Wednesday, April 9, 2014

FAMILY DAY LEGASI ANUGERAH TERINDAH, FAMILY DAY YG LUARBIASA!

Bismillah wal hamdulillah!

walau buyong, kugagahkan diri ke FD

Syukur ke hadrat ilahi, saya diberi kesempatan pada malam ini utk menulis coretan yg sudah lama diperam.hehe... ni saya nak ceritakan kisah Family Day anjuran mak shaklee saya di Puteri Beach Resort, Port Dickson yg berlangsung pada 28-30 march yg lepas.

Alhamdulillah, family day yg cukup luarbiasa bagi saya. Yg sgt2 membuka mata hati saya yg selama ni mgkin sedikit lari dari landasan hidup yg sebenar. huhu.

kami bertolak dari Terengganu pagi 28hb dan alhamdulillah selamat sampai selepas waktu Asar. Walaupun kepenatan tetapi kami amat teruja melihat keadaan yg meriah dgn keluarga shaklee yg besar. Kami diberikan satu apartment 3 bilik yg memuatkan 3 keluarga. tingkat 8 woo..nasib baik ada lift, kalau x...mmg mengalah mak buyong ni nak turun naik. hehe.

Puteri Beach Resort yg dulunya dikenali sbgai permaisuri beach resort

apa yg bestnya dgn Family Day ni, ia bukan skadar family day utk suka2 dan relax2 tapi ia penuh dgn pengisian jasmani dan rohani yg sgt didahagakan setiap insan. Program ni di outsource kepada sebuah consultant iaitu Suria Horizon Training yg sgt aktif dalam menjalankan program2 motivasi utk pelajar, pekerja dan usahawan2 di malaysia. Yg bestnya, suria horizon ni juga diasaskan oleh kawan suami saya smasa belajar di UTP dulu dan program bersama mereka juga turut memberi peluang kami bertemu dgn seorang penulis buku yg bertajuk "Law of Universal Attraction" (LUA) iaitu En Zuhairi Nopiah. yg turut memberi sharing2 hebat dan kami sempat membeli buku tulisannya ini (boleh ke website beliau utk baca sharing beliau www.zuhairinopiah.com)

ni lah rupa buku LUA tu

Pada malam pertama kami disajikan dgn program taklimat dan mind setting. Sgt bagus kerana ianya mengosongkan minda kami dari segala hal luar agar kami dapat fokus kepada program yg seterusnya. Pada malam ini kami diberi muhasabah ttg kematian dan azab kubur yg sgt menginsafkan. Menjadikan kami sentiasa ingat apa saja yg kami perolehi di dunia ini adalah milik ALLAH dan wajib kami kongsikan ia dgn insan yg memerlukan. Bukan utk kemewahan sdiri semata2. Alhamdulillah...sesi tutup mata yg sgt membuka mata hati kami sbgai insan yg sgt lemah ini.

program tutup mata tapi sgt membuka mata hati

Pada keesokan harinya, kami disajikan dgn sharing dari leaders hebat yg telah mencapai rank tertinggi dalam shaklee iaitu Master Coordinators. Sangat2 memberi inspirasi bila mereka berkongsi ttg tips2 rahsia dan kisah jatuh bangun mereka dalam shaklee. Saya sgt teruja dgn kisah2 mereka sehinggakan saya merasakan, apa2 jadi,,,mcm mana susah skalipun, akan saya habiskan perjuangan shaklee saya demi membantu ekonomi umat Islam. Mak shaklee saya kak Nur Zahirah, tidak putus2 mengingatkan kami bahawa segala perjuangan kita dalam shaklee adalah demi membela nasib Islam dan nasib mereka yg kesusahan. Bukan semata2 utk kita memiliki kereta besar, rumah besar dsb. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan leaders yg sntiasa mendahulukan akhirat dlm apa jua urusan. 

Dan salah satu acara kemuncak yg cukup memberikan rasa excited adalah, malam anugerah dimana kami diraikan. Alhamdulillah, sy sempat merasai perarakan sbagai key coordinator. Allah saja yg tahu betapa saya dan suami excited dgn perarakan tu walaupun dlm masa yg sama rasa malu2 jugak. Alhamdulillah, ianya memberi lebih motivasi utk kami terus melebarkan sayap organisasi kami. Hasil dari malam anugerah ini, balik je dari FD ni, ada lahirnya anak cucu saya sebagi coordinator, kata mereka, teruja tgk mak nenek parade smpai sanggup cabar diri. Hihi. Good!

kami diraikan dan dianugerahkan title "master coordinator to be" insya ALLAH 2 step lagi :)

seronok kanak2 diraikan :)


 Syukur ALHAMDULILLAH. Terima kasih ALLAH atas anugerah group yg betul sepanjang join BIZ shaklee ini. Sekurang2nya kami tidak lalai dalam mengejar kejayaan. Sekurang2nya kami hanya meletakkan dunia ini ditangan kami bukan di hati kami. Saya sangat berpuas hati dgn program sebegini. Dan saya cabar diri saya untuk bekerjasama dgn Master Ira pada tahun hadapan utk mengadakan program yg lebih hebat daripada tahun ini. DREAM BIG!

"jangan takut utk bermimpi! jadikan impian anda satu realiti dgn shaklee!"


Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.
Ummu Umar, 013-4404869 :)

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

1 comment:

  1. alhamdulillah..semoga shidah dan paan jadi lebih baik dari akak dan abg pijan:)..sayang awak:)

    ReplyDelete

Follow us for more tips :)