Thursday, March 20, 2014

gunakan kudrat muda mu untuk mengubah hidupmu dan hidup org sekelilingmu!


Seusai solat zohor semalam, berkesempatan berbual dgn seorang makcik D, cleaner di ofis saya. Dlm berborak, kami tertanya2 ke mana pergi makcik E…sbb biasa awal je dia masuk.
Risau jika ada apa2 berlaku sbb makcik ni jarang sekali masuk kerja lambat.. sbb dia pun sbnrnya ada masalah kesihatan…

Kata makcik D, makcik E ni sgt kuat bekerja… pagi jam 7 dah masuk kerja mengemas di ofis, jam 4 pulang ke rumah tolong tgk cucu jugak sbb menantu dia baru je melahirkan anak. Malamnya jam 3 pagi sudah bangun untuk memasak nasi utk dihantar ke kedai.

Ya ALLAH, saya tersentak terus. Rasa sgt terharu dgn pngorbanan dan kerja kuat makcik E, umurnya hampir mencecah 50 an dan dalam keadaan dirinya yg punyai penyakit darah tggi, dia cukup kuat utk bangun jam 3 setiap hari dan terus menyambung tugas kerja sehingga 4 ptg.

Allahu…saya cukup malu dgn diri sendiri pada waktu tu. Ye, sbbnya.. semuda dan sesihat saya ni pun, saya x mampu nak bangun jam 3 setiap hari semata2 utk bekerja. Tapi makcik yg tua tu masih mampu??? Yer saya sgt malu. 

Tambah mengharukan saya…makcik ni sbnrnya trpksa bkrja kuat, kerana dia masih menanggung anak menantu yg kdg2 ada kerja, kadang2 tidak ada kerja. Double sedih di situ, sbb bagi saya, sepatutnya dikala usia sudah tua, sepatutnya ada yg jaga, ada yg bantu makan dan minumnya tanpa perlu bekerja berat, tetapi dia pula yg masih membanting tulang menanggung anak menantu…



Hal ini cukup memberi pengajaran buat saya utk lebih kuat bekerja pada usia muda ini, kerana saya nak sentiasa berada disisi ibu saya sementara dia masih ada ini. Saya tahu...ibu saya sangat sunyi dan sangat mengharapkan anak perempuan utk menemani sisa hidupnya..dan saya akan berjuang utk mencapai financial freedom supaya tidak lagi terikat dengan waktu ofis nnt......

saya juga sanggup memberi komitmen dgn lebih baik dlm biz kerana saya ingin mendapat manfaat sebaiknya di usia tua. Dan saya berazam utk menurunkan segala kemahiran biz saya kepada anak saya nnt. Skurangnya..kalau mereka tidak mampu bekerja dgn syarikat besar pun bila dewasa, mereka ada skill dan pengetahuan bisnes yg boleh digunakan bila2 dan dimana2 sahaja. Dan semestinya, pada waktu ini, saya yg brtggungjawab menyediakan kewangan bagi mereka supaya mereka tidak akan terlalu susah di masa depan. Dan saya juga wajib ada tabungan sendiri utk mnguruskan diri di hari tua kelak.

Yes, ini soal rezeki dan takdir. Tapi rugilah jika kita yg muda masih tidak mahu ambil iktibar.. sekurang2nya kita yg dh dpt kesedaran di usia muda ni tidaklah mengsia2 kan kesempatan yg ada utk kita berusaha. Saya cukup terkesan jika masih lagi ada anak2 muda yg memberi alasan tidak mampu utk berusaha mengubah hidup masing2 sdgkan kudrat dan masa telah diberi. Jgn smpai tahap suatu hari nnt kita terpaksa meminta2 pada org lain disebabkan kecuaian dan kedegilan kita yg tidak mahu berubah. Sedangkan tangan yg memberi itu lebih baik dari menerima kan???


Susah dahulu, senang kemudian, gunakan kudrat dan waktu muda ini demi kebaikan hidup dunia dan akhirat. Jom berubah!



Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

Monday, March 10, 2014

Bukti penjimatan ESP promo buy 6 free 1!





Bulan ni shaklee sayang kita???
Kenapa??
Sbb dia bagi free kalau beli 6 esp
Beli 6 esp free esp! Biar betoii!!
Ye lah...last promo tahun 2012..
Pengsan mau tggu next promo!
Sapa x grab peluang ni...mmg menolak tuah!

#MARCH 2014, ESP BUY 6 FREE 1, FREE MEMBERSHIP, REBATE CASH RM 36.++, INVITATION TO BIZ SECRET GROUP FOR EXCLUSIVE COACHING !!



✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

ramai yg pm sy berminat nk borong ESP buy 6 free 1.
Dan ada jugak yg still nk buat kira2 bajet dsb..
Ok..xpe..masih bnyk masa nk kira bajet..smntara anda kira bajet anda...izinkan saya utk tlg kirakan berapa penjimatan kasar anda jika beli ESP buy 6 free 1 ni!

1.beli 6 Esp..anda dpt free 1. Anda dah save rm150!

2.beli 6 Esp..anda dpt free keahlian..and
a dah save rm75!

3. Bila dpt free ahli dgn belian Esp promo..anda layak dpt rebate cash rm36!

4. Kalau anda beli Esp dgn cara pos..utk 7canister slama 7bln anda dh blnja rm70 utk pos! Tapi utk buy 6 free 1 ni..skali pos rm10 je! So..anda save rm60!

5. Bila dh free keahlian.. buy 6 free 1 pun dh dgn harga ahli! Bila dh ahli...dh dpt about 25% less utk stiap canister... Utk Esp..dlm rm25..so..25×7..anda dah save rm175!

Ok..kita totalkan semua..kta tgk bape jumlahnya!

150+75+36+60+175 = rm496!!

Perghhhh...rm496???
Dah save sebulan bayar keta ni!

Ni baru penjimatan wang! Belum lagi ttg penjimatan masa dan tenaga nk repeat order..angkut kotak dari poslaju dsb.

Belum lagi ckp bab untung jadi ahli...mmg berbaloi-baloi darlings!! X jugak lagi ckp tentang kesan positive ESP yg KEBABOOMS!

So..DECIDE now! Nak beli ke x!

Pm/wasap/sms sy di 013-4404869 utk order!
 — 


INFO LANJUT TTG ESP ------>> ESP


Friday, March 7, 2014

FAHAMI APA ITU PEMBENGKAKAN PROSTAT DAN BAGAIMANA SHAKLEE MAMPU MEMBANTU MENGURANGKAN SIMPTOM PENYAKIT INI??

Bismillahirrahmanirrahim....

Kebelakangan ni, beberapa org customer bertanya kepada saya ttg supplement utk membantu mengurangkan masalah prostat. Biasanya saya akan mencadangan zinc dan juga vitamin E?GLA complex.. ok, sebelum saya menceritakan detail bagaimana kedua2 vitamin ini mampu membantu, ada baiknya saya ceritakan apa itu masalah prostat.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kelenjar Prostat'?
  • Kelenjar prostat adalah sejenis organ yang hanya dimiliki oleh kaum Adam. Ia bertindak sebagai kelenjar auksiliari terbesar dalam organ pembiakan lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing. 
Antara fungsi kelenjar prostat?
  • menghasilkan sebahagian cecair air mani. 
Apakah simptom- simptom berkaitan masalah prostat?
  • Kerap ingin membuang air kencing 
  • Susah untuk buang air kecil 
  • Mengalami masalah ereksi 
  • Sakit ketika ejakulasi 
  • Sakit di celah paha, belakang pinggang dan pinggang 
  • Air kencing kerap menitis tanpa dikawal 
Apa itu "Benign Prostate Hyperplasia"?

  • Masalah ini adalah bengkak di bahagian prostat yang tidak melibatkan kanser. Masalah ini sering berlaku seawal usia 30-an dan semakin jelas pada usia 50-an.
  • Aliran air kencing yang keluar daripada pundi kencing akan terjejas apabila berlakunya bengkak pada prostat. Hal ini sekiranya dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan sekiranya ia tersumbat, ia boleh membawa kerosakan pada buah pinggang.
  • Kajian menunjukkan 50% daripada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami simptom ini. Tetapi hanya 10% sahaja yang melibatkan rawatan pembedahan.

Cara merawat
  • Masalah bengkak prostat boleh dirawat dengan ubat seperti finastride dan sekiranya masalah ini masih berlanjutan, barulah ia memerlukan rawatan pembedahan. Anda wajib berjumpa dengan pakar bedah atau pakar urologi sekiranya mengalami simptom- simptom di atas.

Apa kaedah lain yang boleh diusahakan?
  • untuk mereka yang mengidap masalah kelenjar prostat yang membengkak, boleh mengamalkan suplemen Shaklee GLA complex, zinc dan vitamin E.



Mengapa GLA COMPLEX??
  • kerana ianya membantu membaiki prostatomegaly iaitu masalah prostat lelaki dan kerap kencing. Ia juga membantu mengawal selia hormon lelaki kerana prostat juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon


Mengapa VITAMIN E??
  • kerana ianya satu sumber antioksidan yg mampu melawan radikal bebas yg berpotensi menyebabkan pembengkakan pada kelenjar prostat (antikanser)


Mengapa ZINC COMPLEX??
  • Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

KALAU TUAN-TUAN ATAU SUAMI PUAN-PUAN SUDAH MENUJUKKAN SIMPTOM
PROSTAT NI, BOLEH LAH IKHTIAR DGN SHAKLEE.
KALAU BELUM PUN, BOLEH BAGI DARI AWAL SBGAI EARLY PREVENTION.
\SESUNGGUHNYA MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Utk sebarang pertanyaan...boleh menghubungi saya...,
Rashidah Juhari / Ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
h/p: 013-4404869

FAHAMI APA ITU GDM DAN BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MAMPU MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO GDM??

sumber : MGTT

Assalamualaikum semua!

di pagi Jumaat yg penuh barokah ini, saya ingin kongsikan sebuah artikel yg sy dapat semasa blogwalking pagi ni, iaitu ttg Diabetes ketika mengandung. Moga bermanfaat utk kita bersama :)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

explanation drpd: Prof. Mustaffa Embong, Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara (NADI).

Senario :

  • Kandungan Linda masuk minggu ke-25. Semasa pemeriksaan kesihatan rutin, dia diminta mengambil Ujian Cabaran Glukos (GCT). Dia mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh daripada lengannya sejam kemudian.
  • Beberapa hari kemudian doktor memaklumkan bahawa paras glukosa dalam darahnya lebih tinggi dari paras normal. Linda mungkin mengalami diabetes kehamilan (Gestational Diabetes Mellitus, GDM).
  • Linda perlu kembali ke klinik untuk mengesahkannya dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT). Tiga hari kemudian, selepas berpuasa selama 8 jam, Linda datang semula ke klinik pada awal pagi.
  • Dia diberi minuman glukosa yang lebih tinggi kepekatannya dan sampel darahnya diambil sebelum dan pada setiap jam untuk tempoh dua jam. Keputusan ujian itu mengesahkan bahawa Linda menghidap GDM.
  • Linda bingung. Dia sangat prihatin tentang pemakanannya. “Apakah GDM dan bagaimana ia dapat menjejaskan keadaan saya dan bayi saya?” Linda berfikir.
GDM

  • Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.

  • GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.
  • GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.
  • Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.
  • Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.
  • Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
  • Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.
  • Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.
GDM adalah berbahaya

  • GDM, jika tidak diurus dengan baik boleh membahayakan bayi anda.
  • Paras glukosa darah yang tinggi dalam aliran darah anda boleh memasuki plasenta, dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi.
  • Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
  • Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
  • Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran.
  • Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan, masalah pernafasan dan penyakit kuning (jaundis) yang berlarutan.
  • Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
  • GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean.
  • Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.
  • Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan.
  • Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah – seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan sehingga 58 peratus risiko menghidap diabetes jenis 2.
Merawat GDM

  • Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus dan dirawat.
  • Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.
  • Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan.
  • Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.
  • Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.
  • Ubat antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.
  • Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi.
Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi.
Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil).
Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.

Adakah anda berisiko?
Anda berisiko tinggi menghidap GDM jika:
  • Berumur 25 tahun atau lebih
  • Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
  • Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
  • Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
  • Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.
Doktor akan menjalankan ujian cabaran glukosa ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi.
Anda akan diberikan minuman berglukosa dan selepas itu (biasanya sejam kemudian), sampel darah akan diambil untuk menentukan paras glukosa darah.
Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

ok, jika anda adalah antara pengidap GDM, apa yg harus dilakukan??


  • biasanya doktor akan mengingatkan tentang perubahan pola pemakanan. Elakkan dari mengambil makanan yg tggi gula. Perlu juga berhati2 dgn susu utk ibu hamil yg kdgkala tinggi gulanya!
  • suntikan insulin bagi yg sudah peringkat tidak dapat dikawal dgn pemakanan
  • senaman ringan
  • amalkan pengambilan multivitamin yg mengandungi, zinc, bcompleks, kalsium dan magnesium. (dalam bentuk multivitamin sbb zinc x elok berlebihan dlm badan. biasanya dlm 11mg je diperlukan.

so, utk membantu anda dalam menghadapi/mencegah masalah GDM ni..saya sarankan anda memulakan pengambilan Shaklee ESP,VITALEA, B-COMPLEKS dan juga OSTEMATRIX yg dicadangkan untuk kehamilan trimester 1. .



  • ESP : Indeks GI yg rendah, sesuai utk diabetes sbb gula dilepaskan sedikit demi sedikit. Ia juga bantu kurangkan pengambilan nasi yg sgt tggi glukos
  • VITALEA: Membekalkan zinc yg mampu membantu penghasilan lebih banyak insulin. Juga mengandungi 19 multivitamin dan multimineral yg sgt baik utk ibu dan perkembangan bayi.
  • B-COMPLEKS: Menyokong dalam proses metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Juga membekalkan 8 jenis vitamin b termasuk asid folik yg penting utk perkembangan saraf bayi. 
  • OSTEMATRIX: Sumber Magnesium yg penting utk elak diabetes. Ostematrix juga mengandungi 100% keperluan harian kalsium dan boleh digunakan utk menggantikan susu yg anda ambil sepanjang kehamilan yg sgt tggi gula tu. Saya sendiri, xminum susu pun spnjg mengandung, tapi cuma amalkan ostematrix 4biji sblom tidur. Alhamdulillah... tiada cramp..tiada sakit gigi. 


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Utk sebarang pertanyaan...boleh menghubungi saya...,
Rashidah Juhari / Ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
h/p: 013-4404869

Follow us for more tips :)