Sunday, July 13, 2014

REAL TESTIMONI : KESAN PENGAMBILAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, kembali menulis pada pagi yang penuh dgn rahmat ini! semalam merupakan hari ke 44 berpantang. Tamat sudah tempoh itu dan saya merdeka! yeay! hihi. Syoklah sbb dah boleh makan mcm2... tapi selera xdalah tggi sangat sbb dok teringat2 sedara seislam kat Gaza. Selemah usaha kita boleh sedekahkan qunut nazilah, dan boikot mana2 brand yg strong support Israel laknatullah, dan sumbangkanlah dana yg termampu kpd mana2 NGO yg terlibat..

dalam entry ni, saya rasa terpanggil utk berkongsi tentang kehamilan kedua saya. Alhamdulillah...start je tahu mengandung dalam mggu ke4/5 mcm tu lah..saya mula fokus mengambil beberapa vitamin yg disarankan dalam set kehamilan shaklee dan terus stop vitamin2 yg tidak digalakkan semasa hamil. Boleh refer sini . Pada kali ini, saya mengalami alahan yg sgt teruk. Dari awal sehinggalah tempoh 5 bulan mengandung sy sering loya dan muntah2 terutamanya pada waktu lewat malam dan awal pagi (subuh), so mmg utk kali ni, lepas subuh je mesti "pengsan" huhu.. rasa sgt rugi masa, tapi sy redha dgn ujian ni. Semasa anak pertama dlu, sy rileks je, xda alahan langsung...hihi. adil la kan... lagipun kata org, mgkin berlainan jantina kot kalau keadaan mengandung tu berbeza :P tp mmg betul lah, dapat gegirl, Alhamdulillah..


ini gegirl nya, diberi nama Nur Umairah Maisara :)

Dalam tempoh 10 bulan hamil anak kedua ni vitamin yg paling konsisten adalah MEALSHAKES, VITALEA, OSTEMATRIX, VITAMIN C, OMEGAGUARD (start 5bulan). Tapi ESP saya x konsisten sgt..xtau knapa sy xbrapa boleh telan ESP ms preggy ni. Ikut mood jugak. So, bila xleh minum ESP, sy gantikan dgn PERFORMANCE DRINK atau MEALSHAKES je..hihi


ni apa yg sy telan semasa preggy


so, kenapa saya pilih vitamin2 ni?? ok, sy terangkan ye..

  • VITALEA : ada semua jenis vitamin yg ibu mengandung perlu. Sy jenis sng dapat HB low, jadi bila low, saya upkan vitalea 2biji sehari dan alhamdulillah, sgt berkesan. Mmg boleh naik smpai 11 ke atas nilainya. Kdg2 sy support jugak dgn pil HB HPA...sbb HB sy mudah turun..so kna bnyk ikhtiar, bnyk2 makan vitamin pun sy x kisah asal baby sihat. dalam VITALEA ni juga dah siap asid folik dan bbrp vits yg lain. Serius,,start tahun lepas sy x boleh telan bcompleks shaklee sbb baunya yg sgt "harum". So, sy cuma ambil vitalea setiap hari :)
  • OSTEMATRIX : sy ni liat minum susu...tapi sy tau sy perlu kalsium sbb utk jaga tulang sy dan baby. nk meneran sgt perlu kalsium kan sbb tulang mcm patah2 kn..hehe. zaman umar dlu, sy hanya sempat abeskan satu kotak susu anmun, tu pun mak aihh..xlalu! pastu dah x minum atau makan apa2 kalsium. Nasib baik muda lagi..xdalah jd kurang kalsium ke apa kan..satu lagi, mmg sy amik Oste utk elak sembelit dan Alhamdulillah...spnjg hamil jrg sgt dok lama2 dlm toilet.hihi
  • OMEGAGUARD : sy mula amik pada kandungan 5 bulan. sebiji sehari je. Utk otak anak dan otak sendri sbb masa preggy ni rasa kerap benar terlupa. Otak pun mcm lampi sket.keh3. org kata baik gak utk skin anak supaya x mudah alergik dsb. Zaman Umar dulu, amik MEGA 3 HPA. :)
  • VITAMIN C: ni saya ambil utk jaga skin sy yg bnyk gatal2 masa preggy. di muka pun jerawat naik dgn bebasnya.hihi. satu lagi, sy ambil ni as ikhtiar utk elak jangkitan masa preggy. Utk elak demam dan elak kencing kotor sbb ngandung ni kan dah la kita ni lemah emosi, jd sistem imun badan pun kurang. awal2 preggy...mmg sy kerap selsema bersin bagai. Vitamin C ni lah penyelamat dgn izin ALLAH. kata doktor biasalah kalau preggy. High water retention, perubahan hormon, mmg sdg alah tubuh kita ni... 
  • ESP/MEALSHAKES dan PD:  mengandung, badan penat. Sy perlukan tenaga segera. So, antara 3 ni wajib sy ambil. ESP walaupun x brapa boleh telan..sy pksa diri jugak sbb fikir development anak. Sbb protein penting utk bentuk sel sihat....kalau xleh telan sgt, sy ganti dgn mealshakes. Awal kehamilan....sy alami alahan yg sgt teruk sehingga sy mengalami pengurangan berat badan sbb xleh makan sangat. Nasib baik sy tgh unpaid leave..at least xdalah kena ponteng kerja kan..hihi. Apa2 pun saya masih perlukan tenaga utk menguruskan rumahtangga dan biz yg sgt rancak berkembang :P So, apa sy nk buat??huhu. Sy ikhtiar cari sesuatu utk solve masalah ni. Sy mula mengambil SHAKLEE MEALSHAKES. Alhamdulillah sgt2 membantu. At least rasa loya kurang dan sy dpt tenaga walaupun x dpt makan banyak sbb dalam MEALSHAKES dah ada semua vitamin. mmg berkesan bagi saya, tapi ESP awal2 mmg sy x amik langsung sbb sy x boleh telan langsung! haha...pelik betul. 
disamping vitamin2 di atas, saya juga mulakan pengambilan VCO HPA seawal 7 bulan kehamilan dgn tujuan utk mudahkan kelahiran dan sihatkan kulit baby. Sbb zaman umar dlu sy amalkanVCO ni dan alhamdulillah..mmg mudah keluar dan kulit dia xda msalah sgt dgn izin ALLAH :). VCO ni mak sedara suami saya yg cadangkan masa mengandungkan Umar dlu :)

so, apa manfaat sy dpt bila amalkan semua ni??? Alhamdulillah3x! badan yg cukup bertenaga. sy masih ingat masa mggu ke 37-38 sy bkerja ramai makcik2 yg tegur nampak sy still energetic. padahal sarat, tapi masih mampu ulang naik turun tangga setiap hari. Masa hari melahirkan anak pun saya masih bertenaga. Sy masih mampu berjalan sendirian ke labour room tanpa dipimpin oleh nurse dan Alhamdulillah, ALLAH berikan saya cukup tenaga utk meneran anak yg seberat 3.4 kg. huhu... xsgka besar pulak keluarnya. Scan dlm 3kg  gitu je..:P


Wajah maisara semasa mula2 dilahirkan..selepas nurse dah mandikan. Ada tanda lahir di dahi. Alhamdulillah, kulit cerah sket berbanding abg dia.hihi. Sihat sgt dia masa keluar, tapi nangis punya kuat, lapar kot..sbb mak dia x berani nk makan bnyk sblom ke labour room.hehe

selain kesan pada diri..sy dapat lihat kesannya pada baby. Rasanya maisara ada bezanya dgn umar especially dari sudut "kekerasan" badan. Maisara nampak lebih tough lepas dilahirkan even selepas lebih kurang smggu dilahirkan pun dh nampak dia dah boleh angkat betol2 kepala dia bila ditiarapkan, dalam tempoh ni juga dia dah mula pandai menujah kaki. Berbeza dgn Umar dlu yg ambil masa lebih kurang sbulan jugak rasanya utk keraskan kepala dan menujah kaki. Alhamdulillah.mgkin effect ESP dan Ostematrix yg beri cukup kalsium dan protein kpd maisara. Alhamdulillah..saya nampak perkembangan dia pun agak cepat, badan smgt mgkin cukup nutrien dan dia agak cepat kenal ibu dia. :)


tara! ni gmbar selepas 40 hari. Nampak gaya mcm dah meniarap kan? sbb kepala dan tgn very strong. Lama jugak duduk macam ni pun dia bleh tahan x jatuh2 kepalanya.

hehe...panjang dah menaip ni, hope pembaca dapat something dari entry ni. Kesimpulannya dgn izin ALLAH, ikhtiar saya menggunkan vitamin shaklee spnjg mengandung kira berjaya juga. Berjaya dari sudut utk sihatkan anak dan cepatkan development dia. Yes, smuanya dari ALLAH, kita cuma ikhtiar je, ibarat kata nak simpan susu badan dalam botol kita kena pam kan, xdelah susu tu doa2 je tiba2 mengalir masuk botol sendiri. Apa2 perlukan ikhtiar sbb ALLAH dah kata, nak apa2 kita kena usaha. Dari situ ALLAH akan bagi ikut bape bnyk kita dah usaha kan...mcm ambil vitamin ni...ada stgh org x percaya, kedekut nk ambil vitamin sbb katanya kalau ALLAH nk bg sihat, sihatlah.. tapi kalau dh confirm anak tu perlu asid folik dsb tapi kita dok peluk tubuh berserah je tnpa buat apa2, agak2 ALLAH bagi ke......

fikir2kanlah.... bagi yg preggy..sy highly recommended SET MENGANDUNG SHAKLEE ni tau!
boleh hubungi saya utk info lanjut! 


Ummu Umar Umairah (Triple U)

013-4404869

1 comment:

Follow us for more tips :)