Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

ANAK TOLAK BOTOL?? PASTI GUSAR HATI SI IBU KAN??

Fuhhh!!!

Berhabuk! Bersawang! Sori dear followers, bnyk sket dugaan smpai xdan nk update blog (alasan sgt kan!hihi) oklah…smntara mood berblog berkobar2 ni, saya nk share sket ttg kisah anak yg menolak puting botol susu. Hehe

Rata-rata ibu yg bekerja pasti resah bila dah nak abes cuti pantang…anak dah mula tunjukkan ciri2 xnak hisap botol. Mulalah macam2 botol dibeli xkisah berapa harga kan. Mcm2 ada skrg kan, MAM, tomey tippie, mimi jumie, Tupperware,avent dsb. Banyak! Dan harga pun boleh tahan!

Hehe…diri ni pun x terkecuali. 2bulan lepas hati sedikit gusar, anak xnak hisap botol walau dalam tu adalah EBM..bukan formula milk..tapi dia tetap tolak botol. Awal2 pantang mmg dh bagi botol jugak dan dia terima…tapi akhir2 pantang mgkin sbb dia dah rasa yg original lama sangat…dia dah pandai tolak..huhu.. gusar tau.

Lama tu ada cuba jugak beli putting latex yg kuning tu sbb konon lembut sket…tapi…kuciwa jugak. Nanges tau nk bg dia hisap putting. Tup2 teringat dkat one of my schoolmate jaja..teringat dia pernah post status anak dia susah hisap botol dan lepas tu mcm dh solve. Terus whatsapp tny. Alhamdulillah..terus jaja jawab dia bagi anaknya Marissa botol pigeon yg guna nipple “pigeon peristaltic plus”. Kata jaja.. mcm2 botol dh bagi anaknya cuba…semua hampa. Tapi kasi yg pigeon ni terus terima xde tolak2 dah. Waahh..kagum tau! So, saya pun terus wat research sket2 google cari testimoni.. almost 99% berjaya bila bagi nipple ni. Waah..lagi ler bersemangat!

Saya pun apa lagi…mntak en husband belikan nipple tu kat Bandar. Kat kiddyhouse. Hehe. Saya pilih beli nipple je, not included bottle sbb bleh save money. Lagipun mommies kna faham…anak kita biasa tolak nipple bukan bottle. Sbb nipple tu yg dia rasa beza, botol rsnya xda main apa2 peranan pun. So…kalau bleh beli nipple je bleh save duit kan…
So, bila husbanda dah bawa nipple tu balik, sy pegang… ha…mmg lembut! Wideneck dan for me very close to nature dan sy sgt positif maisara xkan tolak!. Esoknya terus g dapur sterilize dan dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya bagi ma saya susukan maisara guna that nipple. Alhamdulillah! Berjaya..xde tolak2 mcm nipple sblom ni. Perghhh..urut dada leg agiler tau! Alhamdulillah!!!

So…mommies yg ada mslh yg sama, boleh cuba puting mcm dalam gambar ni




Brand type : PIGEON PERISTALTIC PLUS
Price : RM 24 utk 2 puting dalam satu paket.

Bukan jenis botol yg jadi ukuran, tapi jenis putting. Dan kalau boleh mommies yg bekerja cuba beri awal botol. Dlm smggu selang seli botol dan direct feeding. Selang seli tau bukan berterusan supaya baby x alami nipple confused! Tapi dgn nipple “PIGEON PERISTALTIC PLUS” ni sy rs mmg susah baby nk keliru sbb mmg VERY CLOSE TO NATURE. Paham2 je lah ye… selamat mencuba dan semoga tiada lagi tangisan mommies dan baby semasa train hisap botol.hihi. Satu lagi...masa bagi tu minta tolong lah husband ke, mak ke...kakak ke yang berikan kpd baby..bukan mommy bagi sendiri tau, sbb mommy ni ada bau kan. Bila bau kita atau dgr suara kita mmg sah2 lerr baby xnak isap botol..huhu

Nak beli kat mana??? Kedai baby banyak. Bgtau je nama nipple ni msti ada. Kat online pun rasa ada..google je lah! Hihi. Saya xda jual…saya jual Shaklee je! Bolehla amik set BF Shaklee kan kalau nk jayakan exclusive breastfeeding. Sy boleh provide tips!

okeh mommies, selamat mencuba dan berjaya! :)



tadaa!! siap pegang sdiri botol :)


-Mommy Shidah, 013-4404869-

Thursday, July 10, 2014

5 TIPS MUDAH BERSALIN DARI UMMU UMAR UMAIRAH :)

Bismillah walhamdulillah..

Allahuakbar, sudah kita melangkah ke 12 Ramadhan,,,fasa kedua bulan Ramadhan, cuba kita renungkan kembali sejauh mana kita telah utilize sebaiknya peluang yg ALLAH berikan ini. Berapa juz Al-Quran..brapa hari sudah kita hidupkan malam2 kita...dah berapa kerap doa yg kita mohon pada ALLAH. Muhasabah utk sy juga. Memandangkan masih lagi belum dapat berpuasa...saya perlu tingkatkan lagi ibadah zikir dan bertaubat sbnyknya kpd ALLAH. Moga setiap amalan kita diterima ALLAH


Insya ALLAH, hari ni saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Yang baik ambil, yg x baik lupakan aje..hehe. Saja share demi kebaikan bersama :) sy berlindung dari sifat tidak baik.Entry ini bukanlah bertujuan berbangga2 dgn nikmat ALLAH,tetapi skdar melahirkan kesyukuran dgn cara berkongsi yg baik kpd shbt maya saya :)


Alhamdulillah...tanggal 1 june 2014, sy selamat melahirkan seorang puteri. Alhamdulillah, kelahiran kedua juga mudah seperti kelahiran pertama 3 tahun yg lalu. ALLAHUAKBAR, sy sgt mensyukuri nikmat diberikan nikmat "mudahnya bersalin". Walaupun anak kedua saya agak risau sbb dah overdue, tapi ALLAH pujuk hati saya dgn kelahiran yg mudah dan anak yg sihat. Alhamduliilah, utk kedua2 anak saya mengambil masa dlm 10-15 minit meneran dan kesakitan contraction dlm masa bbrp jam sahaja tidak sampai berhari2. Saya admit ward dlm jam 12 dgn bukaan 3cm, dan selamat melahirkan pada jam 5.59pm. Moga akan sentiasa mudah utk kelahiran seterusnya.




Alhamdulillah..dapat jugak gegirl.Sepasang dah :)


Disebalik rezeki "mudahnya bersalin" utk dua2 kelahiran ini...terdapat beberapa tips yg ingin sy kongsi yg sy amalkan sbgai usaha utk mndapat kemudahan ini. Alhamdulillah...spnjg mengandung..sy berusaha konsisten mengamalkan 5 tips di bawah : 



  • Membaca ayat2 suci Al-Quran spt surah Maryam, Luqman, Yusoff. Semasa membaca surah2 ini saya niatkan agar dimudahkan bersalin, diberi anak yg sihat. Saya juga amalkan baca Al-Mulk dan Al-Waqiah (sbb niat nk murah rezeki juga). Ada juga hari2 yg sy terskip baca...cuma sy cuba sdaya upaya at least dlm sehari ada alunan ayat suci Al-Quran utk kandungan saya. bagi saya, membaca Al-Quran tidak kisah apa2 surah pun, akan memberi ketenangan kepada ibu dan anak seterusnya memberi kerjasama dan kefahaman ibu dan anak yg mengharmonikan proses bersalin. Lagiupun..jika kita ikhlas, ALLAH mesti sayang,,dan mestilah ALLAH mudahkan urusan kita kan. Tu skdar apa yg sy rasa :)
  • Sering memohon kemaafan dan doa daripada suami, kedua ibu bapa dan mertua. Boleh dikatakan setiap kali berbual di telefon atau berjumpa, saya akan minta maaf dan minta ma, ibu, abah doakan saya mudah bersalin. Dgn suami juga sy sntiasa minta dia doakan dan mmg sy sering mendengar doa suami setiap kali selepas kami bersolat bersama. Alhamdulillah...kita pun rasa tenang dan yakin bila dgr kan. Selain itu, sy juga praktikkan meminta doa dari org sekeliling. Cthnya jika jumpa org yg tny due date. Saya akan jwb pertanyaan berserta permintaan agar didoakan segalanya dipermudahkan. 
  • Mengambil makanan tambahan agar sentiasa bertenaga. Antara makanan tambahan yg sy amalkan secara konsisten adalah multivitamin, vitamin C, protein dan kalsium. Kata org, masa meneran, tenaga sgt2 diperlukan kerana ia melibatkan proses yg memenatkan dan menyakitkan. Oleh itu, multivitamin dan protein sgt diperlukan utk menjana tenaga segera. Semasa meneran juga, rangka2 badan terbuka dan kita memerlukan tulang dan otot yg kuat semasa meneran dan ini dibantu oleh pengambilan kalsium. Utk keahiran pertama, saya mengamalkan supplement dari HPA sbb belum kenal shaklee. Saya amalkan pil HB, VCO dan Mega3. Semasa anak kedua, saya sudah kenal shaklee dan amalkan VITALEAVITAMIN CESPOMEGAGUARD dan OSTEMATRIX spnjg kehamilan. Oh ya, VCO juga antara supplement wajib bagi saya kerana ramai yg mengatakan ia dpt memudahkan proses kelahiran kerana akan melicinkn pergerakan anak. Saya mulakan VCO pada kandungan berusia 7bulan. Cuma anak kedua ni kurang konsisten sket sbb gilir2 dgn Omega.hihi
  • Mengambil minyak selusuh. Ha... part ni ramai yg keliru. Ramai yg tidak faham mengapa kebanyakan doktor tidak menggalakkan pengambilan minyak/air selusuh. Ok, pengambilan selusuh ni mestilah dgn cara dan waktu yg betul. Saya hanya mengambil sesudu besar minyak selusuh sebaik sahaja sudah ada contraction. masa anak kedua ni bila dah 6cm baru sy minum sbb minyak baru smpai.hihi. Anak pertama dulu, dlm 3 cm rsnya sy mula minum. Ada stgh org amik minyak selusuh ni sblom start contraction...which is xdgalakkan. Sy pun xtau knapa sbb ma ckp ms dh rs sakit amik sy ikut je lah.hihi. Tapi jenis selusuh yg diambil juga kena tgk.kbnykn yg tidak digalakkan adalah air selusuh yg direndam dgn akar fatimah. kerana akar fatimah mengandungi kandungan oxytocin yg tggi dan dipercayai boleh menyebabkan contraction tanpa membuka jalan. Seksa la dik oii..rs sakit tp xda jalan..huhu. Tapi kalau selusuh dari minyak kelapa atau air zam2 biasa yg dibaca ayat suci Al-Quran, insya ALLAH...xda masalah :)
  • banyakkan aktiviti fizikal spt berjalan, mengemas rumah dsb. mengikut org tua2 altiviti fizikal ni bantu bukaan jalan kita dan mampu percepatkan baby utk turun ke jalan. dlm keadaan penat pun mmg sy pksa diri kemas rumah dan buat aktiviti lasak2. jalan2 kt shoping complex pun bleh. hihi
sekadar itulah sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat. Oh ya, satu lagi...sblom melahirkan, sebolehnya masa sakit2 tu, minta doktor masukkan ubat berak "berry" hihi supaya kita dapat keluarkan semua sisa dlm usus sebelum ke labour room. Serius cakap,sy sgt takut/segan kalau ter"berry" masa labour,sbb jalan baby nk keluar tu akan menekan usus kita kan....so mmg sy remind nurse, mintak ubat berry dlu. Hihi. Sbb kalau x abes buang sisa, nnt takut lak nk meneran sebebasnya. hehe. betol sy ckp ni, sbb ada je ibu2 yg syg nk meneran dgn bersungguh sbb risau ter"berry". At least bila dah amik ubat "berry" tu, dh bnyk kali ulang alik toilet smpai kosong dah..baru yakin nk teran dgn bersungguh. hehe..



SEPASANG SUDAH..makin bertambah tanggungjawab:)

oklah, anak pun dah bangun. Selamat mencuba tips2 yg diberikan. Apa yg baik dari ALLAH, apa yg x baik hanya kelemahan sy sbgai hamba yg sgt terbatas kemampuannya. Insya ALLAH next entry akan sy kongsikan ttg pengalaman menggunakan set shaklee utk baby kedua :)

boleh sms/whatsapp kalau nk tny apa2 especially ttg shaklee ye :)

Ummu Umar Umairah, 013-4404869

Thursday, July 3, 2014

shaklee national conference 2013/2014

Bismillahirrahmanirrahim

kesyukuran ku panjatkan kpd ALLAH atas nikmat masa dan idea utk menulis blog ini. Insya ALLAH kali ni mahu lagi berkongsi ttg acara gilang gemilang iaitu shaklee national conference 2013/2014. NC ni adalah kali kedua sepanjang kami terlibat dgn shaklee. Tahun lepas pergi saja2 amik aura tanpa layak sbrg award. hihi. Alhamdulillah..kali ni dijemput as penerima 7 awards. Alhamdulillah! Tapi disebabkan saya telah direzekikan zuriat kedua pada 1 June yg lalu. maka, hanya suami mewakili saya pada event yg diadakan pada 7&8 june ini. TQ hubby yg bersusah payah bersesak2 di NC dan snggup korban rindu tgglkn kami di rumah. :)

oklah.. biar gmbr je lah yg berbicara kn? :P

 suami saya tgh queue nak amik award kenaikan rank  key coordinator

Presiden  Shaklee Malaysia, Victor, menyampaikan award kepada suami

new product launch by shaklee - PHYTOCOL ST

suami bergambar dgn anak didik shaklee kami yang turut layak menerima award :)

mentor saya dinobatkan sebagai Master Coordinator

antara anugerah yg kami terima di majlis gilang gemilang ini.

sijil kenaikan rank dan undangan ke Glitter Gala Nite Dinner 

persembahan dari Faizal Tahir dgn lagu GEMURUH, lagu tema group Jutawan tuh, hihi

ni CEO shaklee International, Mr Roger Barnett. Turut turun padang utk menyampaikan anugerah kpd para jutawan shaklee :)

ni saya x ingat siapa, tapi salah seorang org besar dlm shaklee international.huhu


oklah, rsnya tu saja sy dpt bagi utk entry ni, kalau nk upload semua 110 gambar x larat..hihi. Ada album tu dlm group rahsia saya. 

dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yg telah banyak membantu kejayaan saya ini. Terima kasih kepada penyokong kuat saya, En Ahmad Farhan yg bnyk bersabar dlm membantu bisness saya, juga kpd anak cucu shaklee saya yg sgt komited, serta para customers yg sntiasa menyokong saya dlm jualan. Alhamdulillah, dgn izin ALLAH, berkat usaha sy yg sdikit, dan berkat sokongan anda, inilah hasilnya. Dan anugerah ini adalah utk anda semua! :)

TQ ALLAH! TQ ALL! :)

with love,

Ummu Umar Umairah, 013-4404869 :)

*psst, anda juga ada peluang menghadiri majlis begini dan berpeluang menerima anugerah sebegini dgn hanya bermula dgn shaklee dan bermodalkan rm75 sahaja! saya sedia membantu anda menjana 3,4,5 angka dgn shaklee! join us now! :)

Thursday, May 22, 2014

IKTIBAR DARI AYAT 1-11 SURAH MARYAM


Antara point2 utama dari 11 ayat ni...mengisahkan ttg kedukaan Nabi Zakaria yg telah berusia tetapi masih lagi tidak punyai zuriat kerana isterinya mandul. 

Namun.. sifatnya yg tidak putus asa berdoa kepada Allah..akhirnya dipandang dgn kasih syg....maka Allah mengkhabarkan anugerah seorang anak lelaki kepadanya iaitu Nabi Yahya. 

Ketika Nabi Zakaria merasa pelik atas kurniaan itu kerana masih memikirkan mustahil utk isterinya hamil.....maka Allah berfirman..
"Hal itu mudah bagiku..sungguh engkau tlh Aku ciptakn sblm itu, pdhl engkau blm brwujud sama sekali" dan Allah tlah membrikan tnda kpdnya iaitu tidak mampu brckp slama bbrp hari...

Pengajaran yg sy dpt dr sini:

#jgn putus asa dlm berdoa..wlupun masih belum dimakbulkn..teruskan.. kerana Allah lebih tahu waktu yg sesuai utk DIA berikan kpd kita. Kalau bkn hari ini..esok..kalau bukan esok mgkin di akhirat.

#Allah itu maha berkuasa atas segalanya. Skali Allah kata jadi..maka jadilah..sekali Allah kata nk beri..Dia berilah. Kdgkala pada manusia sesuatu tu nampak x logik..tapi pada Allah..tiada yg mustahil. So..yakin saja kpd kekuasaan Allah dlm apa saja yg kita lakukan...

#keep praying. Berbaik sangka dgn Allah dlm apa jua keadaan 



~ONLY ALLAH KNOWS THE BEST!~

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

anda berminat nak jana income secara online hanya dari rumah??
part time atau fulltime, keduanya boleh :)
saya boleh bantu anda, 

cuma hubungi Ummu Umar di 013-4404869 ye :)

modal minimum cuma RM 75 dan sekeping hati yang tabah dan kental.
Alhamdulillah, 2 tahun berkecimpung dalam biz ini, saya sudah menggenggam 5 angka setiap bulan :) anda pun boleh!

Wednesday, May 21, 2014

MY BIGGEST AND STRONGEST PUSHFACTOR TO BE WAHM :)


"saya sgt sedar saya tidak punyai masa yg banyak d dunia ini, sebab itu saya tidak mahu mensia2kan peluang utk melihat anak membesar di depan mata sendiri, dgn acuan sendiri dan dgn tangan sendiri. Dalam masa yg sama, saya tahu saya harus bekerja kerana sy tidak boleh lepaskan tggjwb menanggung beban kewangan kpd suami sahaja kerana faktor sara hidup yg tggi di negara kita, serta terlalu ramai yg masih memerlukan sokongan kewangan daripada kita. Sebab itu saya ingin jadi seorang WAHM (working at home mom) bukan SAHM (stay at home mom) semata2. WAHM adalah ibu yg bekerja dari rumah,,yg punyai masa utk membuat kebajikan kpd keluarga dan msyrakat dalam masa yg sama masih mampu menjana income dalam merealisasikan impian sendiri dan org sekeliling.. Itu impian saya, so, hanya saya yg mampu berusaha utk merealisasikan impian ini, bukan org lain. "


Ahli syurga..
My strongest and biggest pushfactor to be WAHM.
ya Allah..please ease my way to achieve my vision...

#loveUmarMukmin
#ALLAHtahuwaktuygterbaik
#pray4WAHMsoon




suami dan ibu saya juga merupakan pushfactor sy dan mereka merupakan penyokong terbesar dan terkuat sy dlm biz ini. TQ abg dan Ma, Alhamdulillah! moga ALLAH balas kasih sayangmu dgn rahmat dan redhaNya :)


#fight for your dream, 
#fight for WAHM 

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

anda juga berminat nak jana income secara online hanya dari rumah??
part time atau fulltime, keduanya boleh :)
saya boleh bantu anda, 

cuma hubungi Ummu Umar di 013-4404869 ye :)

modal minimum cuma RM 75 dan sekeping hati yang tabah dan kental.
Alhamdulillah, 2 tahun berkecimpung dalam biz ini, saya sudah menggenggam 5 angka setiap bulan :) anda pun boleh!

FAHAMI KONSEP WAHM - WORKING AT HOME MOM



bila seseorang membuat keputusan nak jadi WAHM...
bukan bermaksud dia nak berhenti kerja...
dia cuma nak bertukar tempat kerja dan majikan...
tidak pernah timbul istilah goyang kaki dalam benak fikirannya...
even suami saya pun ada kata, kalau sy dah WAHM nnt... tetap kena masuk ofis minimum 8 jam sehari.. x masak setiap hari pun xpe, sbb dia sgt faham impian kami  TQ hubby 


ha...gane nk adjust jadual biar masuk ofis 8 jam sehari ni???
insya ALLAH, boleh punya sbb kita dh enjoy sgt apa yg kita buat..
kita dalam keadaan kerja sbb "NAK" bukan sbb "TERPAKSA"...
dan kita tak kalut nak punch card, x kalut nak iron baju, x kalut hantar anak ke pengasuh...cuma perlukan disiplin dan komitmen yg tggi serta burning desire yg kuat! 

WAHM --- insya ALLAH, masa lebih diberkati  soon..very soon


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


anda berminat nak jana income secara online hanya dari rumah??
part time atau fulltime, keduanya boleh :)
saya boleh bantu anda, 

cuma hubungi Ummu Umar di 013-4404869 ye :)

modal minimum cuma RM 75 dan sekeping hati yang tabah dan kental.
Alhamdulillah, 2 tahun berkecimpung dalam biz ini, saya sudah menggenggam 5 angka setiap bulan :) anda pun boleh!

APA BEZA PENJUAL DGN KONSULTAN??



Ada sorang customer.. dlu pernah call sy tny mcm mana nk mkn alfalfa utk hilangkan mslh keputihan. Katanya makan xhilang2 jadi sakit sendi pulak. So sy tny mcm mana cara makan yg distributor dia bg?

Katanya kwn dia tu xda ckp pape. Even kwn dia pun xtau nk consult mcm mana..cuma bg suggestion suh tny distributor lain... dlm hati saya.. amboihhh..dah jual..lepas tgn ye...

Tapi xpelah..atas dasar nk tlg sy consult jugak sbb kesian. Katanya..suami pun dh mcm dingin dgn dia..so sy brief bgtau cara pngambilan vits..air dsb. Pastu dia sms saya kata pasni dia akan amik ngn sy je la shaklee..huhu..Ayat pancing kot...

Dlm 1mggu pastu sy sms tny mcm mana keadaan dia.. Alhamdulillah..katanya dh kurang sgt keputihan dan suami pun dh mula OK. Pastu dia susuli lagi dgn soalan yg penah dtnya ttg shaklee..huhu..sabar je lah...

So..apa kesimpulan dia??

#bila fikir untung je..ni lah jadinya..distributor main touch n go je. Customer trkapai2. Pastu mulalah salahkan shaklee dsb.

#customer mmg bnyk jenis. So..kna sabar n baik sgka sntiasa. Sbb ada yg skali ckp dh paham. Ada yg mmg 2-3 kali explain br paham. Sabar deh.

#prkara2 mcm ni melatih diri saya utk lebih ikhlas memberi. Wlupun awal2 rs geram n pahit nk consult customer org lain..tp bila telan je..rs puas dpt tlg org.

#Alfalfa dan garlic adalah kombinasi terbaik utk mslh keputihan wanita. Kalau prob ni..wajib cuba kombinasi ni tau!

~SHARING IS LOVING~

-RASHIDAH 013-4404869-

Monday, May 5, 2014

ANUGERAH SEBAGAI PENGHARGAAN KERJA KERAS SETIAP TAHUN


Hari ni, ramai yg share ttg awards utk NC this cycle. Ramai shbt2 yg cemerlang dan layak menerima bnyk awards dari shaklee, tahniah shbt2! anda mmg hebat!

Petang td...ms sy check email...bergenang air mata bila sy buka email dari pihak shaklee. Allahuakbar, suatu yg sy idamkan sejak setahun yg lalu, telah ALLAH makbulkan! kalau NC last cycle sy dtg dgn 0 award, tapi tahun ni...ALLAH bagi saya 7 awards sekaligus! Jika dulu, saya duduk di kerusi, melihat "mak shaklee" saya naik turun stage menerima awards sambil menangis dalam hati kerana terharu dan sedih... tapi tahun ni, ALLAH bagi saya peluang utk rasa manisnya menerima awards.

masih segar di ingatan saya, semasa di NC 2012/2013... saat melihat "mak shaklee" saya menerima banyak award, terus saya sematkan dalam hati saya... "Next NC paling kurang 4 awards shidah! malu kalau dtg NC tp x dpt awards, malu shidah!" pada saat itu saya hanya mampu menahan malu dan sebak. Malu pada diri sendiri! Dan sy hanya mampu mencabar diri sendiri.

Alhamdulillah...syukur atas rezekiMu ya ALLAH, sungguh pemberian Mu ini lebih mejadikan aku seorang yg terus ingin berusaha melakukan yg terbaik dlm shaklee, demi keluargaku dan agamaku. Semoga kejayaan ini lebih mendekatkan kami kpdMu.

Tahniah juga kpd anak2 dan cucu shaklee saya Nor Ashikin Azahari Nurazihan Rozakdan Huda Alif yg akan turut serta menerima awards pada NC 2013/2014 nnt!

*utk awards kali ni, sy x merasa gak naik stage, sbb tgh berpantang. So, bagi can kat hubby Ahmad Farhan Jopri utk naik turun stage, bersalam dgn Roger Barnett. hihi 

~RAIKAN KEJAYAAN ORG SBGAI SUMBER INSPIRASI~


*RASHIDAH JUHARI, 013-4404869*

Friday, April 18, 2014

Coaching di mana-mana - MAGIC AURA LEGASI ANUGERAH TERINDAH DI SHAKLEE JB BRANCH

Bismillah...
seminggu lagi telah berlalu..
Allahu...cepat kan masa berlalu...
dan saya kembali mencuri waktu rehat saya bagi berkongsi sesuatu yg bermakna dgn kwn2 diluar sana.
Terlebih dahulu, jutaan terima kasih sy ucapkan atas kesetiaan kwn2 mengikuti update di blog saya :)



Alhamdulillah... seminggu selepas Family Day LAT.. saya direzekikan ALLAH kesempatan untuk bersama-sama turun berkongsi ilmu dan pengalaman bersama susur galur Sifu saya Master Ira di Shaklee JB Branch, Taman Molek. Kelas ni mmg dah diplan sbulan awal. Smgt sy utk berjumpa anak cucu shaklee membuak2 mybbkn sy sanggup extend cuti smpai ahad utk terus berada di JB..hehe

Syukur, kelas yg bermula jam 10 pagi berjalan dgn lancar. Dimulakan dgn sharing Master2b kak rokiah, ttg "aku yang dulu bukanlah aku skrg".. sharing ni sgt menyentuh hati saya dan bnyk pngajaran sy perolehi dari kak rokiah. Kak rokiah adalah suri rumah sepenuh masa yg tdk pernah bekerja di luar rumah dan x pernah menghadiri sbrg interview kerja pun. Dahulu hanya berbisnes tudung dari rumah, dan telah jatuh hati dgn shaklee stelah mengamalkan produk shaklee. Menurut kak rokiah, sgt banyak perubahan yg dialaminnya sejak aktif dgn shaklee terutamanya level keyakinan terhadap diri sendiri. Kalau dulu, tidak pernah menelefon customer, skrg mula berani menelefon customer utk menerangkan apa2. Dan banyak lagi urusan lain yg dulunya dia tidak berapa confident, skrg dia sudah expert. Alhamdulillah... tahniah kak rokiah :)

Saya pula diberi kesempatan oleh Master Ira utk berkongsi sedikit pengalaman bershaklee secara part time. Dan saya memilih tajuk "Realiti Kehidupan" dalam presentation. Isi utama sharing saya lebih kepada menyedarkan diri saya sendiri dan shbt2 lain ttg bahayanya "comfort zone" dan kita perlu sedar ada caranya kita ingin keluar dari comfort zone dgn shaklee. Saya sendiri dulu tidak pernah sedar yg sy sbnrnya berada dalam comfort zone sbb tu awal2 join shaklee sy kurang serius. Tapi slpas 6bulan berdaftar sbgai ahli shaklee, saya mula sedar akan hakikat comfort zone dan saya rasa tercabar untuk mencari pushfactor sendiri dalam biz ni, dan bila dah ada pushfactor saya mula memberikan 200% komitmen dlm shaklee. Alhamdulillah, bila sudah ada pushfactor dan visi yg jelas, sesibuk mana saya pun, saya tetap ada masa utk ubah taraf hidup dan kewangan keluarga saya kepada yg lebih baik. Sgt sedih skrg sbb ramai org menjadikan alasan sibuk kerja, sibuk anak sbgai sebab utk tidak memberikan komitmen dalam usaha menambah nilai hidup diri dan org lain. Bagi saya, part time ke full time..smuanya xkan berhasil apa2 kalau kita tetap kaya dgn alasan. Yes, mmg perit bila bekorban, spnjg fokus shaklee, sy jrg sgt ada masa utk TV, waktu tidur disingkatkan, tiada masa bergosip2, kdg2 lunch pun hanya di depan PC sbb sy xnk hilang masa. Spnjg di ofis, hanya waktu sblom masuk kerja, lunch hour dan wktu slpas punch out je masa utk sy update fb dsb. Malam pula lepas study utk kelas barulah sy ada masa utk study ttg shaklee dsb. Jadi pentingnya pengurusan waktu jika kita benar2 mahu mengubah hidup kita. Dan pastinya pengorbanan yg terasa pahit ni, sgt manisnya dirasai bila kita mula menuai hasilnya :) Alhamdulillah

Saya juga berkesempatan berjumpa dgn insan hebat dlm shaklee iaitu kak Lia Ummi Irfan yg sudah 3 tahun dlm shaklee. Saya kagumi smgt beliau yg tidak putus asa berusaha menambah nilai hidup diri dan org lain. Sudi berkongsi ttg rahsia kejayaannya dgn shbt2 lain. Pengisian kak Lia lebih kepada amalan kerohanian yg menjadi tunjang kejayaan kebnykn ahli jutawan shaklee. Kalau nk tahu detail, join group saya dlu tau..hehe

Sesi kemuncak Magic Aura ni adalah sharing Tips rahsia drpd Master Ira yg sgt berguna bagi org yg masih merangkak spt saya. Yes, walaupun sudah bergelar Key Coordinator, tapi saya rasa banyak sgt lagi bnda saya perlu pelajari sbb sifat ilmu ni kan, smakin banyak kita tahu, smakin kita rs banyak yg kita xtau kan..huhu. Saya akan terus belajar dan belajar supaya ia memberi manfaat kpd diri sendiri dan juga kepada anak buah shaklee saya juga. 

Alhamdulillah... saya bersyukur kerana dipilih ALLAH utk bersama dgn group yg hebat ni. Alhamdulillah, syukur ya ALLAH! 

Antara kelebihan group kami yg menjadi sbb dipilih ramai adalah:
  • perkongsian kami tidak terhad kepada susur galur sendiri je. X kira sapa pun upline or downline..ilmu tetap dikongsi sesama warga jutawan
  • mana2 program atau majlis pun kami bebas bersama keluarga. Baby pun xperlu nk tggalkn..bleh je bawa masuk kelas sekali
  • biz shaklee boleh djalankn secara online hny dr rumah. So..xperlulah kita berkejar ke opis dan hntr ank ke pengasuh bagai. Kita online..ank ada depan mata..g pos ofis pun bleh bwk ank2 kecil.
  • mmg trbukti bantu jana income besar kalo rajin fokus dan serius.
  • adanya leaders yg sntiasa berpesan ke arah kebaikan

Dan bnyk lagi...yg anda akn ketahui bila join group saya ye  jgn malu utk hubungi sy jika berminat nk ubah hidup dari biasa kpd luarbiasa! 

-Rashidah Juhari, 013-4404869-

Wednesday, April 9, 2014

FAMILY DAY LEGASI ANUGERAH TERINDAH, FAMILY DAY YG LUARBIASA!

Bismillah wal hamdulillah!

walau buyong, kugagahkan diri ke FD

Syukur ke hadrat ilahi, saya diberi kesempatan pada malam ini utk menulis coretan yg sudah lama diperam.hehe... ni saya nak ceritakan kisah Family Day anjuran mak shaklee saya di Puteri Beach Resort, Port Dickson yg berlangsung pada 28-30 march yg lepas.

Alhamdulillah, family day yg cukup luarbiasa bagi saya. Yg sgt2 membuka mata hati saya yg selama ni mgkin sedikit lari dari landasan hidup yg sebenar. huhu.

kami bertolak dari Terengganu pagi 28hb dan alhamdulillah selamat sampai selepas waktu Asar. Walaupun kepenatan tetapi kami amat teruja melihat keadaan yg meriah dgn keluarga shaklee yg besar. Kami diberikan satu apartment 3 bilik yg memuatkan 3 keluarga. tingkat 8 woo..nasib baik ada lift, kalau x...mmg mengalah mak buyong ni nak turun naik. hehe.

Puteri Beach Resort yg dulunya dikenali sbgai permaisuri beach resort

apa yg bestnya dgn Family Day ni, ia bukan skadar family day utk suka2 dan relax2 tapi ia penuh dgn pengisian jasmani dan rohani yg sgt didahagakan setiap insan. Program ni di outsource kepada sebuah consultant iaitu Suria Horizon Training yg sgt aktif dalam menjalankan program2 motivasi utk pelajar, pekerja dan usahawan2 di malaysia. Yg bestnya, suria horizon ni juga diasaskan oleh kawan suami saya smasa belajar di UTP dulu dan program bersama mereka juga turut memberi peluang kami bertemu dgn seorang penulis buku yg bertajuk "Law of Universal Attraction" (LUA) iaitu En Zuhairi Nopiah. yg turut memberi sharing2 hebat dan kami sempat membeli buku tulisannya ini (boleh ke website beliau utk baca sharing beliau www.zuhairinopiah.com)

ni lah rupa buku LUA tu

Pada malam pertama kami disajikan dgn program taklimat dan mind setting. Sgt bagus kerana ianya mengosongkan minda kami dari segala hal luar agar kami dapat fokus kepada program yg seterusnya. Pada malam ini kami diberi muhasabah ttg kematian dan azab kubur yg sgt menginsafkan. Menjadikan kami sentiasa ingat apa saja yg kami perolehi di dunia ini adalah milik ALLAH dan wajib kami kongsikan ia dgn insan yg memerlukan. Bukan utk kemewahan sdiri semata2. Alhamdulillah...sesi tutup mata yg sgt membuka mata hati kami sbgai insan yg sgt lemah ini.

program tutup mata tapi sgt membuka mata hati

Pada keesokan harinya, kami disajikan dgn sharing dari leaders hebat yg telah mencapai rank tertinggi dalam shaklee iaitu Master Coordinators. Sangat2 memberi inspirasi bila mereka berkongsi ttg tips2 rahsia dan kisah jatuh bangun mereka dalam shaklee. Saya sgt teruja dgn kisah2 mereka sehinggakan saya merasakan, apa2 jadi,,,mcm mana susah skalipun, akan saya habiskan perjuangan shaklee saya demi membantu ekonomi umat Islam. Mak shaklee saya kak Nur Zahirah, tidak putus2 mengingatkan kami bahawa segala perjuangan kita dalam shaklee adalah demi membela nasib Islam dan nasib mereka yg kesusahan. Bukan semata2 utk kita memiliki kereta besar, rumah besar dsb. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan leaders yg sntiasa mendahulukan akhirat dlm apa jua urusan. 

Dan salah satu acara kemuncak yg cukup memberikan rasa excited adalah, malam anugerah dimana kami diraikan. Alhamdulillah, sy sempat merasai perarakan sbagai key coordinator. Allah saja yg tahu betapa saya dan suami excited dgn perarakan tu walaupun dlm masa yg sama rasa malu2 jugak. Alhamdulillah, ianya memberi lebih motivasi utk kami terus melebarkan sayap organisasi kami. Hasil dari malam anugerah ini, balik je dari FD ni, ada lahirnya anak cucu saya sebagi coordinator, kata mereka, teruja tgk mak nenek parade smpai sanggup cabar diri. Hihi. Good!

kami diraikan dan dianugerahkan title "master coordinator to be" insya ALLAH 2 step lagi :)

seronok kanak2 diraikan :)


 Syukur ALHAMDULILLAH. Terima kasih ALLAH atas anugerah group yg betul sepanjang join BIZ shaklee ini. Sekurang2nya kami tidak lalai dalam mengejar kejayaan. Sekurang2nya kami hanya meletakkan dunia ini ditangan kami bukan di hati kami. Saya sangat berpuas hati dgn program sebegini. Dan saya cabar diri saya untuk bekerjasama dgn Master Ira pada tahun hadapan utk mengadakan program yg lebih hebat daripada tahun ini. DREAM BIG!

"jangan takut utk bermimpi! jadikan impian anda satu realiti dgn shaklee!"


Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.
Ummu Umar, 013-4404869 :)

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

Thursday, March 20, 2014

gunakan kudrat muda mu untuk mengubah hidupmu dan hidup org sekelilingmu!


Seusai solat zohor semalam, berkesempatan berbual dgn seorang makcik D, cleaner di ofis saya. Dlm berborak, kami tertanya2 ke mana pergi makcik E…sbb biasa awal je dia masuk.
Risau jika ada apa2 berlaku sbb makcik ni jarang sekali masuk kerja lambat.. sbb dia pun sbnrnya ada masalah kesihatan…

Kata makcik D, makcik E ni sgt kuat bekerja… pagi jam 7 dah masuk kerja mengemas di ofis, jam 4 pulang ke rumah tolong tgk cucu jugak sbb menantu dia baru je melahirkan anak. Malamnya jam 3 pagi sudah bangun untuk memasak nasi utk dihantar ke kedai.

Ya ALLAH, saya tersentak terus. Rasa sgt terharu dgn pngorbanan dan kerja kuat makcik E, umurnya hampir mencecah 50 an dan dalam keadaan dirinya yg punyai penyakit darah tggi, dia cukup kuat utk bangun jam 3 setiap hari dan terus menyambung tugas kerja sehingga 4 ptg.

Allahu…saya cukup malu dgn diri sendiri pada waktu tu. Ye, sbbnya.. semuda dan sesihat saya ni pun, saya x mampu nak bangun jam 3 setiap hari semata2 utk bekerja. Tapi makcik yg tua tu masih mampu??? Yer saya sgt malu. 

Tambah mengharukan saya…makcik ni sbnrnya trpksa bkrja kuat, kerana dia masih menanggung anak menantu yg kdg2 ada kerja, kadang2 tidak ada kerja. Double sedih di situ, sbb bagi saya, sepatutnya dikala usia sudah tua, sepatutnya ada yg jaga, ada yg bantu makan dan minumnya tanpa perlu bekerja berat, tetapi dia pula yg masih membanting tulang menanggung anak menantu…



Hal ini cukup memberi pengajaran buat saya utk lebih kuat bekerja pada usia muda ini, kerana saya nak sentiasa berada disisi ibu saya sementara dia masih ada ini. Saya tahu...ibu saya sangat sunyi dan sangat mengharapkan anak perempuan utk menemani sisa hidupnya..dan saya akan berjuang utk mencapai financial freedom supaya tidak lagi terikat dengan waktu ofis nnt......

saya juga sanggup memberi komitmen dgn lebih baik dlm biz kerana saya ingin mendapat manfaat sebaiknya di usia tua. Dan saya berazam utk menurunkan segala kemahiran biz saya kepada anak saya nnt. Skurangnya..kalau mereka tidak mampu bekerja dgn syarikat besar pun bila dewasa, mereka ada skill dan pengetahuan bisnes yg boleh digunakan bila2 dan dimana2 sahaja. Dan semestinya, pada waktu ini, saya yg brtggungjawab menyediakan kewangan bagi mereka supaya mereka tidak akan terlalu susah di masa depan. Dan saya juga wajib ada tabungan sendiri utk mnguruskan diri di hari tua kelak.

Yes, ini soal rezeki dan takdir. Tapi rugilah jika kita yg muda masih tidak mahu ambil iktibar.. sekurang2nya kita yg dh dpt kesedaran di usia muda ni tidaklah mengsia2 kan kesempatan yg ada utk kita berusaha. Saya cukup terkesan jika masih lagi ada anak2 muda yg memberi alasan tidak mampu utk berusaha mengubah hidup masing2 sdgkan kudrat dan masa telah diberi. Jgn smpai tahap suatu hari nnt kita terpaksa meminta2 pada org lain disebabkan kecuaian dan kedegilan kita yg tidak mahu berubah. Sedangkan tangan yg memberi itu lebih baik dari menerima kan???


Susah dahulu, senang kemudian, gunakan kudrat dan waktu muda ini demi kebaikan hidup dunia dan akhirat. Jom berubah!



Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

Follow us for more tips :)