Dah berapa tahun berkira-kira untuk mengunjungi zoo kemaman.
November hari tu baru berkesempatan.
Tujuannya cuma nak hiburkan hati anak-anak yang suka melihat binatang.
Bila sampai ke zoo kemaman, suasana agak lengang, tidak ramai orang.
Mungkin kerana sekadar hujung minggu bukan cuti sekolah.
Permulaan masuk dengan membeli tiket di kaunter dan diberikan sticker gelang sebagai tanda pengenalan di dalam kawasan zoo.
Harga tiket seperti di bawah:
- Harga Tiket di Mini Zoo sahaja
- Dewasa : RM 10
- Kanak-kanak : RM 7
- Kanak-kanak (4 tahun kebawah) : Percuma
Jadi, saya, suami RM 10 seorang. Umar RM 7 dan Maisara RM 0 hehe.
Selepas membeli tiket, kami dijemput mengambil gambar berlatarbelakangkan gambar binatang. Yelah, suasana zoo kan. hihi. Then terus menunggu keretapi pendek untuk masuk ke dalam.
naik mini train hehe
Tapi sayangnya.. suasana agak kotor dan taman tema air pun dah terbiar dengan kerosakan dan kotoran. Tanya-tanya general worker di situ, katanya mungkin takkan dibaiki lagi sebab orang pun jarang berkunjung ke sana. Hmm...oklah.
Dalam tengahari macam tu kami pun pulang. Tapi oklah kan...anak2 seronok. Jadi kita pun tumpang seronok. :)
No comments:
Post a Comment