, July 13, 2012

Menggunakan Shaklee atau jamu untuk berpantang dan keguguran? Ramai yang memilih vitamin Shaklee..kenapa??

memandangkan terlalu lah ramai yang contact saya tanya tentang vitamin shaklee yang sesuai untuk bersalin . Jom kita baca perkongsian Pn Liyana yang ambil vitamin shaklee untuk berpantang selepas keguguran...

*******************************************************
saya alhamdullilah sihat..dan masih menggunakan vitamin shaklee untuk berpantang sebab keguguran..skang dah masuk 3 minggu saya makan vitamin shaklee..

Alhamdullilah,saya amat puas hati..saya mmg x ambil jamu ..hanya mkn vitamin2 ni shj..hari pertama lepas cuci rahim..dua jam slps itu,saya terus ambik energizing soy protien (esp) + mealshake..mmg sy rasa bertenaga n x letih..vitamin tertinggal dlm kereta seperti vitalea,b complex, vit c n zink.tp xpe, seb baik ada esp n mealshake..mmg sudah mencukupi utk hari pertama n memberi kesan. Macam espadalah energy booster,bina sel n baiki sel, rawat luka dalaman dan byk lg..Manakala mealshake ada protien n multivitamin.

Saya sgt bersyukur kerana saya xmerasa kesakitan semasa gugur n selepas cuci...sy sgt bersyukur..sbb di dalam hati kl blh sy xmahu rasa kesakitan itu..

Alhamdullilah Allah perkenankan doa saya di samping mmg saya mkn supplemen shaklee bermula masa saya breasfeeding ank pertama, ms pregnant ank kedua n seterusnya sekarang ms pantg keguguran ank yg kedua. Saya mengambil supplemen shaklee di ats kesedaran saya sbb sy perlu ambil supplemen yg memberi kesan yg baik,selamat dan tidak memudaratkan dan yg paling penting semulajadi.sbb sy ambik supplemen shaklee pn bermula semasa sy breastfeeding..dan matlamat sy,supplemen mestilah memberi kesan yg baik bkn shj kepada saya..tp kepada ank saya jgk...

Tapi shaklee tidak..ia mementingkan kesihatan ibu, malah ia disalurkan kepada ank melalui susu ibu..anak pn sihat.ibu sihat n bertenaga,luka cepat sembuh,susu pn lancar n byk,,ank pn sihat.mmg win win situation..malah wlpun ibu yg menyusu nak kuruskan badan pn blh tanpa menjejaskan production susu dan tak memberi effect kepada anak..itulah shaklee..memberi kesihatan secara menyeluruh.. 


vitamin apa ye yang diambil oleh Puan Liyana ni? jom kita tgk..

1. Vitalea (Shaklee Vitalea Iron Formula)

  • Merupakan produk pertama daripada Dr.Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 
  • Merupakan "killer product" of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
  • Ibu2 yang mengandung, berpantang dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung, berpantang mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. 
2. Vitamin C (Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg)
  • berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. 
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
3. B compleks

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.


  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada  tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  
4. Zink
  • Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 
  • Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
    Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*
  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
5. ESP



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
  • Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
  • Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
testimoni: 

"As salam sumer... ;) sajer nak share... I ader amik Vitamin C, Zinc complex, bcompleks, vitalea, ESP dan Ostematrix Shaklee..mmg kesan dia cepat sgt. Baru makan 4 hari... I dh rs beza sgt.. Dulu badan cepat letih... Susah bangun awal.. N malam susah tido... Tp lepas amik Vitamin nie mmg bdn rs sihat n happy.. yang paling penting senang sgt bgn pagi.. rasa segar walaupun tengah malam bgn breastfeed baby byk kali jugak... ;) Biler cek ruper2nyer Ostematrix tue yang membuatkan I senang bgn pagi... Tq so much shaklee.. :D"

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui : 


Email : shadiraakashi@gmail.com 
SMS/ WhatsApp : 0134404869 
Facebook Page: Ummu Umar's Choice 

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut... 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday, July 9, 2012

apa itu cyst ovari?? jom baca dan faham

kawan-kawan. saya kerap mendengar masalah wanita yang mengidap cyst ovari. namun, benar-benarkah kita memahami apa itu cyst dan apakah gejala2 cyst ini? jom kita baca satu perkongsian yg saya petik dari portal alam hamil. semoga bermanfaat. credit
__________________________________________________________________________________
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
·         Sakit perut
·         Rasa perut penuh dan tak selesa
·         Rasa berat pada ari-ari
·         Sukar atau kerap kencing
·         Sakit semasa hubungan seks
·         Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------


jika anda mengalami masalah cyst ovari ini, antara Vitamin yang dicadangkan adalah GLA complex dan Vitamin2 asas A,C,E


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Saturday, July 7, 2012

fakta tentang fibroid yang perlu kita ketahui



source: Utusan



Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.

Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim
memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

``Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,'' ujarnya.
Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.
Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

Apa itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Tidak pernah mengandung
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.

``Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

``Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,'' jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.

``Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.

``Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,'' kata Dr. Salleh.

Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.

Katanya: ``Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.''

Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Waktu sesuai merawat fibroid
``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.

Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.
______________________________________________________________________________
jika anda mempunyai masalah fibroid, boleh diikhtiarkan dengan mengambil vitamin asas ACE dan GLA complex. sbb Fibroid ni ada kaitan dengan imbalance hormon dan serangan radical bebas. GLA utk keseimbangan hormon dan ACE utk prevention dari free radicals. InsyaALLAH...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Follow us for more tips :)