Friday, April 18, 2014

Membentuk fikrah Qurani - petikan perkongsian Ustazah Norhafizah Musa di Majlis Tilawah Instep 2014

SALAM JUMAAT YG PENUH BAROKAH!

alhamdulillah atas kurniaan nikmat oksigen yg tidak putus2, maha pengasihnya ALLAH terhadap hambaNya dan wajiblah kita memanjatkan setinggi kesyukuran yg tidak berbelah bagi :) Insya ALLAH, hari ni saya abadikan sedikit perkongsian Ustazah Norhafizah Musa yg telah sy hadiri di Majlis Tilawah Instep baru2 ini. 



Tajuk yg dikupas oleh Ustazah adalah "Membentuk Fikrah Qurani"

Dalam ceramah ini, ustazah menghuraikan 7 langkah usaha sbgai ibu bapa dan penjaga untuk membentuk fikrah Qurani dikalangan anak2 kita. 7 langkah yg dimaksudkan adalah 
  1. Belajar Al-Quran
  2. Membaca Al-Quran
  3. Menghayati Al-Quran
  4. Mengajar Al-Quran
  5. Mengamalkan Al-Quran
  6. Menghafaz Al-Quran
  7. Mendaultkan Al-Quran
sy sgt tertarik dgn kisah ibu ustazah yg sgt mementingkan pengajian Al-Quran. Suatu hari, ibu ustazah tgh nak masak kuih utk minum petang. Pastu dipanggilnya semua anak2 ke dapur utk baca Quran, lalu Ustazah pun tanya... "Mak tgh masak agar2, pastu ajak kami baca Quran"..... pastu jawab ibunya... "mak masak guna tangan, dengar Quran dgn telinga...." Allahurabbi..bila dgr kisah ni sy termuhasabah..bahawa banyaknya tanggungjawab seorang ibu dalam memastikan anaknya celik Al-Quran. Dan sepatutnya tiada alasan sibuk dalam mendidik anak2, hatta di dapur sekalipun, kita perlu meluangkan masa demi masa depan agama anak2. 

Ustazah juga ada mengingatkan semua ibu bapa jangan hanya pandai berceramah kpd anak2. Tapi kita sendiri yg perlu memberi qudwah yg baik kpd anak2. Cthnya, kita hanya tahu bagi arahan kat anak suruh mengaji, sedangkan kita sendiri berapa kali je baca quran kat rumah. Kdg2 mulut suruh anak ngaji tapi kita sendiri bertenggek depan TV kan...Ustazah berpesan janganlah kita melayakkan diri kita untuk menjadi segolongan ahli neraka yg mana terburai usus dan menjilat kembali ususnya. Yg mana mereka ini adalah golongan yg hanya pandai suruh org buat baik, tapi diri sendiri kosong! Nauzubillah...Semoga kita sentiasa melaksanakan setiap kebaikan yg kita bgtau org 

Kita juga harus ingat bahawa Al-Quran bukanlah ilmu warisan. hanya ALLAH yg mampu mengajarkan Al-Quran kepada hamba-hambaNya. Sbb tu x perlu heran jika anak ustaz ke, anak imam ke ada yg x pandai baca AL-Quran sbb segala kelebihan utk pndai sebut ayat dlm Al-Quran tu adalah anugerah drpd ALLAH sesuai dgn firmanNya dalam ayat 2 surah Ar-Rahman. Tetapi, sbgai hamba, kita tidak boleh putus asa, walau apa pun outcome, kita wajib terus mempelajari Al-Quran dan sentiasa berdoa agar ALLAH memudahkan kita membaca dan mendalami pengajaran di dalam Al-Quran. Sbb ujian yg ALLAH bagi ni maskdudnya DIA nak kita lebihkan berdoa :)

Waktu yang terbaik untuk menghayati Al-Quran adalah waktu sblom Subuh. Kerana pada waktu ini, kita paling khusyuk dan mudah mengalami kesan yg luar biasa bila mentadabbur Al-Quran. Dan ustazah berpesan supaya kita jadikan Al-Quran sbgai teman di dunia kerana hanya Al-Quran yg mampu memberi syafaat dan cahaya di alam barzakh. Kdg2 kita terlalu asyik dgn handphone sehingga lupa baca Al-Quran. Kalau nak tahu.. Alam barzakh tu sangat gelap, panas dan sempit. Tapi cara hidup kita yg meminggirkan Al-Quran ni seolah2 kita sendiri yg mencipta alam barzakh yg gelap, sempit dan panas untuk diri sendiri..Nasihat ustazah... balance kan masa betol2 antara melihat handphone dan melihat Al-Quran. Kalau rs x smpat sgt pun, peluk lah Al-Quran tu sblom tdo...

fuh...panjang lebar kan perkongsian ustazah, ni baru separuh saya kongsikan. Insya ALLAH sy sambung perkongsian pada entry akan datang, X syok jugak skaligus share pnjang2 sini, nnt kwn2 skali je jenguk blog saya kan..hehe. oklah...sy harap perkongsian ini memberi 1001 manfaat kepada kita semua. Sesungguhnya peringatan utama ini saya tujukan hanya kepada diri sendiri yg slalu jugak lalai dalam mnghargai nikmat Al-Quran...mukjizat terbesar Rasulullah dan warisan terbesar Rasulullah kpd Umatnya.

Allahu...semoga kita sentiasa diberi rahmat dan perlindungan daripada ALLAH. Jom jadi insan yg lebih baik!


Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.
Ummu Umar, 013-4404869 :)

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)