"apa guna seorang ayah mendapat "great achievement" sedangkan anak-anak tak dapat performance yang baik dalam hidup mereka..."
Begitulah kata-kata seorang student PhD di sini, selaku co-supervisor FYP ku. Beliau merupakan seorang suami dan juga seorang bapa yang masih lagi "struggle" untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD. Anak2 dan isterinya berada di Indonesia. Sepanjang pengajiannya di bumi Tronoh ini, ana kira dalam setahun, mungkin dia hanya dapat berjumpa sekali atau dua kali dengan keluarganya. Namun, Alhamdulillah, dia masih punya isteri yang mampu menjaga anak-anak bagi pihaknya sementara dia sibuk dengan "jihad menuntut ilmu"
Sungguh ana tersentuh dengan kata-kata tersebut. Begitu berat sebenarnya tanggungjawab seorang bapa malahan juga seorang ibu dalam memastikan anak-anak mendapat didikan yang baik dari semua sudut kehidupan. Melalui kata-katanya itu, jelas menampakkan bahawa seorang bapa secara semula jadinya akan sentiasa berfikir akan masa depan anak-anak, setiap saat dan ketika. Alhamdulillah..sepanjang ana hidup, ana, abang2,kakak, dan adik, dikira telah mendapat apa yang sepatutnya kami dapat.
Seharusnya, bagi kita yang telah direzekikan Allah untuk mendapat didikan sempurna daripada ibu- bapa wajib mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut. Kerana tidak semua orang berpeluang mendapatnya. Sujud syukur untuk itu.
Ana teringat sebuah kisah yang ana pernah dengar, tentang sebuah keluarga yang mana ibu dan bapanya tidak mampu menyekolahkan anak-anak disebabkan kemiskinan hidup. Bapa seorang nelayan, manakala ibu hanya menanam padi. Kedua-duanya mempunyai kerja bermusim, si bapa jika musim tengkujuh, merosot lah hasilnya, si ibu juga begitu. Berapa sangatlah yang dapat diperolehi oleh mereka, sebab itulah tak mampu nk menampung persekolahan anak-anak. Hanya anak sulong dan kedua sahaja sempat dihantar untuk belajar. Itupun sekejap sahaja, tetapi terpaksa berhenti selepas itu kerana tiada wang untuk membeli buku. Sebelum ni hanya menggunakan papan tulis. tetapi nasib baik si sulong dan adiknya sekurang-kurangnya sempat belajar membaca. Tapi, adik2 nya yg lain pula bagaimana? sedikitpun tidak sempat ke sekolah.
Tetapi, apa yang menghairankan, keluarga ini pada hakikatnya mempunyai beberapa saudara mara atau lebih tepat dikatakan waris yang kaya dan berkemampuan. Namun, disebabkan keangkuhan dan lupa diri, warisnya itu tidak sedikitpun peduli akan kesakitan dan keperitan hidup keluarga tersebut. Tidak pernah pun sesen dihulur kepada keluarga tersebut, malahan jika diminta untuk berhutang pun, walau sekadar 5 ringgit pun tidak dipedulikan. Bakhil sungguh mereka itu! Tetapi, bila tiba masa memerlukan beras, mereka pula yang tanpa segan silu mengambilnya secara percuma dari keluarga nelayan tersebut, dengan alasan, tanah padi yang diusahakan itu adalah kononnya milik mereka. Sungguh kejam mereka itu. Namun, keluarga yang miskin ini punya hati yang tulus, tidak kisah pun jika mereka mengambil beras tersebut.
Tiada sedikit pun rasa kasihan di hati mereka melihat kehidupan anak-anak nelayan tersebut. Dahlah tak dapat g skolah, terpaksa menolong ibu dan ayah bekerja juga. Disebabkan itu, anak2 tersebut terpaksa membesar tanpa mendapat pendidikan yang sepatutnya. Tetapi ALLAH itu Maha Pengasih kepada hamba-hambaNYA. Walaupun tanpa didikan, kebanyakan anak2 tersebut membesar dengan nilai2 hidup yang baik. Menjadi insan yang sabar dan cakna akan kebajikan orang lain. Biarpun tanpa didikan dan kekayaan, mereka lebih mulia dari waris mereka yang kaya, bakhil dan berpendidikan itu.
Namun, kebahagiaan anak2 ini sekali lagi hampir dirampas oleh waris yang tidak bertanggungjawab ini. setelah hampir 10 tahun pemergian ibu, bapa, dan bapa saudara mereka, si waris ini kembali kepada mereka dengan menuntut tanah yang kononnya telah 100% menjadi milik mereka. Sedangkan dahulu telah dijanjikan bersama-sama yang tanah itu perlu dibahagi-bahagikan kerana ianya hak milik bersama. Malah, dalam dokumen pun telah dinyatakan sebegitu. Zalimnya mereka, kerana tanpa segan silu dan secara terburu-buru ingin menjual tanah yang sedang diduduki kepada pengusaha perumahan. Sungguh tidak malu kerana mereka dikira telah mencabul hak dan harta pusaka mereka yang dikira sudah yatim piatu. Tetapi niat buruk mereka itu telah di cantas terlebih dahulu dengan bantuan ALLAH. Alhamdulillah.
Dan mungkin sebagai peringatan juga kepada kita, suami kepada waris tersebut juga telah meninggal dalam tempoh penganiayaan tersebut. Innalillah.. hanya ALLAH yang tahu bilakah kematian kita, dan setiap insan pasti merasainya.
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan di hari kiamat nanti sahajalah akan disempurnakan segala balasanmu, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” (Ali-Imran;185)
Beruntunglah sesiapa yang mati dalam keadaan yang baik. wallahua'alam, serahkan segalanya kepada ALLAH, hanya DIA yang berhak mengadili hamba-hambaNYA.
Ana tamatkan kisah tersebut sampai di situ sahaja. Di sini, ana cuma nak mengingatkan kepada diri sendiri dan juga sahabat2 akan peranan kita sebagai seorang Islam.
Jika kita diberi kekayaan, apa gunanya jika tidak mampu digunakan kekayaan tersebut untuk membantu saudara mara kita yang kesusahan?? Melalui kisah ini, ana yakin, sebagai manusia normal, kita mampu melihat si bapa sudah berusaha mencari rezeki untuk anak-anaknya tetapi masih belum mampu untuk menampung pendidikan. Si ayah dan ibu telah melaksanakan tanggungjawabnya, tetapi dimanakah dan apakah peranan masyarakat sekeliling, terutamanya para waris yang berkemampuan?? adakah kekayaan yang dikecapi itu hanya untuk mengisi perut sendiri?? sehingga waris2 dan saudara-mara yg kesusahan pun tidak dipedulikan?? salah siapa??
"Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran tetanggamu menangis kelaparan"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Jika di akhirat nnt si bapa disoal mengapa tidak diberi didikan kepada anak-anaknya, sudah pasti mereka yang tidak peduli itu turut menerima tempelaknya.Nauzubillahi min zalik. Sudahlah tidak dipeduli, malah dikhianati keluarga malang tersebut. ingat, ALLAH MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI setiap perlakuan hambaNYA.
Sama halnya juga di zaman sekarang. Kebanyakan kekayaan diboloti oleh orang-orang atasan yang kebanyakan hanya digunakan untuk mengisi perut sendiri. Yang miskin, dibiar sahaja mereka. Jika orang miskin pun tidak dibantui, apatah lagi untuk perjuangan Islam. Tak pernah pun terfikir untuk menginfakkan ke jalan Islam harta-harta tersebut. Astaghfirullah...
Tidakkah kita mahu mengambil iktibar dari kisah Abdul Rahman bin Auf yang dikatakan akan masuk syurga secara merangkak kerana hartanya yang banyak? Maka dia terus menginfakkan semua hartanya. Ini kerana, ALLAH akan menghisab harta-harta kita bermula dari sumber diperolehi sehinggalah ke mana kita menggunakannya.. [untuk kisah selanjutnya tentan Abdul Rahman bin Auf, sebagai rujukan, sila klik link ini: http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=229 ]
Sungguh ana tersentuh dengan kisah ini. Benar atau tidak, wallahua'lam. Apa yang penting, iktibar yang perlu kita ambil melaluinya. Jika kita kaya, ingatlah, ALLAH sebenarnya mahu kita berkongsinya dengan yang memerlukan. Sesungguhnya, bakhil dan kikir itu amatlah dikutuk oleh ALLAH.
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (yaitu)melepaskan budak dari perbudakan, atau memberi MAKAN pada hari kelaparan (kepada) anak YATIM yang ada hubungan kerabat, atau orang MISKIN yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu)adalah golongan kanan.
Surat al-Balad [90] ayat 10 -18
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi KIKIR, Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila iamendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan SHALAT, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya, dan orang-orang yang dalam HARTAnya tersedia bagian tertentu, bagi orang(miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)"
Surat al-Ma'arij [70] ayat 19-25
"semoga ALLAH melindungi kita dari sifat bakhil dan kikir. Bila mana kita ingat segalanya milik ALLAH, insyaALLAH kita selamat. Ya ALLAH, kami mohon sungguh2 kepadaMU. Peliharalah kami"
"mataku yang membaca lebih dekat dengan tanganku yang menaip dan otakku yang berfikir ini. ya ALLAH, moga aku tidak diuji seperti hambaMU yang lalai itu. Adapun jika diuji sebegitu, berilah aku kekuatan dan kesedaran untuk menghadapi ujian tersebut. Amin ya Rabbal 'Alamin..
Hidupsuburkanlah amalan bersedekah.
Wallahua'alam. Moga bermanfaat.
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
aktiviti shaklee
(3)
backpack
(1)
breastfeeding
(12)
breastfeeding journey
(1)
CHILDREN LEARNING KIT
(1)
DUIT BRIM
(1)
Good to know
(52)
hukum menipu testimoni
(1)
ICS LEARNING PACK
(1)
Investment Tips
(4)
jangan sombong
(1)
Juadah Puasa
(2)
kisah cinta
(26)
kisah inspirasi
(2)
kisah saya
(1)
Kuih Raya
(1)
Lesson Learnt
(1)
life experience
(2)
mencegah kehamilan
(1)
MIECC
(1)
palace of the golden horses
(1)
payung
(1)
pengalaman saya
(3)
rahsia awet muda
(1)
rahsia kulit sihat dan cantik
(2)
SERI KEMBANGAN
(1)
shaklee kuala terengganu
(5)
shaklee national conference
(1)
stress
(1)
tazkirah
(16)
TEKNIK INGAT ALLAH
(1)
TEKNIK KUASAI BAHASA INGGERIS
(1)
tips berjaya
(1)
tips berniaga
(1)
Tips Berpantang
(1)
Tips Bersalin
(4)
tips jimatkan masa mengepam
(1)
tips murah rezeki
(2)
Tips Penyusuan
(9)
Travelling and Holiday
(4)
umrah free
(1)
No comments:
Post a Comment