Saturday, June 3, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART 2

Bertemu lagi kita!

Part 2 semestinya lebih menarik sebab bermulanya penerokaan kami di Jeju Island. Pulau Cinta. Hihi.
Hari ini kami secara tentative akan dibawa ke 4 tempat menarik di Jeju ini!

Setelah selesai breakfast, kami berjalan-jalan dulu sekitar hotel ramada plaza Jeju. Kerana di belakangnya terdapat laut dan trek jogging. Subhanallah, sungguh indah ciptaan ALLAH. Dengan cuaca yang cukup berangin, memang mendamaikan!


didepan hotel, belakang kami tu nama dia grandpapa stone :D

Hotel kami sebelah laut

Destinasi pertama kami adalah the mysterious road. Apa yang misteri di mysterious road ni adalah, kita kan Nampak kenderaan seperti menaik walau ianya sedang menuruni bukit. Kira macam ilusi optic la. Tapi, masalahnya.. saya tak Nampak pun..hahahha. Tapi kira Ok la..suami saya nampak. Kih kih kih. Sebenarnya ia lebih kepada ilusi optik, so lain mata lain nampak dia. Apa tak kena dengan mata saya eh??? Eh..mata orang lain la yg x kena. ahahha

mysterious road yang tak berapa misteri :P

Selepas ke mysterious road, kami dibawa ke KPOP museum. Ha.. yang minat KPOP sure melompat-lompat. Kami? Biasa2 saja. Hihi, tapi kalau Puan Shidah memang terlayan jugak drama korea sekali – sekala. Haha. Tapi xdalah fanatic sangat. So, dalam KPOP PLAY ni adalah game2 seperti bergambar dengan image2 holgram artis2 KPOP terkenal seperti WonderGirl dan Big Bang.


berangan jadi awek KPOP jap, sape ntah nama org ni, saya x kenal ahahaha

haha, ngade je kan bergambar dengan mamat korea :P

haha, posing la kita

ni pun saya x kenal, tapi selalu tgk dia berlakon haha


Oh, kami sempat juga la menyaksikan hologram concert big bang. Kelakar pulak tengok anak-anak muda terpekik-pekik macam real punya concert. Haha. Boleh la…terhibur jugak.


hologram concert, macam real kan :)

Dah puas berlegar-legar di KPOP PLAY, kami dibawa menikmati lunch di Restoran Seafood. Menu nya adalah seafood termasuk abalone. Tau tak abalone tu camane? Dia tu kategori siput macam dalam gambar bawah ni. Hihi. Saya memang xda makan apa la masa ni, cuma makan mackerel grill dan nasi putih. Memang jenis xmakan seafood pun tambah tengah pantang lagi :D

Setelah lunch, kami diberi ruang dan masa untuk menyempurnakan solat di restoran tersebut. Antara kelebihan join incentive trip dibawah Public Mutual ni adalah, makan dan solat sangat dijaga. Walaupun tour guide adalah  non-muslim, tetapi mereka menitikberatkan soal itu, sensitive dengan keperluan orang muslim. Trip pun diatur group sesama muslim. Bukan untuk perkauman, tapi untuk memudahkan perancangan jadual memandangkan solat juga akan mengambil masa kerana ruang yang terhad dan wudhuk di dalam tandas.

Setelah segalanya selesai, kami dibawa untuk menikmati keindahan Chanjeyeon Waterfall. Orang2 korea percaya bahawa adanya bidadari dari langit yang turun bersiram di sini pada suatu masa dahulu. Airnya sangat dalam dan pelawat tidak dibenarkan mengusik air tersebut hatta membassuh tangan. Jika berbuat demikian, akan didenda. Di signboard juga ada mengatakan jika mandi disitu, akan mendapat risiko serangan jantung. Ini kerana airnya yang sangat sejuk dan dalam.




Last destination pada hari kedua adalah the painters hero show studio. Kami dibawa menyaksikan concert yang dipersembahkan oleh 4 anak muda korea yang cukup berbakat dalam melukis. Persembahan yang diselitkan unsur-unsur komedi sambil menyiapkan beberapa lukisan cukup menarik! sungguh kreatif sehingga saya mengharapkan Umar juga akan mempunyai bakat melukis yang hebat seperti itu suatu hari nanti. Ye lah, Umar kan minat melukis! :)




4 anak muda bersama lukisan mereka yang disiapkan dalam persembahan berunsurkan komedi

nak jugakkk..ahahaa

bila dah puas bergambar bagai, maka kami dibawa pula ke restoran seafood untuk menikmati makan malam. Alahai...seafood lagi, saya rela makan kurma. ahahaaa...

bersambung episod 3 nanti ya :)

muah2x!

Thursday, June 1, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART I

Alhamdulillah,

Sempena 1st Ramadhan baru berkesempatan nak menulis sedikit tentang incentive trip public mutual pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah trip yang sangat best. Bersedialah untuk menerima banyak episod dari kami hehe.

Alhamdulillah, kami bertolak ke Incheon, Seoul dari Kuala Lumpur pada 15th May dalam jam 11malam. Malam ...kira ok lah, boleh tidur. yahoo! hihi. Selama 5jam 30minit dalam flight Korean Air, kami selamat mendarat di Incheon airport pada keesokan harinya. 

Alhamdulillah! cuaca yang baik. Sejukk. 


Setelah selesai semua urusan baggage claim, immigration dan sebagainya, kami dibawa oleh travel agent iaitu Sri America tours. Tour agent  yang sangat ramah dan komited. Memang terbaik layanan. 1st destination adalah restoran di area Incheon airport untuk menikmati breakfast. Menu yang agak menarik. Tapi disebabkan saya pun x berapa nak selera, plus faktor kesihatan yang perlu menjaga makan, saya hanya pilih kismis dan telur rebus. Nasi goreng tu x berani sangat nak makan sebab macam pulut je beras. Plus tawar heber. haha. 

sarapan kami :)

Setelah selesai breakfast, kami dibawa ke Kimchi School untuk merasai pengalaman membuat kimchi. Serta merasai pengalaman memakai Korean Traditional wear iaitu Han Bok. Antara info yang saya perolehi tentang kimchi adalah: Ianya fermented food yang tiada expired dan mempunyai kadar bakteria baik (probiotik) yang tinggi. Dan sangat2 baik untuk penghadaman. Patutlah kita tengok orang Korea ni lawa dan slim sebab tiada masalah pencernaan kan. Lagipun masakan mereka tidak overloaded dengan gula, lemak serta MSG. Banyak rebus2 dan rasanya pun tawar. Memang menyihatkan! Kalau orang Melayu?? no comment, hihi. 

ready nak buat kimchi! :)


Han bok experience. Kalau Jepun ada Kimono, kalau korea ada Han Bok. Di sini juga kami berpeluang merasai pengalaman memakai Han Bok. Cantik-cantik design. Saya dok bayang2 nak warna pink, akhirnya dapat warna pink! hehe. Nampak tak the power of law attraction? :D Tengok gambar bawah ni, macam maharaja dan maharani korea tak. Hihi



Setelah selesai segalanya di sini, kami dibawa menikmati lunch di restoran halal (x ingat nama apa restoran huhu). Menunaikan solat dan seterusnya ke Gimpo airport untuk bertolak ke Jeju Island. Selama 1  jam perjalanan sampai lah kami ke Pulau Cinta itu. 

Welcome to Jeju, oh yeahhh!!

Sejukkk..berangin! indah sungguh! Dan seterusnya kami dibawa untuk menikmati dinner iaitu menu sashimi (ikan2 dan makanan laut mentah) hihi, nasib baik ada sup, ku rebus je smua ikan2 tu baru boleh telan :D


nampak x betapa seramnya menu2 itu. hihi. Tapi ikan tu bila direbus rasanya macam siakap stim, selamat la perutku dari kelaparan. Seafood lain mmg x sentuh la x berani lagi, pantang sebab resdung nanti :D Setelah kenyang, kami diberi peluang sekejap menikmati keindahan view laut di tepi restoran dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Ramada Plaza Jeju Hotel untuk berehat. Penat wooooo... 


ok, nantikan sambungan part 2 ye! :P

Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 
013-440-4869


Sunday, May 28, 2017

PILIHAN CARA MELABUR


PILIHAN INVESTMENT

Adik2, kakak2, abang2 yang masih tertanya-tanya cara memulakan investment utk simpanan long term...kat sini kak shidah kongsikan cara2nya. Basically ada 2 pilihan investment iaitu:

1. Melalui akaun 1 EPF - ni ada syarat dan amount. Kna check detail dengan kami 🤗

2. DDI - Direct Debit Investment

DDI pula terbahagi kepada 2

a) Once off investment, minimum RM1000. Cthnya ada RM10000, terus invest dan biarkan saja wang berganda-ganda disitu.

b) Berkala . Permulaan minimum RM 1000, dan sambung bulanan minimum RM 100. Biarkan wang berganda-ganda disitu.

Range period untuk dpt meaningful dividen adalah dlm 8-10 tahun.

Kira great idea la kan invest dulu. At least sedar2 10tahun berlalu..ada juga hasil dia! Sapa sini dah keja hampir 10tahun tp xda pulak saving lebih 10k?? Don't worry, it is never too late to start!

Start now! Invest for our future.

Gambar kat bawah ni kira investment besar jugak buat kak shidah 😉😉🤗🤗
Farhan & Rashidah
Wealth Planner
019-916-7880
013-440-4869

Saturday, May 27, 2017

RAMADHAN, BULAN PENYEMBUHAN.

Image result for ramadhan kareem

Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat berjumpa dengan Ramadhan. Inilah bulan terbaik untuk merehatkan serta memperbaiki perut dan usus yg telah dibebankan berbulan-bulan. Bila perut dan usus baik, insya Allah fungsi organ2 lain juga semakin baik.
Siang bagi perut rehat. Malam kita berbuka dengan makanan padat nutrisi spt nasi, sayur, ayam/daging,ikan, buah-buahan. Kalau boleh stop dlu fastfood, junkfood, processed food (mknn dlm tin), high gluten food spt roti, serta makanan tggi gula dan ajinomoto. Mknn2 mcm ni sgt2 bebankan perut dan usus.
Bagi perut rehat betol2. Dalam masa yg sama,perbanyakkan ibadah khusus spt solat, mengaji kerana ia sumber meditasi yg baik untuk melepaskan stress dari tubuh badan. Percayalah bila abes ramadhan kita akan rasa lebih sihat dan fit.
Semoga Allah sembuhkan segala kesakitan kita. Dalam hadis2 bnyk sebut, penawar penyakit paling utama adalah puasa dan berpantang. So, EAT CLEAN!
Let us grab this chance, hayatilah ramadhan sebagai bulan penyembuhan rohani dan jasmani. RAMADHAN KAREEM!
Selamat menyambut bulan Ramadhan yg penuh barokah dari kami!


Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 
013-440-4869

Friday, May 26, 2017

BEZA INVESTMENT TAKAFUL DAN UNIT TRUST


Ada juga client kami yg compare return investment dalam pelan takaful dengan Unit trust

Tujuan utama takaful adalah perlindungan, saving & investment adalah bonus ataupun hadiah....

Maka mmg return dalam takaful agak rendah berbanding dgn unit trust

Dalam takaful, Bulan2 yg client bayar akan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu:


1. Tabaru' (perlindungan)
2. Simpanan

Normally nilai saving & investment dalam produk takaful hanya balik modal dengan nilai caruman bulan2 yg kita bayar...itupun hanya selepas polisi 20 tahun..
(Melainkan client peruntukkan khas utk simpanan...yg biasanya harga bulanan akan jadi jauh lebih tinggi)

So kalau client sudah ada takaful dan mencari pula tempat investment
Dicadangkan Pergi kepada unit trust yg 100% simpanan & pelaburan...

Dalam unit trust pula, jadi terbalik
client akan dapat return tinggi dari investment
Tapi pada masa yg sama syarikat unit trust berikan takaful percuma sebagai bonus

Sebab tu pentingnya agen buat 'clients need analysis'
Supaya kita faham apa sebenarnya kehendak client

#nakberjaya
#kenatolongorangdulu


Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 013-440-4869

DOLLAR COST AVERAGING



DOLLAR COST AVERAGING - formula asas unit trust yg satu dunia pakai

Invest regularly and make advantage of market up & down will give u more units thus more profit...

Invest more while market is down and make profit while market is up

Yang penting kena invest regularly (sebulan sekali ,3 bulan sekali)

Market yg sihat mmg akan sentiasa naik & turun
Just make advantage of it

Kalau market sentiasa naik, takde orang nak invest sebab harga makin mahal

Kalau market sentiasa turun, pun takde org nak invest sbb tak bleh buat untung

Mulakan walaupun sedikit

#investforyourfuture




Regards, Farhan & Rashidah Wealth Planner 019-916-7880 013-440-4869

LIFE IS FULL OF LESSON LEARNT ❤


Pagi tadi hantar Umar ke sekolah.


Syok je drive sambil memikir urusan hidup yg x pernah habis.

Tiba2 Umar bersuara

"Umi lalu mana ni?"

Terkulat2 umi meninjau jalan, ha'ah la.. lain mcm je jalan ni. Bisik hati kecilku.

Krik2x

Lerr rupanya dah terlajak.. huhu

"Umi dah salah..terlajak la Umar..."

Dgn muka comel 😎.



uturn la di traffic light berhampiran! Ha..khayal lagi! Hihi.


Lesson learnt are:

1. Focus with your target, kalau tidak fokus kita akan tersasar

2. Child's memory is very strong, utilize the ability untuk ke arah positive future

3. Child is outspoken dan sgt jujur, jadi latih mereka utk enhance sifat ini sampai ke dewasa. 



Regards, Farhan  019-916-7880 & Rashidah  013-440-4869 Wealth Planner  
(Health Consultant, Unit Trust Consultant)

Friday, February 10, 2017

PENGAKUAN BERANI JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Hari ni saya nak share pengakuan berani seorang roommate kesayangan semasa zaman belajar di UTP dulu :D






💊Why SHAKLEE?💊
Saya kawen 2011..masa ni PJJ..so planningnya xnak la lagi baby sbb takot morning sickness sesorang...pastu akhir tahun 2012 hubby dpt tukar dok sama2...tapi still kalau possible nk experience TA on sept 2013, so after that la kot baru nk ada baby...tapi kalau dah rezeki awal kami terima dgn happy😄😄
And mmg lepas TA pon xlekat2 jugak..mula risau xlekat ni sbb ada problem or mmg percaturan biological calendar kami superb..haha
Tapi kami da ready dah nk ada baby time ni...so kontek la rumet UTP kesayanganss iols Nov 2013..amik set kesuburan n kewanitaan n OSTEMATRIX...kesan 1st yg nampak is migrain berkurang...ni efek BCOMP n OSTE rumet ckp...suker3!!!
DEC 2013 terasa mcm nk join jd member sbb rasa mcm nk beli byk lagi vits dia..kikiki...n sape sangka yg on Jan 2014, managed to get sales bonus of rm2k+++🤗🤗🤗
Tapi tula, sumenye bergantung pada usaha masing2...kalau malas nk promote mcm skrg ni, org pon tatau iolss jual shaklee, so jaoh langsir dr tingkap la nk beli..ihi
Ape yg blh disimpulkan is saya sgt in love dgn vits2 n beberapa barangan rumah shaklee..plus agen2 shaklee diterapkan dgn ilmu yg cukup ttg vits dia..ape yg perlu utk masalah2 tertentu, atucara makan dia, n siapa &masa yg xsesuai consume certain2 vits juga ditekankan...senang citer cukup utk kita n customer yakin utk consume produk SHAKLEE ni...😍😍😍
#shakleekerteh #shakleepaka
📲 wani 0199533810

Alhamdulillah, segalanya atas izin ALLAH.

Puan/Tuan/Cik adik mahu mencuba shaklee?? hubungi saya ye :)

RASHIDAH, Shaklee Independent Distributor Penghantaran Seluruh Malaysia Melalui Poslaju, Gdex dan CityLink, COD ke area Gong Badak - Bandar Kuala Terengganu sahaja +60134404869

Tuesday, February 7, 2017

ZOO KEMAMAN


Dah berapa tahun berkira-kira untuk mengunjungi zoo kemaman.
November hari tu baru berkesempatan.
Tujuannya cuma nak hiburkan hati anak-anak yang suka melihat binatang.

Bila sampai ke zoo kemaman, suasana agak lengang, tidak ramai orang.
Mungkin kerana sekadar hujung minggu bukan cuti sekolah.

Permulaan masuk dengan membeli tiket di kaunter dan diberikan sticker gelang sebagai tanda pengenalan di dalam kawasan zoo.

Harga tiket seperti di bawah:
  • Harga Tiket di Mini Zoo sahaja
  • Dewasa : RM 10
  • Kanak-kanak : RM 7
  • Kanak-kanak (4 tahun kebawah) : Percuma
Jadi, saya, suami RM 10 seorang. Umar RM 7 dan Maisara RM 0 hehe. 

Selepas membeli tiket, kami dijemput mengambil gambar berlatarbelakangkan gambar binatang. Yelah, suasana zoo kan. hihi. Then terus menunggu keretapi pendek untuk masuk ke dalam.

naik mini train hehe

Bila masuk tu kira OK lah...ada akuarium yang ada ikan besar. Seronok lah budak-budak ni. Jalan lagi ada la gajah 2 ekor, rusa, harimau sekor. Yang paling best usik-usik mawas. hihi

Tapi sayangnya.. suasana agak kotor dan taman tema air pun dah terbiar dengan kerosakan dan kotoran. Tanya-tanya general worker di situ, katanya mungkin takkan dibaiki lagi sebab orang pun jarang berkunjung ke sana. Hmm...oklah.

Dalam tengahari macam tu kami pun pulang. Tapi oklah kan...anak2 seronok. Jadi kita pun tumpang seronok. :)



KEHIDUPAN IBARAT SEBUAH BUKU

Image result for heliza helmi jom doa

Saya sangat meminati nasyid2 alunan HELIZA dan adiknya HAZWANI HELMI. Sebab liriknya santai tapi sangat mendalam. Lagu2nya pun ceria dan membangkitkan rasa untuk mencintai ALLAH dan RASULNYA. Ni adalah kata2 yang sy petik dari lagunya JOM DOA. jom kita hayati 


Kulit depan adalah tanggal kelahiran,
Kulit belakang adalah pengakhiran kehidupan,
Setiap lembarannya adalah setiap hari dalam kehidupan kita,
Ada buku yang tebal , ada buku yang nipis,
Ada buku yang menarik untuk dibaca,
Ada juga yang membosankan,
Sekali tertulis tak boleh diubah kembali,
Namun seburuk manapun halaman sebelumnya,
Selalu akan ada halaman yang berikutnya,
Yang putih, bersih , baru dan kosong
.
.
Macam itu jugalah dalam kehidupan kita,
Seburuk manapun hari semalam,
Selalu akan ada hari yang baru untuk kita,
Kita selalu diberi kesempatan yang lain untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita,
Pada setiap hari yang mendatang dan kita masih boleh memperbaiki kesalahan kita dan mencoret kembali kehidupan kita sampailah saat usia berakhir yang sudah ditetapkan olehNYA
.
.
Terima kasih ALLAH
Terima kasih untuk hari yang baik ini,
Akan ku isi tulisan yang indah
Untuk ku persembahkan padamu nanti

Saturday, February 4, 2017

PROMOSI DAPAT FREE OSTEMATRIX BILA BELI 6 BOTOL

Sempena HOT DEAL FEBRUARY,

shaklee menawarkan free 1 botol ostematrix bila anda beli 6 botol ostematrix dalam 1 resit. 
ostematrix kali ni mempunyai expired date August 2018. Jika anda beli stok untuk 6 bulan anda dapat untuk 7 bulan dengan penjimatan RM 62! (tu belum kira postage ye :) ). 

Apa kelebihan ostematrix ya?? rujuk gambar di bawah ya :)










bagaimana? banyak khasiatnya kan? kalau nak tahu apa2 boleh whatsapp kak shidah di talian +60134404869 ye :) Thanks! 

Thursday, February 2, 2017

JADI AHLI SHAKLEE DAN BELANJAKAN RM 330 ANDA LAYAK MENDAPAT BELIAN DENGAN BELIAN

JADI AHLI SHAKLEE DAN BELANJAKAN RM 330 ANDA LAYAK MENDAPAT BELIAN DENGAN BELIAN


TAWARAN SAH SEHINGGA 31 MARCH SAHAJA!


Follow us for more tips :)