Tuesday, March 13, 2018

SMART INVESTOR AND DIVERSIFICATION



Lama kakshidah x cerita pasal investment kan?ok ni nk cerita πŸ˜‰

Kdg2 bila kakshidah tny prospect..dh buat retirement plan dgn public mutual?ada yg jwb.. sy dh ada pencen,ada  TH,ASB,EPF dah beli tanah... dsb.

Alhamdulillah..bila dgr jwpn mcm ni..kakshidah rs best sgt sbb betapa celiknya dia dgn saving investment.

Tp kakshidah akan mnta mereka buat satu bulatan besar bahagi kpd 7@8bhgn mcm dlm gambar ni.listkan stiap ruang dgn jenis investment yg dia dh ada. Dan cuba tgk ada brapa lagi ruang kosong? Biasanya akan ada 2@3 lg kan?so..kenapa dibiarkan kosong? Sbb lagi bnyk tabung yg kita ada lagi terjamin future kita. Diversify org kata.

Sbb kita kna paham stiap saving investment yg kita buat ada purpose n limitation masing2. Cthnya..kakshidah pernah jmpa org yg kurang invest cash..tp dia invest ke properties je.
Tp kalau emergency.. nk pakai duit in small amount..xkn mudah nk jual tanah or rumah sedebuk sebijik kn?tp klu kita ada sket2 cash kt mana2 leh la tebus sket wat gula2 org kata. Emas pun boleh.Btol kn?

So..apa yg kakshidah nk anjurkan..diversify your investment. Be a smart investor. In future kita akan berterima kasih dgn adanya bnyk tabungan ni. 3 vs 7 tabung mana agaknya yg korang prefer? Think about it! πŸ˜‰

Klu tny kakshidah..yg kosong2 tu kakshidah isi dgn apa? Of koz PRS dan Public Mutual😘😘😘

Saturday, January 27, 2018

PRIVATE RETIREMENT SCHEME

[POS PANJANG TETAPI WAJIB BACA UNTUK YANG NAK BERSARA TETAPI INCOME MASIH BERJALAN UNTUK SURVIVE]

Kak shidah berhutang 1 post berkaitan dgn PRS. mnta ampun semalam xleh nk mengarang kenyang sgt mkn chicken grill😉

Btw.. apa itu PRS yg sbnrnya?
PRS adalah singkatan kepada Private Retirement Scheme yg telah dilancarkan kerajaan pada tahun 2012. PRS ni adalah salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan saving hari persaraan terutamanya untuk pekerja swasta yg tidak mempunyai skim pencen seperti penjawat awam. Walaupun mempunyai EPF, ada bukti2 yang telah diceritakan dalam akhbar&media sosial menyatakan kebanyakan dari kita tidak mampu survive hanya dgn 1 dana EPF. Kita kena ingat.. kadar inflasi semakin hari semakin meningkat.

Btw.. PRS ni konsep dia sama juga dgn EPF. Cuma kena mencarum sendiri. Bila membuka acc PRS.. Duit kita akan dibahagi 70/30 kpd 2 akaun. Acc 1 sbnyk 70% dr caruman mmg tidak boleh dikeluarkan sehingga 55tahun.acc 2 sbnyk 30% dr caruman boleh dikeluarkan sblm umur 55 tetapi akan dikenakan penalti sbnyk 8%

Akaun PRS boleh dibuka dengan amaun rm1000 minimum. Dan diteruskan dgn minimum caruman rm100 sebulan(bulanan adalah optional ttpi sgt2 digalakkan sbb kita nk make sure modal sntiasa ditambah utk pulangan yg lebih besar dimasa hadapan)

Akaun PRS boleh dibuka melalui ejen2 yg sudah mempunyai lesen PRS melalui mana2 syarikat unit amanah. Mereka adalah ejen yg dilatih khas untuk merancang pelan persaraan anda melalui PRS atau Unit Trust.

Dan bermula tahun 2017 hingga 2018 kerajaan menawarkan rm1000 incentive kepada mereka yg berumur 20-30 tahun yg memulakan saving minimum rm1000 di akaun PRS. Sbb tu kak shidah ckp.. yg dh nk dkat due birthday ke 31 tu cepat2 grab peluang ni. Xbnyk.. simpan 1k je dlu. Lepas tu fikir bulan2 je nk topup berapa.

1 lagi yg bestnya PRS ni.. kita layak dpt pengecualian maximum rm3000 dari income tax bila mencarum di PRS. Berbaloi sgt2 kn?

Dan utk pengetahuan..kawan2 kami yang bekerja di sektor kerajaan dan mempunyai skim pencen juga ada yg mencarum di PRS. back up plan katanya utk survive dan of koz utk pelepasan cukai 😊

Jadi..best ke kalau pencen nanti ada dua2 duit EPF dan PRS?? mak bapak stable kewangan anak2 pun tenang jiwanya nanti. Matlamat kita buat saving investment bukan utk jadi kaya raya sgt.. tetapi kita nk survive..at least boleh maintain lifestyle skrg. Dh 55 nt gaji xde tau...kna sedar tu😅😅

#inculcatesavingculture
#privateretirementscheme
#unittrustsavinginvestement

Follow us for more tips :)