Saturday, June 3, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART 2

Bertemu lagi kita!

Part 2 semestinya lebih menarik sebab bermulanya penerokaan kami di Jeju Island. Pulau Cinta. Hihi.
Hari ini kami secara tentative akan dibawa ke 4 tempat menarik di Jeju ini!

Setelah selesai breakfast, kami berjalan-jalan dulu sekitar hotel ramada plaza Jeju. Kerana di belakangnya terdapat laut dan trek jogging. Subhanallah, sungguh indah ciptaan ALLAH. Dengan cuaca yang cukup berangin, memang mendamaikan!


didepan hotel, belakang kami tu nama dia grandpapa stone :D

Hotel kami sebelah laut

Destinasi pertama kami adalah the mysterious road. Apa yang misteri di mysterious road ni adalah, kita kan Nampak kenderaan seperti menaik walau ianya sedang menuruni bukit. Kira macam ilusi optic la. Tapi, masalahnya.. saya tak Nampak pun..hahahha. Tapi kira Ok la..suami saya nampak. Kih kih kih. Sebenarnya ia lebih kepada ilusi optik, so lain mata lain nampak dia. Apa tak kena dengan mata saya eh??? Eh..mata orang lain la yg x kena. ahahha

mysterious road yang tak berapa misteri :P

Selepas ke mysterious road, kami dibawa ke KPOP museum. Ha.. yang minat KPOP sure melompat-lompat. Kami? Biasa2 saja. Hihi, tapi kalau Puan Shidah memang terlayan jugak drama korea sekali – sekala. Haha. Tapi xdalah fanatic sangat. So, dalam KPOP PLAY ni adalah game2 seperti bergambar dengan image2 holgram artis2 KPOP terkenal seperti WonderGirl dan Big Bang.


berangan jadi awek KPOP jap, sape ntah nama org ni, saya x kenal ahahaha

haha, ngade je kan bergambar dengan mamat korea :P

haha, posing la kita

ni pun saya x kenal, tapi selalu tgk dia berlakon haha


Oh, kami sempat juga la menyaksikan hologram concert big bang. Kelakar pulak tengok anak-anak muda terpekik-pekik macam real punya concert. Haha. Boleh la…terhibur jugak.


hologram concert, macam real kan :)

Dah puas berlegar-legar di KPOP PLAY, kami dibawa menikmati lunch di Restoran Seafood. Menu nya adalah seafood termasuk abalone. Tau tak abalone tu camane? Dia tu kategori siput macam dalam gambar bawah ni. Hihi. Saya memang xda makan apa la masa ni, cuma makan mackerel grill dan nasi putih. Memang jenis xmakan seafood pun tambah tengah pantang lagi :D

Setelah lunch, kami diberi ruang dan masa untuk menyempurnakan solat di restoran tersebut. Antara kelebihan join incentive trip dibawah Public Mutual ni adalah, makan dan solat sangat dijaga. Walaupun tour guide adalah  non-muslim, tetapi mereka menitikberatkan soal itu, sensitive dengan keperluan orang muslim. Trip pun diatur group sesama muslim. Bukan untuk perkauman, tapi untuk memudahkan perancangan jadual memandangkan solat juga akan mengambil masa kerana ruang yang terhad dan wudhuk di dalam tandas.

Setelah segalanya selesai, kami dibawa untuk menikmati keindahan Chanjeyeon Waterfall. Orang2 korea percaya bahawa adanya bidadari dari langit yang turun bersiram di sini pada suatu masa dahulu. Airnya sangat dalam dan pelawat tidak dibenarkan mengusik air tersebut hatta membassuh tangan. Jika berbuat demikian, akan didenda. Di signboard juga ada mengatakan jika mandi disitu, akan mendapat risiko serangan jantung. Ini kerana airnya yang sangat sejuk dan dalam.




Last destination pada hari kedua adalah the painters hero show studio. Kami dibawa menyaksikan concert yang dipersembahkan oleh 4 anak muda korea yang cukup berbakat dalam melukis. Persembahan yang diselitkan unsur-unsur komedi sambil menyiapkan beberapa lukisan cukup menarik! sungguh kreatif sehingga saya mengharapkan Umar juga akan mempunyai bakat melukis yang hebat seperti itu suatu hari nanti. Ye lah, Umar kan minat melukis! :)




4 anak muda bersama lukisan mereka yang disiapkan dalam persembahan berunsurkan komedi

nak jugakkk..ahahaa

bila dah puas bergambar bagai, maka kami dibawa pula ke restoran seafood untuk menikmati makan malam. Alahai...seafood lagi, saya rela makan kurma. ahahaaa...

bersambung episod 3 nanti ya :)

muah2x!

Follow us for more tips :)