9.00 - 9.40 pagi :
kami sampai di building 17, co-supervisor bertanyakan kami tentang kunci lab. Alamak, rupanya kunci tu dia tak pegang dah. Terpaksalah saya n partner lab mencari abg2 technician. Sbb dah lmbt, jwbnye kna tggu 9.3o la...diorg dah g breakfast dah... haiyya!
dalam tempoh menunggu, kami di 'lecture' oleh co-sv akan keseriusan dalam menjalankan project ini. hehe...sharing yg menarik, menyebabkan kami berdebar-debar. Sudah mula serius dan semangat untuk mengetahui result experiment. Research in material is very unpredicted!
nampaknya dah kul 9.30, tapi abg technician tak smpai2. Tetiba lalu seorang abg technicia lain yg jaga XRF test,masuk ke ofis dia. Co-sv menyuruh saya mengambil booking form untuk XRF.saya g cari abg tu. Tibe2 dah ilang. Aik..dia g mane. Pastu saya gtau co-sv, abg tu tiba2 dah ilang. lepas tu dia sambung lecture dia balik. Tibe2 abg tu muncul smula. saya pun terus kejar dia, mintak booking form. saya tny, "abg hilang g mane tadi??".. "La..bilik sy kat belakang, masuk lalu pintu tu," jawabnye sambil menunjuk ke arah pintu yg agak tersorok. saya tertipu...hehe
9.40 -10.00 pagi:
Abg lab yg ditunggu2 dah sampai. Dapatlah kunci. Owh, co-sv suruh mintak booking form untuk furnace. So, saya tny la.. abg tu jawab takde booking form la untuk furnace... malas je nampak muka dia.. [sorilah bang, saya jujur kat sini..huhu]
tetiba saya hilang. Ke suatu tempat. Sedangkan material berada ngan saya. Oh..bagaimana ni? tetiba dapat 1 sms. "shidah, jom ke furnace. Dah lambat ni..nk start dah..." Fuh, nasib baik mase tu dah dalam 10meter je dari pintu lab. :)
10.00 - 10.40 pg :
Co-sv meminta saya membersihkan material itu menggunakan acetone. So, saya pun membersihkannya. ingat lepas tu leh trus start. Adus, satu lagi material kwn kami tak potong lagi. So, kwn saya g la potong kat lab bawah. lama gak. 10.25 baru siap. pastu proceed lagi dengan mencuci material tu then susun, masukkan dalam furnace.
10.40 pg: Purging nitrogen started
10.55 pg : Purging nitrogen stopped + Set the temperature, rate of heating, and so on
11.03 pg: start heating the furnace, after no more nitrogen bubbles are observed. We leave the lab
03.03 ptg: Open the nitrogen supply valve and maintain the flowrate t0 120mm3/s.
We leave the lab after observing all the equipments condition are OK.
05.40 ptg : went to lab with a hope. pray to ALLAH to give the best for our experimet.
After 5 minutes I arrived, my co-sv and friend arrived. Suddenly he(my co-sv) asked, "hey, kenapa tak ada gas dah?"
erk...terkejut saya. Ape? takde gas? hah? tak prasan pun?
aduss...rupa-rupanya, dah tak nampak dah bubble2 nitrogen dalam air yang kami isi dalam kelalang kon tu. Memulanya kami ingat nitrogen dah abes. tapi, bila pegang cylinder nitrogen tu, ade kebasahan seperti adanya kebocoran. Erk...takkanlah bocor lak. Tadi masa purging okey jerk. Huhu..camne ni. Tapi ble co-sv test dengan air sabun, takde lak kebocoran.
Bila kawan saya pegang valve tu.. alamak, spoil btol, ade orang dah tutup valve ni. Sape lak yg close ni, sedangkan 2 notis dah diletak yang experiment sedang dijalankan. adoi...
Tetiba, saya terpandang salur getah yang menghubungkan nitrogen supply dengan flowmeter. Aik...peliknya. Kenapa tak bersambung pun ek?takkan kami lupa sambung? sdgkn tadi flow dah di set ke 120, purging pun okey jerk... erk...sah! mmg ade yg main2 dengan equipment kami.. kalau tak camne leh tercabut n siap dah close lagi valve tu.ke tercabut sebab 'burst' tekanan tinggi sgt? uhh..tak logik la..tadi mase purging ok. lagipun sesalur dekat flowmeter tak di block pun, nak burst ape lak.
macam2 anggapan kami. saya lak siap wat observation nk tau sama ada sesalur itu sengaja dicabut, tercabut sbb burst ataupun tercabut sbb ada org terlanggar. Tapi nampak macam takde kerosakan atau kerobekan yg bleh dikaitkan dengan letupan ( (terpengaruh ngan cite CSI,,huhu)).Tapi tak logik kalau ade orang buang. Sbb if ade ape2 yg berlaku, mesti org2 yg tersebut akan menelefon salah seorang dari kami. Num telefon kami dah ade dah terpampang kat situ. Aish!Kalau accident pun, mesti la org tu contact kami gak. hmm..
co-sv saya memanggil abg technician untuk melaporkan. Dia check skali lagi kebocoran. Mmg takde!. Tetiba saya terpandang satu notis projek yg baru ditampal di satu lagi furnace yg lain. Notis tu sepertinya ditampal selepas kami meninggalkan lab selepas membuka valve nitrogen. Hmm...ataukah orang itu yang....
sayameng 'arise' kn apa yg saya rasa. Bukan buruk sangka kat orang tu...tapi, dalam menyiasat accident, apa2 pun mungkin kan, berbaik sangka pun ada batasnya. Abg technician tu mengatakan yg ia mungkin. Kerana pemilik projek itu merupakan seorang yg tinggi tahap curiosity nyer. Mane tau dia ade main2 ngan flowmeter kami sampai ter 'block' saluran. So, ble dah 'burst' taktau nk wat ape, dia terus tutup valve dan blah dari situ.
Dan kami disuruh menyoal siasat pelajar yang disyaki tersebut... fuh...berat ni..nak soal siasat student master!
kami blurr... taktau nk wat ape. Hari kami sacrifice sehari, sacrifice satu sample yg mahal (import , lama nk produce, sejam baru dapat 1, susah nk produce), sacrifice energy. Ya Allah... down gak rasa. Sample tu akan dibuang la jawabnya.
huhu..
sape yg wat naya kat kami ni, silalah mengaku yer! Allah Maha Melihat.
Tapi takpe, saya tak putus asa. Saya yakin, ALLAH akan tolong kami menghadapinya dengan tabah. Kuatkan semangat. Sesungguhnya, di setiap kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah : ayat 5 dan 6)
Kami akan teruskan perjuangan kami. Saya tahu, "ONLY ALLAH KNOWS THE BEST!" . InsyaALLAH ada hikmah disebalik apa yang berlaku hari ini. Panjang umur, perjuangan bleh diteruskan lagi hari esok.
sekian sahaja posting yang agak poyo, emo dan mungkin kurang thiqah ni. Sekali sekala tukar angin, tak salah kn. Demi keseimbangan energy dan thermal di dalam diri ini
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
pada asalnya telah banyak sample disiapkan, namun kenipisan yang amat membuatkan ia tidak lagi valid :(
sabar kak,,, sabar... i know u can DO it!!
ReplyDelete