Alhamdulillah,
Sempena 1st Ramadhan baru berkesempatan nak menulis sedikit tentang incentive trip public mutual pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah trip yang sangat best. Bersedialah untuk menerima banyak episod dari kami hehe.
Alhamdulillah, kami bertolak ke Incheon, Seoul dari Kuala Lumpur pada 15th May
dalam jam 11malam. Malam ...kira ok lah, boleh tidur. yahoo! hihi. Selama 5jam
30minit dalam flight Korean Air, kami selamat mendarat di Incheon airport pada
keesokan harinya.
Alhamdulillah! cuaca yang baik. Sejukk.
Setelah selesai semua urusan baggage claim, immigration dan sebagainya, kami dibawa oleh travel agent iaitu Sri America tours. Tour agent yang sangat ramah dan komited. Memang terbaik layanan. 1st destination adalah restoran di area Incheon airport untuk menikmati breakfast. Menu yang agak menarik. Tapi disebabkan saya pun x berapa nak selera, plus faktor kesihatan yang perlu menjaga makan, saya hanya pilih kismis dan telur rebus. Nasi goreng tu x berani sangat nak makan sebab macam pulut je beras. Plus tawar heber. haha.
sarapan kami :)
Setelah selesai breakfast, kami dibawa ke Kimchi School untuk merasai
pengalaman membuat kimchi. Serta merasai pengalaman memakai Korean Traditional
wear iaitu Han Bok. Antara info yang saya perolehi tentang kimchi adalah: Ianya
fermented food yang tiada expired dan mempunyai kadar bakteria baik (probiotik)
yang tinggi. Dan sangat2 baik untuk penghadaman. Patutlah kita tengok orang
Korea ni lawa dan slim sebab tiada masalah pencernaan kan. Lagipun masakan
mereka tidak overloaded dengan gula, lemak serta MSG. Banyak rebus2 dan rasanya
pun tawar. Memang menyihatkan! Kalau orang Melayu?? no comment, hihi.
ready nak buat kimchi! :)
Han bok experience. Kalau Jepun ada Kimono, kalau korea ada Han Bok. Di sini juga kami berpeluang merasai pengalaman memakai Han Bok. Cantik-cantik design. Saya dok bayang2 nak warna pink, akhirnya dapat warna pink! hehe. Nampak tak the power of law attraction? :D Tengok gambar bawah ni, macam maharaja dan maharani korea tak. Hihi
Setelah selesai segalanya di sini, kami dibawa menikmati lunch di restoran
halal (x ingat nama apa restoran huhu). Menunaikan solat dan seterusnya ke
Gimpo airport untuk bertolak ke Jeju Island. Selama 1 jam perjalanan
sampai lah kami ke Pulau Cinta itu.
Welcome to Jeju, oh yeahhh!!
Sejukkk..berangin! indah sungguh! Dan seterusnya kami dibawa untuk
menikmati dinner iaitu menu sashimi (ikan2 dan makanan laut mentah) hihi, nasib
baik ada sup, ku rebus je smua ikan2 tu baru boleh telan :D
nampak x
betapa seramnya menu2 itu. hihi. Tapi ikan tu bila direbus rasanya macam siakap
stim, selamat la perutku dari kelaparan. Seafood lain mmg x sentuh la x berani
lagi, pantang sebab resdung nanti :D Setelah kenyang, kami diberi peluang
sekejap menikmati keindahan view laut di tepi restoran dan seterusnya
meneruskan perjalanan ke Ramada Plaza Jeju Hotel untuk berehat. Penat
wooooo...
ok,
nantikan sambungan part 2 ye! :P
Regards,
Farhan & Rashidah
Wealth Planner
019-916-7880
013-440-4869
No comments:
Post a Comment