Thursday, July 10, 2014

5 TIPS MUDAH BERSALIN DARI UMMU UMAR UMAIRAH :)

Bismillah walhamdulillah..

Allahuakbar, sudah kita melangkah ke 12 Ramadhan,,,fasa kedua bulan Ramadhan, cuba kita renungkan kembali sejauh mana kita telah utilize sebaiknya peluang yg ALLAH berikan ini. Berapa juz Al-Quran..brapa hari sudah kita hidupkan malam2 kita...dah berapa kerap doa yg kita mohon pada ALLAH. Muhasabah utk sy juga. Memandangkan masih lagi belum dapat berpuasa...saya perlu tingkatkan lagi ibadah zikir dan bertaubat sbnyknya kpd ALLAH. Moga setiap amalan kita diterima ALLAH


Insya ALLAH, hari ni saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Yang baik ambil, yg x baik lupakan aje..hehe. Saja share demi kebaikan bersama :) sy berlindung dari sifat tidak baik.Entry ini bukanlah bertujuan berbangga2 dgn nikmat ALLAH,tetapi skdar melahirkan kesyukuran dgn cara berkongsi yg baik kpd shbt maya saya :)


Alhamdulillah...tanggal 1 june 2014, sy selamat melahirkan seorang puteri. Alhamdulillah, kelahiran kedua juga mudah seperti kelahiran pertama 3 tahun yg lalu. ALLAHUAKBAR, sy sgt mensyukuri nikmat diberikan nikmat "mudahnya bersalin". Walaupun anak kedua saya agak risau sbb dah overdue, tapi ALLAH pujuk hati saya dgn kelahiran yg mudah dan anak yg sihat. Alhamduliilah, utk kedua2 anak saya mengambil masa dlm 10-15 minit meneran dan kesakitan contraction dlm masa bbrp jam sahaja tidak sampai berhari2. Saya admit ward dlm jam 12 dgn bukaan 3cm, dan selamat melahirkan pada jam 5.59pm. Moga akan sentiasa mudah utk kelahiran seterusnya.




Alhamdulillah..dapat jugak gegirl.Sepasang dah :)


Disebalik rezeki "mudahnya bersalin" utk dua2 kelahiran ini...terdapat beberapa tips yg ingin sy kongsi yg sy amalkan sbgai usaha utk mndapat kemudahan ini. Alhamdulillah...spnjg mengandung..sy berusaha konsisten mengamalkan 5 tips di bawah : 



  • Membaca ayat2 suci Al-Quran spt surah Maryam, Luqman, Yusoff. Semasa membaca surah2 ini saya niatkan agar dimudahkan bersalin, diberi anak yg sihat. Saya juga amalkan baca Al-Mulk dan Al-Waqiah (sbb niat nk murah rezeki juga). Ada juga hari2 yg sy terskip baca...cuma sy cuba sdaya upaya at least dlm sehari ada alunan ayat suci Al-Quran utk kandungan saya. bagi saya, membaca Al-Quran tidak kisah apa2 surah pun, akan memberi ketenangan kepada ibu dan anak seterusnya memberi kerjasama dan kefahaman ibu dan anak yg mengharmonikan proses bersalin. Lagiupun..jika kita ikhlas, ALLAH mesti sayang,,dan mestilah ALLAH mudahkan urusan kita kan. Tu skdar apa yg sy rasa :)
  • Sering memohon kemaafan dan doa daripada suami, kedua ibu bapa dan mertua. Boleh dikatakan setiap kali berbual di telefon atau berjumpa, saya akan minta maaf dan minta ma, ibu, abah doakan saya mudah bersalin. Dgn suami juga sy sntiasa minta dia doakan dan mmg sy sering mendengar doa suami setiap kali selepas kami bersolat bersama. Alhamdulillah...kita pun rasa tenang dan yakin bila dgr kan. Selain itu, sy juga praktikkan meminta doa dari org sekeliling. Cthnya jika jumpa org yg tny due date. Saya akan jwb pertanyaan berserta permintaan agar didoakan segalanya dipermudahkan. 
  • Mengambil makanan tambahan agar sentiasa bertenaga. Antara makanan tambahan yg sy amalkan secara konsisten adalah multivitamin, vitamin C, protein dan kalsium. Kata org, masa meneran, tenaga sgt2 diperlukan kerana ia melibatkan proses yg memenatkan dan menyakitkan. Oleh itu, multivitamin dan protein sgt diperlukan utk menjana tenaga segera. Semasa meneran juga, rangka2 badan terbuka dan kita memerlukan tulang dan otot yg kuat semasa meneran dan ini dibantu oleh pengambilan kalsium. Utk keahiran pertama, saya mengamalkan supplement dari HPA sbb belum kenal shaklee. Saya amalkan pil HB, VCO dan Mega3. Semasa anak kedua, saya sudah kenal shaklee dan amalkan VITALEAVITAMIN CESPOMEGAGUARD dan OSTEMATRIX spnjg kehamilan. Oh ya, VCO juga antara supplement wajib bagi saya kerana ramai yg mengatakan ia dpt memudahkan proses kelahiran kerana akan melicinkn pergerakan anak. Saya mulakan VCO pada kandungan berusia 7bulan. Cuma anak kedua ni kurang konsisten sket sbb gilir2 dgn Omega.hihi
  • Mengambil minyak selusuh. Ha... part ni ramai yg keliru. Ramai yg tidak faham mengapa kebanyakan doktor tidak menggalakkan pengambilan minyak/air selusuh. Ok, pengambilan selusuh ni mestilah dgn cara dan waktu yg betul. Saya hanya mengambil sesudu besar minyak selusuh sebaik sahaja sudah ada contraction. masa anak kedua ni bila dah 6cm baru sy minum sbb minyak baru smpai.hihi. Anak pertama dulu, dlm 3 cm rsnya sy mula minum. Ada stgh org amik minyak selusuh ni sblom start contraction...which is xdgalakkan. Sy pun xtau knapa sbb ma ckp ms dh rs sakit amik sy ikut je lah.hihi. Tapi jenis selusuh yg diambil juga kena tgk.kbnykn yg tidak digalakkan adalah air selusuh yg direndam dgn akar fatimah. kerana akar fatimah mengandungi kandungan oxytocin yg tggi dan dipercayai boleh menyebabkan contraction tanpa membuka jalan. Seksa la dik oii..rs sakit tp xda jalan..huhu. Tapi kalau selusuh dari minyak kelapa atau air zam2 biasa yg dibaca ayat suci Al-Quran, insya ALLAH...xda masalah :)
  • banyakkan aktiviti fizikal spt berjalan, mengemas rumah dsb. mengikut org tua2 altiviti fizikal ni bantu bukaan jalan kita dan mampu percepatkan baby utk turun ke jalan. dlm keadaan penat pun mmg sy pksa diri kemas rumah dan buat aktiviti lasak2. jalan2 kt shoping complex pun bleh. hihi
sekadar itulah sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat. Oh ya, satu lagi...sblom melahirkan, sebolehnya masa sakit2 tu, minta doktor masukkan ubat berak "berry" hihi supaya kita dapat keluarkan semua sisa dlm usus sebelum ke labour room. Serius cakap,sy sgt takut/segan kalau ter"berry" masa labour,sbb jalan baby nk keluar tu akan menekan usus kita kan....so mmg sy remind nurse, mintak ubat berry dlu. Hihi. Sbb kalau x abes buang sisa, nnt takut lak nk meneran sebebasnya. hehe. betol sy ckp ni, sbb ada je ibu2 yg syg nk meneran dgn bersungguh sbb risau ter"berry". At least bila dah amik ubat "berry" tu, dh bnyk kali ulang alik toilet smpai kosong dah..baru yakin nk teran dgn bersungguh. hehe..



SEPASANG SUDAH..makin bertambah tanggungjawab:)

oklah, anak pun dah bangun. Selamat mencuba tips2 yg diberikan. Apa yg baik dari ALLAH, apa yg x baik hanya kelemahan sy sbgai hamba yg sgt terbatas kemampuannya. Insya ALLAH next entry akan sy kongsikan ttg pengalaman menggunakan set shaklee utk baby kedua :)

boleh sms/whatsapp kalau nk tny apa2 especially ttg shaklee ye :)

Ummu Umar Umairah, 013-4404869

1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik...sedang menanti kehadiran org baru yg ke-2 juga ni...berdebar2 rasanya...dh lupa dh cara nk bersalin pun ye...:)

    ReplyDelete

Follow us for more tips :)