Friday, February 7, 2014

Kontraseptif : kaedah pencegahan kehamilan yg boleh digunakan utk menjarakkan kehamilan

2-3 hari ni, ramai yg bertanya saya cara mencegah kehamilan yg terlalu rapat. Memandangkan jarak anak pertama saya dgn kandungan kedua ni agak jauh ramai yg meminta Tips. Bagi saya, ianya soal rezeki. Walau apapun cara yg sy lakukan ia bergantung kepada ALLAH bila nak bagi kan... Tapi..just a humble sharing..spnjg usaha menjarakkan kehamilan...saya cuma mengamalkan teknik semulajadi serta mengamalkan pengambilan GLA complex secara berterusan. Saya tidak pernah mengambil walau sebiji pun pil perancang yg diberi doktor atau dijual dikedai, malah tidak pernah sekalipun mengambil suntikan perancang. Hanya kaedah semulajadi saja. Nak detail kena pm lah xbleh la cite kat sini. Hehe. So, hari ni saya ada mood menggoogle info dan I found out this article might be helpful utk yg masih blurr mcm mana nk merancang. Pilihlah ikut kemampuan dan kesesuaian...apa2 pun sy masih merasakan pengambilan pil perancang adalah tidak bagus kerana dikatakan boleh memberi kesan sampingan pada sistem dalaman wanita serta memberi kesan kegemukan pada badan. sbb tu saya lebih selesa memilih bantuan supplement dan kaedah semulajadi je. Jom belajar! source
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Jenis-jenis Kontraseptif
Kontraseptif merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengelak dari menjadi hamil. Sekiranya anda ingin merancang keluarga, adalah penting untuk anda mengetahui pelbagai jenis kaedah kontraseptif terkini yang ada untuk memastikan yang mana satu paling sesuai untuk anda.
Kontraseptif pada umumnya efektif untuk mencegah kehamilan tetapi ia juga mempunyai kadar kegagalannya yang tersendiri. Ia juga tidak dapat mencegah dari terkena jangkitan jangkitan kelamin.
Sekiranya anda merancang untuk menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan dan dalam masa yang sama anda mengalami tanda-tanda kehamilan, pastikan ada membuat ujian air kencing untuk mengesahkan anda tidak hamil. Di bawah adalah secara ringkas penjelasan untuk setiap kaedah kontaseptif yang ada di pasaran Malaysia.
Merancang Keluarga Secara Semulajadi
Ia diamalkan dengan mengelak dari membuat hubungan seks semasa subur. Ia mengunakan kaedah BBT dan dengan melihat perubahan lelehan lendir faraj setiap hari.
Jangan membuat hubungan seks semasa tempoh subur yang selalunya berlaku dalam lingkungan 7-10 hari. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk mengunakan kondom semasa tempoh subur ini.
Kondom
Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular.
Ubat Anti-Sperm
Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma. Boleh didapati dalam bentuk buih, jeli, dan tablet faraj.
Diaphragm
Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncungnya diisi dengan jeli pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan seks.
Cap Serviks
Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah latex atau plastik. Seperti diaphragm, cap serviks dimasukkan kedalam faraj dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.
Alat Dalam Rahim (IUD)
Intauterine Device (IUD) atau Alat Dalam Rahim adalah berupa alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon dan dimasukkan kedalam rahim oleh doktor.IUD tidak mencegah sperma dari mengampiri telur tetapi ia boleh menyebabkan persekitaran rahim menjadi sukar untuk persenyawaan berlaku dan begitu juga dengan implantasi.
Kaedah Hormon
Kaedah hormon bertindak dengan 3 cara:
1.Menghalang telur dikeluarkan dari ovari setiap bulan
2.Menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya
3.Menyebabkan dinding rahim menjadi nipis sukar untuk kehamilan terjadi walaupun persenyawaan sudah berlaku.
Contoh kaedah hormon:
1.Pill perancang
2.Suntikan depo-provera
Kaedah Sterilasi
  • Tubal ligasi :Kaedah pembedahan dimana, kedua-dua salur fallopian wanita akan diikat dan dipotong. Ia adalah satu kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan.
  • Vasektomi : Satu kaedah sterilasi dimana salur vas deferens lelaki yang terletak di antara testis dan groin akan diikat atau dipotong. Ia dilakukan secara pesakit luar mengunakan bius setempat.
ha..semoga entry ini memberi ilmu baru pada kita ye, x paham jugak bleh tanya doktor.hihi

Bisnes mengeratkan silaturrahim dan memberi ruang lebih utk bersantai bersama keluarga :)

Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas di bumi yg sementara ini. 
Terlalu banyak nikmat yg patut kita syukuri kan...sntiasalah bersyukur kerana semakin kita bersyukur, semakin ALLAH tambahkan nikmat tu :)

hari ni...saya saja nk buat perkongsian ringkas. Mengimbau kembali aktiviti bulan lepas. Alhamdulillah, skrg biz saya dan suami semakin maju. Stiap masa adalah waktu bekerja bagi kami, dan stiap masa juga kami mampu menikmati waktu bersantai. hehe. kerja sambil santai org kata. Yes, mmg best sbb kita mampu bekerja dalam keadaan tidak stress :)


Gambar kat atas ni, semasa saya dan anak ikut suami pergi present plan takaful kat kwn saya. Kawan sekolah menengah dlu.. 1st time ni present tepi pantai. Best jugak..relax rasa..sambil2 nikmati keindahan alam ciptaan ALLAH..hehe. Ada anak dan suami di sisi ke mana2 sahaja, sudah cukup menenangkan hati saya :)

Best jugak sbb dah hampir 9 tahun x jumpa sahabat saya ni. Yelah, dlu F5 sekelas, skrg masaing2 dah ada haluan sndiri.Kawan saya ni doktor dan mmg sgt bz, mmg btol2 kna kejar utk curi masa dia sket.Hihi. Best jugak bila buat bisnes ni sbb kembali menjejaki kawan2 lama. Kalau x.... mmg susah nk jumpa. Org kata, income dapat, silaturrahim pun terpelihara. Hehe. Alang2 dah jumpa, barang Shaklee pun boleh pass terus sbb Ja pun antara kwn sy yg amalkan shaklee utk kesihatan diri dia :)

Ramai yg bertanya saya dan suami... best sangat ke kerja sendiri. Tak takut ke sbb income macam x tetap.. ye lah sbb dunia skrg ni kan mmg sgt perlukan wang utk hidup....komen saya....bekerja sendiri mmg best..tetapi....dlm masa yg sama sangat perlukan hati yg kental utk berusaha dan berkorban. Tapi..percayalah..ia sgt manis bila mndapat hasilnya. 


Dan sepanjang saya buat biz shaklee ni, saya tak pernah pun rasa terbeban, bahkan ia lebih membantu kewangan keluarga saya. Saya mmg takde gaji dalam shaklee sbb sy tak kerja utk org. Yg saya ada cuma bonus stiap bulan, upah kerja keras kan. Hihi.. income saya mmg tidak tetap, sbb nilai bonus sentiasa menaik je...stiap bulan..hehe. 

Apa2 pun segalanya bergantung terhadap usaha dan rezeki kita. Dan saya sntiasa yakin bahawa, stiap dari kita telah ditetapkan rezeki masing2. Tinggal usaha kita je nak jemput rezeki tu mcm mana. Slagi kita gunakan kudrat utk berusaha.. pasti, ALLAH akan beri... Yakinlah!

Dan pastinya... bila kita bekerja sendiri ni kan... mmg ada stress dia. Tapi stress yg berbeza berbanding makan gaji. Stress saya dlm biz bila nk kejar closing je, dan stress tu adalah stress utk MEMENUHI KPI SENDIRI. Tetapi kalau makan gaji...hari2 stress sbb nak MEMENUHI KPI ORANG LAIN... jauh beza tu. Yg pastinya..sy biz ni bukan sbb nak kaya semata2. bagi saya, kaya itu bonus.. yg paling penting, saya biz sbb nak dapat keredhaan ALLAH, nak bantu insan yg memerlukan dan semestinya saya ingin sntiasa mengutamakan keluarga dalam apa jua perkara. Dgn shaklee...saya dapat keduanya... KELUARGA dan KERJAYA...semuanya hanya dari rumah :) Alhamdulllah :)

ok..sedikit motivasi dari saya...






Follow us for more tips :)