Wednesday, July 29, 2009

Hayati keindahan di offshore

kredit to kim yang bagi gambar ni kat ana. Indah sungguh ciptaan ALLAH.Tenang sunggu rase, dikala jiwa risau memikirkan amanah yang kian banyak untuk ditanggung.
Terasa nk g offshore gak satu hari nnt. Bleh ke tak ek? hanya ALLAH yang tahu jawapannya :)



nelayan mencari rezeki


subhanallah....cantik kan?? nampak anak2 ikan berenang-renang



ape ntah ni, kapal kargo kot, ye dak kim :P



oil and gas industry


inilah dia platform minyak di perairan terengganu.

sekian sahaja. Ana just bagi gambar je la utk update kali ni. Tak larat nk tulis panjang2, pasnin nk g jumpa sv lak. Sama-samalah kita renung2kan kebesaran dan kekuasaan ALLAH melalui ciptaanNya yang sungguh indah ini :). Bila lah dapat merasai adanya platform di perairan Kelantan? Ana tidak redha dengan penganiayaan manusia yang zalim.


p/s: tapi hati-hati kalau main air laut, takut allergik nnt gatal2 tak pasal. Tarbiyyah ALLAH di mana-mana. Wallahua'alam

Monday, July 20, 2009

Hayati peristiwa Isra' dan Mi'raj

salam...sama2 kita hayati kisah ini. Sekadar copy and paste apa yg difwdkn oleh seorang sahabat di emel. Maaf sbb source tak di statekan. Sekadar untuk perkongsian. Wallahua'alam

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat
manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi
Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini
sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka
terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada
beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina
Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji
nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil
Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang
bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua
orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha
menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa
saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan
yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka
dakwah Islam akan terhenti.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan
dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ Mikraj dan
seterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah
Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada
dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif
iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam
malah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu
tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah
jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak
tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang
begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum
nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui
ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan
sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi
rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi
dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa
perikemanusiaan.


SEJARAH PERJALANAN ISRA’ MIKRAJ.

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh
malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan air
zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada
Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin
nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’”
itu.

Semasa Isra’(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat
Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang
sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan
melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu
daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin
‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik
yang amat ajaib Antaranya:-
1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu
oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail:
Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama
suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan
pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orangorang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulah
lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan
perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata
Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang
yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah
yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir
merekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia
(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.

10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

11)Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah
dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat
Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah
orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

13)Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang
sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia’
dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang
berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat
baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W
dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).

1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama,
lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang
yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang
rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk
dan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.

3. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala
(disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai
termasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh : Naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W,
Nabi Ibrahim A.S bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada
mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if , maka berdoalah
untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La
Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : “Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha
iilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon
pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib,
Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan
bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan
dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai
keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu
tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan
pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda
masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa
dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur
‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

10.Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul – Nya.

Allah S.W.T : Ya Muhammad

Rasulullah : Labbaika

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan
Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang
tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkau
ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan
orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka
dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik
umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada
hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang
tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu
ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah “arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi
munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam
dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku
fardukan atas mud an umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S
kemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W
meraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
sembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5
waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari
semalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum Hijrah).

wallahua'alam

Saturday, July 18, 2009

Jalan2....ana nk rehat jap...mengharapkan ketenangan daripada ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...semalam berjaya gak g majlis tilawah kat chanselor hall. Ramainye orang tak terkira. Tak dapat nak masuk dalam hall pun. Just jenguk2 diluar n jalan2 sekitar gerai2 kat luar je. Best2, cuci mata.hehe..sempatlah gak g m
enjenguk gerai HPA. Xtau nak beli ape, beli kismis minda dengan harga ahli RM8 sahaja.keperluan lain ada lagi :) . Ingat nk g check gak penyakit ngan kakak2 HPA tu tapi ramai sgtlah org..dalam posting ni nak share beberapa gambar g sane smlm.


belilah produk ISLAM HPA, kate Fadhilah :)


Sempat lagi posing disebalik keramaian orang :)


part ni memang best :P

sebenarnya ada banyak lagi gambar. Tapi tak dapat lagi dari sahabat ana. Lain kali la ana share. sebenarnya 2-3 hari ni ana agak kepenatan n kurang sehat sedikit.Sebenarnya ana ada gastrik. Disebabkan ana ni manja sket ana mengadulah kat kakak n abang ana. Takde jawapan lain melainkan pegilah klinik. Hehe (benda yang paling ana malas). Lagipun baru je lepas g klinik since nk register kampus wajib g check H1N1.

So, abang ana pun suruh ana amalkan selawat syifa'. Dengan izin ALLAH kita akan sihat sentiasa. Ana share sini selawat tu. Sahabat2 semua if ade sakit2 amalkanlah selawat ni pagi dan petang. Selain tu rajin2kan diri membaca Al-Ma'thurat ye.



Ana pun dah merasai sedikit kepenatan berada di final sem.Nak kena setelkan banyak benda. Nak kejar masa, dikejar masa. Pressure pun mungkin meningkat sket. Tapi kenalah pandai2 kawal. ALLAH kan ada untuk kita mengadu dan meminta agar dipermudahkan segalanya. Janji ALLAH dalam ayat ke 6 surah Al-Mu'min:
"Dan TuhanMu berfirman, "Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"

Ana pun mengadu gak kat abang pasal ni.
Pesanan dia: "guano2 pun keno tempuhi jugok" ... huhu, betol2...ana akur...susah mane pun kite kena tempuhi kan. InsyaALLAH, segalanya akan berakhir dengan baik. Moga ALLAH sentiasa bagi ketenangan untuk ana hadapi kehidupan yang ana tak tahu pun berbaki berapa lama lagi.

Sem baru akan start lusa. Ana nak wat yang terbaik untuk sem akhir ni. Terima kasih kepada ma,abah, abe2, kakak, adik, spupu spapat, mak2 sedara, pak2 sedara, seluruh family, waris2, dan sahabat2 yg mendoakan ana. terima kasih kerana menyayangi ana. Ana pun sayang kalian.

So, ana mungkin perlu berehat sekejap dari dunia blog, fs, vf dsb (kalau dapat terus 1 sem, ok gak, tapi tgklah gane, ana pun ade misi ana jugak, bukan sekadar menulis untuk mengisi masa lapang jer :P). Ana pun nak memantapkan skill photoshop ana jugak. Baru je dapat install photoshop cs3 dan ana dah belajar satu teknik animasi. Alhamdulillah

tetiba teringat kat adik2 mase program smart solat kat Paka


say peace everybody (^_^)v

Selamat tinggal kepada semua. Panjang umur jumpa lagi yer! Assalamualaikum

Thursday, July 16, 2009

kenangan lucu berpraktikal siri 2

Bismillahirrahmanirrahim...

kenangan lucu berpraktikal menjelma lagi. Ia berlaku pada tanggal 22 Ogos 2008.
Masa tu, kami adalah sebahagian dari AJK CSR anjuran BAKIP POD. Since kami pun di consider as ahli BAKIP di sane. Eh, ape tu BAKIP? Badan Kebajikan Islam PETRONAS la :) Best join BAKIP, sbb time intern ni takde lah wat ape sgt di ofis, nak2 time takde project, so, b
ersama-samalah BAKIP.


Lawa tak poster ni? Kami lah yang design :)

Tapi harus diingati, kami join BAKIP bukanlah sekadar mengisi masa lapang semata-mata! Ia kerana satu misi yang amat penting. InsyaALLAH demi ISLAM tu sendiri. Memperkenalkan dan mengajak orang2 khususnya staff2 ke arah memahami dan menghayati ISLAM yang syumul ini. Lagipun tak ramai yg nak menggerakkan Badan tersebut kerana kebizian.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang
untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff ayat 4)

mmg sometimes kami diuji.. dengan kemalasan, keserabutan, ketidakikhlasan...tapi Alhamdulillah.. kami mampu hadapinya. Alhamdulillah, thank you ALLAH!
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, p
adahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Baiklah, kembali kepada kenangan lucu siri 2. Pada ha
ri tersebut, CSR dijalankan. Iaitu gotong royong masjid kampung nyior. Alhamdulillah, ramai yg datang. Walaupun ada dtg sekejap je..tapi still dtg. Still dapat point kn? hehehe.. :P. Kami yang muslimat ni takdelah wat keja bnyk sgt. Just tlg2 potong sayur dsb. Ada masak2 la hr tu.

Selang beberapa jam. Dalam pukul
11, kami rase macam dah takde nk wat ape dah. Keje2 membersihkan dah abes. Yg tinggal pun keje muslimin tgh mengecat pagar. Keje2 masak pun tinggal kacau2 dalam kawah je. tu pun dah ramai yg wat. Makcik2 dan kakak2 rajin sgt. hehe...Hmm.. bosan gak...nak wat ape ek?
so, kami pun merayau-rayau jap. Tiba2 salah seorang daripada kami menyuarakan sesuatu..jeng3..



Rajin tak kami? :P

"Rase cam nk g dungun la..." nk wat ape dah mase tu, an
a pun lupa,beli tiket kot. Erk...kami ape lagi... terus mengiyakan.. "Jom2..bleh window shopping skali.. :P". So, sbb smua dah stuju, ape lagi... vroom! Merempitlah kami ke dungun menaiki kereta [ade ke merempit ngan keta??] whatever lah!Tapi, kami dah inform ketua dulu lah! Kate nk kuar jap :)

sesampai je sane..kedai fauvorite kami kunjungi. Ala..kedai pakaian yg dekat stesen bas tu. Sambil2 tu pusing2 la gak bandar dungun. Asyik je window shopping. Tapi smpt la gak beli bbrp keperluan :). Tak lama pun kami g, risau gak tetiba ada keja kat CSR tu. So, dalam kul 12.45 gitu kot, kami decide lah untuk pulang. Kami pun pulang dengan gembira. Tapi dkat2 nk smpai tu rase mcm segan lak..yela..tiba2 hilang n muncul semula..

Bila sampai je sane. Kami turun dari keta. Mak oi..dah tak ramai org dah. Lagipun dah abes waktu zohor dah. Nampaknye muslimin je ramai. Tapi nasib baik, ade lg beberapa makcik yg tgh duduk2 lagi kat wakaf tempat masak tu. So, dengan muka tebalnya kami menuju ke makcik2 tu. hehe... Makcik tu pun suruhlah kami g makan. Tapi sempat lagi dia berkata "Anak-anak dara ni, masa makan ada lak diorang ek"..sambil tersengih.

Ya ALLAH...segan tak terkata. Malunye kami. Bunyinya macam kami malas. :P . Dahlah macam chipsmore, kejap ade kejap takde. Tapi lepas tu makcik2 tu suruh k
ami g makan. Kami pun ajak la diorg sekali. Rupa-rupanya diorang dah makan. Skrg ni mmg turn muslimin sebenarnya.. adus.. Disebabkan kami ini berempat, so, takdelah segan sangat.So, pegilah makan. Tapi, muslimin2 kat situ pandang semacam jerk.. Tebalnya muka kami..tobat tak wat lagi. Mengelat punya pasal :P

Lepas makan tu, kami pun g la smula kat makcik2 tu. G back up diri, kate tadi ade hal sket kat dungun. Hehe...makcik2 tu pun kate la gurau2 je. Pastu siap offer gulai free lagi kat kitorang. banyak gak dia bg. Nasib baik kami bleh bg kat kawan kami, kalo tak mmg basi la kat umah...hehe...

begitulah ceritanya. Pasni tobat tak ngelat dah. Betol tak
hani, bah, and hety?? [akhirnya ter-reveal gak sape dia geng2 ana ni, jgn marah ek ;P ]


kami tobat taknak ngelat dah :P

Banyak kenangan indah sepanjang kami bersama BAKIP. Kenangan pahit manis, semua ada.

kepada kawan2 diluar sana, ingin sekali saya mengajak untuk kita sama2 dengan perjuangan Islam. Walau dimana-mana pun kalian berada, cuba lah sedaya upaya untuk bersama badan yang memperjuangkan Islam. perjuangan Islam bukan semata-mata untuk orang yang sempurna ibadahnya, sempurna akhlaknya, bukan untuk orang yang sempurna menutup aurat sahaja. Namun, kalian wajib memperuntukkan masa dan diri kalian untuk memahami, menghayati dan mengamalkan Islam. Islam yang syumul.Buka minda, buka hati. Fahami Islam, Hayati Islam, Amalkan Islam dalam hidup kalian. Janganlah di awal2 lagi kalian menutup hati kalian dalam memahami Islam. Jika tak tahu, bertanyalah yang tahu. Rebutlah peluang yg telah ALLAH berikan ini. Berbuatlah sesuatu. Usah leka dibuai mimpi. Tinggalkanlah segala perkara sia-sia dalam hidup kita.

Perjuangan Islam itu untuk semua. Sumbanglah sema
mpu yg boleh. Sumbangkan tenaga, sumbangkan masa anda, sumbangkan pemikiran, sumbanglah wang, paling tak mampu pun, sumbanglah doa kita supaya ALLAH mudahkan perjuangan Islam. Bersama-samalah perjuangan Islam dan dalam masa yang sama perbaikilah ISLAM di hati kita.

"Apa lagi saham yang mampu kita bawa kat akhirat nnt melainkan saham yg kita laburkan dalam perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi ini? Kalau nk harapkan ibadah semata-mata, Subuh pun kadang2 terlajak, betol tak?" ---teringat kata-kata seorang sahabat di satu program.

Ana dah sampaikan, terpulang pada kalian untuk bertindak.

"Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?’ Mereka menjawab: ‘Agar kami mempunyai alasan (pelepasan tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya bertaqwa.” (Al-A’raf : 164)


gambar hiasan

wallahua'alam.

Wednesday, July 15, 2009

Pesanan Imam As-Syafi'e



SALAM ALAIK... insyaALLAH, copy paste dari emel yg difwdkn oleh seorang kawan. Sekadar perkongsian.





gambar hiasan



IMAM Al-Syafie atau nama sebenarnya, Muhamad bin Idris Al-Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah.



Imam Syafie banyak meninggalkan wasiat, pesanan atau kata-kata yang menjadi pedoman berguna untuk umat manusia .Antara pesanan itu adalah:-



  • Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata.
  • Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
  • Imam Syafie ditanya mengenai tabiatnya yang suka menggunakan tongkat, sedangkan beliau tidak uzur. Maka, jawabnya : “Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.”
  • Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
  • Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai. Selamat daripada lidah manusia tidak bermakna sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaatkepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
  • Sesiapa yang berasa marah, tetapi tidak meluahkannya, maka, dia seumpama keldai. Sesiapa yang redha terhadap sesuatu, tetapi tidak dapat menerimanya, maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya
  • Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
  • Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.
  • Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain.
  • Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
  • Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam mencapainya
  • Apabila telah tetap perkara asal dalam hati, maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasil).
  • Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu.
  • Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yangtelah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
  • Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
  • Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.
  • Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut
  • Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.
  • Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yangdimiliki.
  • Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.
  • Terlalu mengharapkan kelebihan dunia adalah azab Allah kepada ahli tauhid (beragama).
  • Sesiapa yang engkau redhaakan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu. Begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.
  • Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripadasegala kejahatan.
  • Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu, maka mereka akan melarikan diri daripada kedua-duanya seperti mereka melarikan diri daripada harimau.
  • Bagi akal itu ada penghujungnya. Begitulah juga dengan sabar yang ada penghujungnya.
  • Sesiapa yang menyimpan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya
wallahua'alam



Rentetan peristiwa peng"spoil"an FYP ku

Bismillahirrahmanirrahim....

9.00 - 9.40 pagi :
kami sampai di building 17, co-supervisor bertanyakan kami tentang kunci lab. Alamak, rupanya kunci tu dia tak pegang dah. Terpaksalah 
saya n partner lab mencari abg2 technician. Sbb dah lmbt, jwbnye kna tggu 9.3o la...diorg dah g breakfast dah... haiyya!

dalam tempoh menunggu, kami di 'lecture' oleh co-sv akan keseriusan dalam menjalankan project ini. hehe...sharing yg menarik, menyebabkan kami berdebar-debar. Sudah mula serius dan semangat untuk mengetahui result experiment. Research in material is very unpredicted!

nampaknya dah kul 9.30, tapi abg technician tak smpai2. Tetiba lalu seorang abg technicia lain yg jaga XRF test,masuk ke ofis dia. Co-sv menyuruh 
saya mengambil booking form untuk XRF.saya g cari abg tu. Tibe2 dah ilang. Aik..dia g mane. Pastu saya gtau co-sv, abg tu tiba2 dah ilang. lepas tu dia sambung lecture dia balik. Tibe2 abg tu muncul smula. saya pun terus kejar dia, mintak booking form. saya tny, "abg hilang g mane tadi??".. "La..bilik sy kat belakang, masuk lalu pintu tu," jawabnye sambil menunjuk ke arah pintu yg agak tersorok. saya tertipu...hehe

9.40 -10.00 pagi:
Abg lab yg ditunggu2 dah sampai. Dapatlah kunci. Owh, co-sv suruh mintak booking form untuk furnace. So, 
saya tny la.. abg tu jawab takde booking form la untuk furnace... malas je nampak muka dia.. [sorilah bang, saya jujur kat sini..huhu]

tetiba 
saya hilang. Ke suatu tempat. Sedangkan material berada ngan saya. Oh..bagaimana ni? tetiba dapat 1 sms. "shidah, jom ke furnace. Dah lambat ni..nk start dah..." Fuh, nasib baik mase tu dah dalam 10meter je dari pintu lab. :)

10.00 - 10.40 pg :
Co-sv meminta 
saya membersihkan material itu menggunakan acetone. So, saya pun membersihkannya. ingat lepas tu leh trus start. Adus, satu lagi material kwn kami tak potong lagi. So, kwn saya g la potong kat lab bawah. lama gak. 10.25 baru siap. pastu proceed lagi dengan mencuci material tu then susun, masukkan dalam furnace.

10.40 pg: Purging nitrogen started

10.55 pg : Purging nitrogen stopped + Set the temperature, rate
of heating, and so on

11.03 pg: start heating the furnace, after no more nitrogen bubbles are observed. We leave the lab

03.03 ptg: Open the nitrogen supply valve and maintain the flowrate t0 120mm3/s.

We leave the lab after observing all the equipments condition are OK.


05.40 ptg : went to lab with a hope. pray to ALLAH to give the best for our experimet.

After 5 minutes I arrived, my co-sv and friend arrived. Suddenly he(my co-sv) asked, "hey, kenapa tak ada gas dah?"

erk...terkejut 
saya. Ape? takde gas? hah? tak prasan pun?

aduss...rupa-rupanya, dah tak nampak dah bubble2 nitrogen dalam air yang kami isi dalam kelalang kon tu. Memulanya kami ingat nitrogen dah abes. tapi, bila pegang cylinder nitrogen tu, ade kebasahan seperti adanya kebocoran. Erk...takkanlah bocor lak. Tadi masa purging okey jerk. H
uhu..camne ni. Tapi ble co-sv test dengan air sabun, takde lak kebocoran.

Bila kawan 
saya pegang valve tu.. alamak, spoil btol, ade orang dah tutup valve ni. Sape lak yg close ni, sedangkan 2 notis dah diletak yang experiment sedang dijalankan. adoi...

Tetiba, 
saya terpandang salur getah yang menghubungkan nitrogen supply dengan flowmeter. Aik...peliknya. Kenapa tak bersambung pun ek?takkan kami lupa sambung? sdgkn tadi flow dah di set ke 120, purging pun okey jerk... erk...sah! mmg ade yg main2 dengan equipment kami.. kalau tak camne leh tercabut n siap dah close lagi valve tu.ke tercabut sebab 'burst' tekanan tinggi sgt? uhh..tak logik la..tadi mase purging ok. lagipun sesalur dekat flowmeter tak di block pun, nak burst ape lak.

macam2 anggapan kami. 
saya lak siap wat observation nk tau sama ada sesalur itu sengaja dicabut, tercabut sbb burst ataupun tercabut sbb ada org terlanggar. Tapi nampak macam takde kerosakan atau kerobekan yg bleh dikaitkan dengan letupan ( (terpengaruh ngan cite CSI,,huhu)).Tapi tak logik kalau ade orang buang. Sbb if ade ape2 yg berlaku, mesti org2 yg tersebut akan menelefon salah seorang dari kami. Num telefon kami dah ade dah terpampang kat situ. Aish!Kalau accident pun, mesti la org tu contact kami gak. hmm..

co-sv 
saya memanggil abg technician untuk melaporkan. Dia check skali lagi kebocoran. Mmg takde!. Tetiba saya terpandang satu notis projek yg baru ditampal di satu lagi furnace yg lain. Notis tu sepertinya ditampal selepas kami meninggalkan lab selepas membuka valve nitrogen. Hmm...ataukah orang itu yang....

sayameng 'arise' kn apa yg saya rasa. Bukan buruk sangka kat orang tu...tapi, dalam menyiasat accident, apa2 pun mungkin kan, berbaik sangka pun ada batasnya. Abg technician tu mengatakan yg ia mungkin. Kerana pemilik projek itu merupakan seorang yg tinggi tahap curiosity nyer. Mane tau dia ade main2 ngan flowmeter kami sampai ter 'block' saluran. So, ble dah 'burst' taktau nk wat ape, dia terus tutup valve dan blah dari situ.
Dan kami disuruh menyoal siasat pelajar yang disyaki tersebut... fuh...berat ni..nak soal siasat student master!

kami blurr... taktau nk wat ape. Hari kami sacrifice sehari, sacrifice satu sample yg mahal (import , lama nk produce, sejam baru dapat 1, susah nk produce), sacrifice energy. Ya Allah... down gak rasa. Sample tu akan dibuang la jawabnya.
huhu..

sape yg wat naya kat kami ni, silalah mengaku yer! Allah Maha Melihat.

Tapi takpe, 
saya tak putus asa. Saya yakin, ALLAH akan tolong kami menghadapinya dengan tabah. Kuatkan semangat. Sesungguhnya, di setiap kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah : ayat 5 dan 6)

Kami akan teruskan perjuangan kami. Saya tahu, "ONLY ALLAH KNOWS THE BEST!" . InsyaALLAH ada hikmah disebalik apa yang berlaku hari ini. Panjang umur, perjuangan bleh diteruskan lagi hari esok.

sekian sahaja posting yang agak poyo, emo dan mungkin kurang thiqah ni. Sekali sekala tukar angin, tak salah kn. Demi keseimbangan energy dan thermal di dalam diri ini

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
pada asalnya telah banyak sample disiapkan, namun kenipisan yang amat membuatkan ia tidak lagi valid :(

Monday, July 13, 2009

ia kembali kepadaku :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Ana happy sangat malam ni sbb terjemahan Al-Quran ana yang hilang awal Jun hari tu telah kembali semula kepada ana. Alhamdulillah, thank you ALLAH. Dan sekarang ana ada 2 la terjemahan Al-Quran, sbb hr tu ma dah bagi duit suruh beli yang lain.Ganti yang ilang :) Rupanya tertinggal dalam keta Hani semasa travel ke suatu tempat tu. Happy2 :)

kesayanganku (yg pink tu yg baru :)

Tadi dah g beli pen baru, sbb mase cuti pen dah banyak ilang. Semangat nk masuk sem baru, beli pen baru :)


Hijau di atas sokmo :P

oklah, nk kna study lak, esok nk masuk lab ni. Alahai FYP ku.

Berdebar jugak menanti hari esok. ya ALLAH... selamatkanlah negeri Kelantan dari musuh2 Islam. Mudahkanlah urusan mereka yang memperjuangkan agamamu. Amin...

renungan sebelum tidur:

"Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” (an-Nahl:18

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

munajat JOM! wallahua'alam.

Salah siapa??

"apa guna seorang ayah mendapat "great achievement" sedangkan anak-anak tak dapat performance yang baik dalam hidup mereka..."

Begitulah kata-kata seorang student PhD di sini, selaku co-supervisor FYP ku. Beliau merupakan seorang suami dan juga seorang bapa yang masih lagi "struggle" untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD. Anak2 dan isterinya berada di Indonesia. Sepanjang pengajiannya di bumi Tronoh ini, ana kira dalam setahun, mungkin dia hanya dapat berjumpa sekali atau dua kali dengan keluarganya. Namun, Alhamdulillah, dia masih punya isteri yang mampu menjaga anak-anak bagi pihaknya sementara dia sibuk dengan "jihad menuntut ilmu"
Sungguh ana tersentuh dengan kata-kata tersebut. Begitu berat sebenarnya tanggungjawab seorang bapa malahan juga seorang ibu dalam memastikan anak-anak mendapat didikan yang baik dari semua sudut kehidupan. Melalui kata-katanya itu, jelas menampakkan bahawa seorang bapa secara semula jadinya akan sentiasa berfikir akan masa depan anak-anak, setiap saat dan ketika. Alhamdulillah..sepanjang ana hidup, ana, abang2,kakak, dan adik, dikira telah mendapat apa yang sepatutnya kami dapat.

Seharusnya, bagi kita yang telah direzekikan Allah untuk mendapat didikan sempurna daripada ibu- bapa wajib mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut. Kerana tidak semua orang berpeluang mendapatnya. Sujud syukur untuk itu.


Ana teringat sebuah kisah yang ana pernah dengar, tentang sebuah keluarga yang mana ibu dan bapanya tidak mampu menyekolahkan anak-anak disebabkan kemiskinan hidup. Bapa seorang nelayan, manakala ibu hanya menanam padi. Kedua-duanya mempunyai kerja bermusim, si bapa jika musim tengkujuh, merosot lah hasilnya, si ibu juga begitu. Berapa sangatlah yang dapat diperolehi oleh mereka, sebab itulah tak mampu nk menampung persekolahan anak-anak. Hanya anak sulong dan kedua sahaja sempat dihantar untuk belajar. Itupun sekejap sahaja, tetapi terpaksa berhenti selepas itu kerana tiada wang untuk membeli buku. Sebelum ni hanya menggunakan papan tulis. tetapi nasib baik si sulong dan adiknya sekurang-kurangnya sempat belajar membaca. Tapi, adik2 nya yg lain pula bagaimana? sedikitpun tidak sempat ke sekolah.

Tetapi, apa yang menghairankan, keluarga ini pada hakikatnya mempunyai beberapa saudara mara atau lebih tepat dikatakan waris yang kaya dan berkemampuan. Namun, disebabkan keangkuhan dan lupa diri, warisnya itu tidak sedikitpun peduli akan kesakitan dan keperitan hidup keluarga tersebut. Tidak pernah pun sesen dihulur kepada keluarga tersebut, malahan jika diminta untuk berhutang pun, walau sekadar 5 ringgit pun tidak dipedulikan. Bakhil sungguh mereka itu! Tetapi, bila tiba masa memerlukan beras, mereka pula yang tanpa segan silu mengambilnya secara percuma dari keluarga nelayan tersebut, dengan alasan, tanah padi yang diusahakan itu adalah kononnya milik mereka. Sungguh kejam mereka itu. Namun, keluarga yang miskin ini punya hati yang tulus, tidak kisah pun jika mereka mengambil beras tersebut.

Tiada sedikit pun rasa kasihan di hati mereka melihat kehidupan anak-anak nelayan tersebut. Dahlah tak dapat g skolah, terpaksa menolong ibu dan ayah bekerja juga. Disebabkan itu, anak2 tersebut terpaksa membesar tanpa mendapat pendidikan yang sepatutnya. Tetapi ALLAH itu Maha Pengasih kepada hamba-hambaNYA. Walaupun tanpa didikan, kebanyakan anak2 tersebut membesar dengan nilai2 hidup yang baik. Menjadi insan yang sabar dan cakna akan kebajikan orang lain. Biarpun tanpa didikan dan kekayaan, mereka lebih mulia dari waris mereka yang kaya, bakhil dan berpendidikan itu.

Namun, kebahagiaan anak2 ini sekali lagi hampir dirampas oleh waris yang tidak bertanggungjawab ini. setelah hampir 10 tahun pemergian ibu, bapa, dan bapa saudara mereka, si waris ini kembali kepada mereka dengan menuntut tanah yang kononnya telah 100% menjadi milik mereka. Sedangkan dahulu telah dijanjikan bersama-sama yang tanah itu perlu dibahagi-bahagikan kerana ianya hak milik bersama. Malah, dalam dokumen pun telah dinyatakan sebegitu. Zalimnya mereka, kerana tanpa segan silu dan secara terburu-buru ingin menjual tanah yang sedang diduduki kepada pengusaha perumahan. Sungguh tidak malu kerana mereka dikira telah mencabul hak dan harta pusaka mereka yang dikira sudah yatim piatu. Tetapi niat buruk mereka itu telah di cantas terlebih dahulu dengan bantuan ALLAH. Alhamdulillah.

Dan mungkin sebagai peringatan juga kepada kita, suami kepada waris tersebut juga telah meninggal dalam tempoh penganiayaan tersebut. Innalillah.. hanya ALLAH yang tahu bilakah kematian kita, dan setiap insan pasti merasainya.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan di hari kiamat nanti sahajalah akan disempurnakan segala balasanmu, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” (Ali-Imran;185)

Beruntunglah sesiapa yang mati dalam keadaan yang baik. wallahua'alam, serahkan segalanya kepada ALLAH, hanya DIA yang berhak mengadili hamba-hambaNYA.

Ana tamatkan kisah tersebut sampai di situ sahaja. Di sini, ana cuma nak mengingatkan kepada diri sendiri dan juga sahabat2 akan peranan kita sebagai seorang Islam.

Jika kita diberi kekayaan, apa gunanya jika tidak mampu digunakan kekayaan tersebut untuk membantu saudara mara kita yang kesusahan?? Melalui kisah ini, ana yakin, sebagai manusia normal, kita mampu melihat si bapa sudah berusaha mencari rezeki untuk anak-anaknya tetapi masih belum mampu untuk menampung pendidikan. Si ayah dan ibu telah melaksanakan tanggungjawabnya, tetapi dimanakah dan apakah peranan masyarakat sekeliling, terutamanya para waris yang berkemampuan?? adakah kekayaan yang dikecapi itu hanya untuk mengisi perut sendiri?? sehingga waris2 dan saudara-mara yg kesusahan pun tidak dipedulikan?? salah siapa??

"Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran tetanggamu menangis kelaparan"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Jika di akhirat nnt si bapa disoal mengapa tidak diberi didikan kepada anak-anaknya, sudah pasti mereka yang tidak peduli itu turut menerima tempelaknya.Nauzubillahi min zalik. Sudahlah tidak dipeduli, malah dikhianati keluarga malang tersebut. ingat, ALLAH MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI setiap perlakuan hambaNYA.
Sama halnya juga di zaman sekarang. Kebanyakan kekayaan diboloti oleh orang-orang atasan yang kebanyakan hanya digunakan untuk mengisi perut sendiri. Yang miskin, dibiar sahaja mereka. Jika orang miskin pun tidak dibantui, apatah lagi untuk perjuangan Islam. Tak pernah pun terfikir untuk menginfakkan ke jalan Islam harta-harta tersebut. Astaghfirullah...

Tidakkah kita mahu mengambil iktibar dari kisah Abdul Rahman bin Auf yang dikatakan akan masuk syurga secara merangkak kerana hartanya yang banyak? Maka dia terus menginfakkan semua hartanya. Ini kerana, ALLAH akan menghisab harta-harta kita bermula dari sumber diperolehi sehinggalah ke mana kita menggunakannya.. [untuk kisah selanjutnya tentan Abdul Rahman bin Auf, sebagai rujukan, sila klik link ini: http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=229 ]

Sungguh ana tersentuh dengan kisah ini. Benar atau tidak, wallahua'lam. Apa yang penting, iktibar yang perlu kita ambil melaluinya. Jika kita kaya, ingatlah, ALLAH sebenarnya mahu kita berkongsinya dengan yang memerlukan. Sesungguhnya, bakhil dan kikir itu amatlah dikutuk oleh ALLAH.

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (yaitu)melepaskan budak dari perbudakan, atau memberi MAKAN pada hari kelaparan (kepada) anak YATIM yang ada hubungan kerabat, atau orang MISKIN yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu)adalah golongan kanan.
Surat al-Balad [90] ayat 10 -18

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi KIKIR, Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila iamendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan SHALAT, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya, dan orang-orang yang dalam HARTAnya tersedia bagian tertentu, bagi orang(miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)"
Surat al-Ma'arij [70] ayat 19-25

"semoga ALLAH melindungi kita dari sifat bakhil dan kikir. Bila mana kita ingat segalanya milik ALLAH, insyaALLAH kita selamat. Ya ALLAH, kami mohon sungguh2 kepadaMU. Peliharalah kami"

"mataku yang membaca lebih dekat dengan tanganku yang menaip dan otakku yang berfikir ini. ya ALLAH, moga aku tidak diuji seperti hambaMU yang lalai itu. Adapun jika diuji sebegitu, berilah aku kekuatan dan kesedaran untuk menghadapi ujian tersebut. Amin ya Rabbal 'Alamin..

Hidupsuburkanlah amalan bersedekah.

Wallahua'alam. Moga bermanfaat.

Follow us for more tips :)