Saturday, July 11, 2009

Kisah Ratu Balqis di pertemuan pertama :)

"Assalamualaikum...
"waalaikumussalam...ha..imam dah sampai pun..akak jadi imam ek...
"muslimin takde ke??
"ade sorang kak, tapi dia macam dah tertido, dah solat agaknya...

ana tersenyum melihat gelagat adik2.. menyuruh kak hety mereka menjadi imam.
biasalah...dalam musim2 cuti begini, tak ramai yg dapat turun ke surau sbb belum pulang ke kampus.Pertemuan mereka dengan kak hety yang hampir 3 minggu telah membuahkan bibit2 kemesraan.

Ana?
owh..ini kali pertama ana bertemu mereka. Walaupun sudah 3 hari ana sampai ke sini, disebabkan halangan tertentu tak dapat ana bertemu mereka dengan lebih awal.
jelas terpancar nur keimanan di wajah2 mereka. memakai telekung sembahyang, dengan memegang terjemahan Al-Quran menampakkan akan minat yang mendalam untuk memahami Islam dengan lebih dekat.Masing2 nampak "innocent". Freshies katakan..:)

lantas ana menuju ke arah mereka. Bersalam dan memeluk mereka satu persatu. Tiada soalan lain yang keluar,melainkan,"sape name ek??"hehe..

seingat ana, ade 8 adik tadi yang nama2 nya ialah Atil, Anis, Nabiha, Fai, Zakiah, Sakinah, Atikah dan sorang lagi..ops maaf dik, akak lupa la...huhu

selepas maghrib, kami sama-sama meneruskan dengan tadarus Al-Quran dan sedikit pengisian. Adik MC menyerahkan kepada sesiapa yang ingin berkongsi sesuatu. Ana di point, sbb ana je yang baru adik2 tu knal..shbt2 yg lain sbb dh lama turun bersama-sama mereka :).

erm, ana taklah ready sgt untuk memberi pengisian. Tapi sebelum tu ada la baca sikit2 tentang kisah Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman.

"erm, nak share pasal ape ek?? hmm...sape pernah dengar cerita Ratu Balqis? Ana cuba memancing "audience" hehe...

"Urm..pernah gak", "pernah dengar nama je kak..." "Ade2, sy penah baca dalam Al-Quran, tapi tak ingat lak surah mana"

hehe...comel la adik2 ni...

"oklah, akak citer...

"Ratu Balqis ni adalah seorang pemerintah di sebuah negeri, pada zaman Nabi Sulaiman.
Negeri ape ek??

"Negeri Saba', jawab Anis

"Ye..Negeri Saba'. Namun, ratu Balqis ini, walaupun sangat bijak, tetapi dia dan kaumnya tidak menyembah ALLAH. Tetapi menyembah matahari. Ingat tak dalam lagu Balqis, nyanyian UNIC tu? dia kan ade sebut, Balqis dan kaumnya menyembah tuhan sang suria...kn?

"Khabar ini telah disampaikan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman. Burung hud-hud telah terlambat bertemu dengan Nabi Sulaiman disebabkan dia telah mengetahui tentang negeri ini. Nabi Sulaiman juga berkata akan menghukum hud-hud sekiranya terlambat berjumpa dengannya tanpa sebab yang munasabah. Namun, berita yang disampaikan oleh hud-hud itu telah menarik perhatian Nabi Sulaiman.

Anis seperti tercari-cari surah yang menceritakan tentang kisah ini.

"ok adik-adik, sebelum terlupa, kisah ni adik-adik bleh refer di dalam surah An-Naml, ayat 20 hingga 40." Anis kelihatan lega dan mengiya-iyakan. Mereka semua membelek Al-quran yang setia di sisi mereka.

"ok, akak sambung,
"Menyedari kewajipannya sebagai seorang Nabi dan Rasul untuk menyeru manusia menyembah ALLAH, sepucuk surat telah diutuskan kepada Balqis dengan bertuliskan "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri" (An-Naml: ayat 30,31)

"Maka Balqis telah memanggil pembesar2 nya, dan bertanyakan pendapat mereka tentang hal inii. Ada yang mencadangkan untuk berperang, namun menyerahkan segal-galanya kepada Balqis. Balqis berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila menaklukkan suatu negeri, mereka tentu membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina, dan demikian yang akan mereka perbuat. Dan sungguh, aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan(membawa) hadiah, dan aku akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu." (An-Naml: ayat 34 dan 35)

"Apabila mendapat utusan tersebut, Nabi Sulaiman mengatakan kepada utusan tersebut yang dia tidak akan menerima sebarang hadiah kerana apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya lebih baik dan mulia daripada itu. Mereka akan menghantar bala tentera dan akan menawan negeri Saba' itu.

"Nabi Sulaiman telah bertanyakan kepada pembesarnya,siapakah yang dapat memindahkan singgahsana Balqis sebelum mereka sampai ke istana Nabi Sulaiman. Maka Jin Ifrit mengatakan dia yang akan membawanyanya sebelum Nabi Sulaiman berdiri. Selepas itu, datang seorang abid (ahli kitab) mengatakan dia akan mengalihkan singgahsana itu dalam sebelum mata Nabi Sulaiman berkedip. Dan ketika Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu, terus dia mengucapkan "Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari nikmatnya" (sebahagian ayat 40, surah An-Naml)

"Akak..saya tak faham la kenapa tiba-tiba dalam ayat ni, Nabi Sulaiman berkata macam tu selepas melihat singgahsana. apa sebenarnya ujian yang dimaksudkan tu??" Anis tiba-tiba bersuara.

suasana sepi seketika. Masing-masing cuba memahami persoalan tersebut dan cuba membaca kembali ayat surah tersebut..Ana pun sama,sukar sedikit untuk menjawab sebab tiada tafsir khusus yang dibawa untuk rujukan. Kalau sekadar menjawab mengikut kefahaman dan pembacaan dulu2 insyaALLAH bleh. Ana yakin, sahabat-sahabat lain iaitu Aya, Ziana, Hety dan Safinah juga begitu.

"hmm...ni akak jawab based on pembacaan akak la.."tiba-tiba hety bersuara. Semua tertumpu padanya.
"Kita kan tahu, Nabi Sulaiman ni mmg terlalu banyak nikmat dan kehebatan yang telah Allah kurniakan padanya. Diberi kuasa sebagai seorang raja, dapat menguasai jin, binatang, dikurniakan kekayaan, dan macam-macam lagi. Dia juga merupakan anak kepada Nabi Daud yang juga sangat hebat. Disebabkan inilah, apabila melihat singgahsana itu teralih ke tempatnya, dia merasakan itu adalah suatu kehebatan yang ALLAH berikan sebagai ujian kepadanya sama ada dia akan bersyukur atau sebaliknya. itulah hebatnya seorang Nabi, tatkala diberi ujian tak kiralah kesenangan atau kesusahan, Allah tetap diutamakan..

semua mengangguk-angguk, tanda bersetuju dengan penerangan kak hety. Alhamdulillah..

"jika kita ingin melihat bukti kehebatan Nabi Daud iaitu ayah kepada Nabi Sulaiman, bleh la refer ayat 249 hingga 251 dalam surah Al-Baqarah yang mana menyatakan Allah telah mewariskan sebuah kerajaan kepada Nabi Daud dan memberinya hikmah, setelah dia membunuh Jalut, iaitu ketua bala tentera yang jahat.. " Ziana menambah

semua mengangguk-angguk juga :)

"ok, kita sambung lagi.. Nabi Sulaiman meminta pembesarnya mengubah sedikit singgahsana tersebut untuk mengetahui sama ada Balqis mampu mengenalinya atau tidak. Kerana di situlah akan diuji kebijaksanaan Balqis.Setelah sampainya Balqis dan orang-orangnya ke istana Nabi Sulaiman, dia telah ditanya sama ada serupa itukah singgahsananya. Maka dia menjawab seakan-akan itulah.

"Dan pada saat itu, Balqis teringatkan sebuah kenabian yang telah menyatakan akan adanya seorang Nabi yang akan mengalihkan singgahsananya. Pada saat itulah, dia terus beriman kepada ALLAH dan Nabi Sulaiman, bersama orang-orangnya. Dan menjadilah dia seorang isteri yang taat kepada seorang Nabi..

"ok, setakat tu je yang bleh akak ceritakan, selebihnya bleh la rujuk ayat 20 hingga 44 dalam surah An-Naml ek. Ada pertambahan dari adik-adik dan sahabat2? nak bagi pengajaran ke...nak share ape2 yang tak berkaitan ngn kisah ni pun takpe :) Ana cuba memancing semula suasana.

"saya nak bagi pengajaran kot..adik yang namanya ana lupa bersuara.
"pengajarannya..kita ni sebagai seorang da'ie, selain yakin untuk berdakwah, kita perlu mempunyai kebijaksanaan dan ilmu tu sendiri. Untuk mendekati orang2 lain, kita perlukan pendekatan yang bijak.

bagus, itulah jawapan yang ana harapkan.

"akak, betol ke dlu saya pernah dengar yang apabila Nabi Sulaiman hampir wafat, Nabi Sulaiman berdoa supaya tiada umatnya yang akan dianugerahi kekayaan sepertinya?? Anis tiba-tiba bertanya lagi

"Owh, tu akak tak pernah dengar, kata hety.
"akak pun, ana bersuara :)

"refer balik pada apa yang akak cakap tadi tentang sifat bersyukur Nabi Sulaiman. kalau nk dibandingkan dengan Qarun, dia adalah sangat derhaka. Dia dianugerahkan kekayaan oleh ALLAH yang telah menjadikan dia alpa dengan nikmat tu..sambung hety.

kelihatan Nabiha berbisik2 dengan zakiah,ana meminta dia supaya dikongsi bersama apa yang dibincangkan :)

"Kalau tak silap saya, saya pernah dengar dulu kisah tentang Qarun ni. Dia asalnya sangat miskin, dan tiap2 malam dia meminta pada ALLAH untuk menjadikannya kaya. Allah telah mengurniakannya harta yang sangat banyak yang akhirnya telah membinasakan dia sendiri akibat kealpaan.. Nabiha akhirnya bersuara.

"Kalo tak silap saya,harta dia mmg sgt lah banyak, Sampai kunci peti hartanya pun sudah sangat berat untuk disimpan..dalam 7 peti jugak kot kunci dia.. untuk kunci sahaja tu!, zakiah mencelah.

bagus adik2 ni...

Anis seperti biasa tercari-cari ayat yang menceritakan tentang Qarun. Maka ana pun meminta semua merujuk kepada ayat 76 surah Al-Qasas yang mana telah menyokong apa yang diceritakan oleh hety, nabiha dan zakiah itu. Anis kelihatan berpuas hati sambil mengiyakan :)

"Akak tambah sket lagi..ziana mencelah. "sebab tu lah, dalam sehari-hari kehidupan kita, kita perlu sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah, seperti riya', takbur dan sebagainya. Supaya kita tak terjadi seperti Qarun. Jika di universiti ni ALLAH dah bagi kita nikmat seperti pandai dan cepat tangkap dalam belajar, kita jangan riya'. Jika berilmu jangan takabbur, kerana ilmu yang kita ada itu hanyalah sekadar setitis minuman seekor burung.Nak diukur dengan ilmu ALLAH itu amatlah tidak layak untuk kita berbangga...sambung ziana.

di saat itu, ana teringat akan sebuah peribahasa yang berbunyi, semakin berisi padi, semakin tunduk menyembah bumi. Sepatutnya macam tu lah kita, semakin berilmu, semakin merendah diri..

"akak pun ada satu cerita. Dulu,di zaman Rasulullah, ada sepasang suami isteri yang amat miskin, sehinggakan hendak solat pun terpaksa bergilir2 kerana mereka menggunakan kain yang sama untuk bersolat. Ini menyebabkan si suami sering terlambat ke masjid. Apabila ditanya Rasulullah mengapa dia terlambat, maka dia menceritakan hal yang sebenar dan meminta Rasulullah mendoakannya. Tetapi Rasulullah enggan mendoakannya. Melalui kisah ni dapat kita lihat bahawa Rasulullah tahu bahawa sesuatu mungkin berlaku jika orang tersebut menjadi kaya. tetapi, selepas beberapa lama dia tetap meminta Rasulullah mendoakannya. Dan rasulullah mendoakannya. Dan selepas itu mereka benar2 menjadi manusia yang lalai...." aya turut bercerita..menyedarkanku dari lamunan...hehe

Alhamdulillah... bagi ana, itu adalah sebuah perkongsian dan diskusi yang cukup menarik. Pelbagai ilmu dan info dapat dipecahkan di situ. Di situlah terletaknya berkat sebuah majlis ilmu yang insyaALLAH dipayungi sayap para malaikat. Majlis yang diibaratkan sebuah taman syurga.

Slot kami ditamatkan setelah azan isya' kedengaran. Alhamdulillah, cukup terubat rindu ana untuk menghadiri majlis ilmu setelah agak lama bercuti di rumah :)


notes: plot2 dan ayat2 kisah di atas telah diubahsuai sedikit untuk menghidupkannya dan menjadikannya lebih menarik..watak2 memang dikekalkan. slot tersebut hanya berlaku dalam masa lebih kurang 30 minit. Tapi bila dikarangkan, inilah hasilnya. :)

credit to : Hety, Ziana, Aya, Safinah dan adik2 Mei09 :)

p/s: penat jugak wat posting malam ni. Macam tulis novel lak...hehe

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)