Saturday, January 27, 2018

PRIVATE RETIREMENT SCHEME

[POS PANJANG TETAPI WAJIB BACA UNTUK YANG NAK BERSARA TETAPI INCOME MASIH BERJALAN UNTUK SURVIVE]

Kak shidah berhutang 1 post berkaitan dgn PRS. mnta ampun semalam xleh nk mengarang kenyang sgt mkn chicken grill😉

Btw.. apa itu PRS yg sbnrnya?
PRS adalah singkatan kepada Private Retirement Scheme yg telah dilancarkan kerajaan pada tahun 2012. PRS ni adalah salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan saving hari persaraan terutamanya untuk pekerja swasta yg tidak mempunyai skim pencen seperti penjawat awam. Walaupun mempunyai EPF, ada bukti2 yang telah diceritakan dalam akhbar&media sosial menyatakan kebanyakan dari kita tidak mampu survive hanya dgn 1 dana EPF. Kita kena ingat.. kadar inflasi semakin hari semakin meningkat.

Btw.. PRS ni konsep dia sama juga dgn EPF. Cuma kena mencarum sendiri. Bila membuka acc PRS.. Duit kita akan dibahagi 70/30 kpd 2 akaun. Acc 1 sbnyk 70% dr caruman mmg tidak boleh dikeluarkan sehingga 55tahun.acc 2 sbnyk 30% dr caruman boleh dikeluarkan sblm umur 55 tetapi akan dikenakan penalti sbnyk 8%

Akaun PRS boleh dibuka dengan amaun rm1000 minimum. Dan diteruskan dgn minimum caruman rm100 sebulan(bulanan adalah optional ttpi sgt2 digalakkan sbb kita nk make sure modal sntiasa ditambah utk pulangan yg lebih besar dimasa hadapan)

Akaun PRS boleh dibuka melalui ejen2 yg sudah mempunyai lesen PRS melalui mana2 syarikat unit amanah. Mereka adalah ejen yg dilatih khas untuk merancang pelan persaraan anda melalui PRS atau Unit Trust.

Dan bermula tahun 2017 hingga 2018 kerajaan menawarkan rm1000 incentive kepada mereka yg berumur 20-30 tahun yg memulakan saving minimum rm1000 di akaun PRS. Sbb tu kak shidah ckp.. yg dh nk dkat due birthday ke 31 tu cepat2 grab peluang ni. Xbnyk.. simpan 1k je dlu. Lepas tu fikir bulan2 je nk topup berapa.

1 lagi yg bestnya PRS ni.. kita layak dpt pengecualian maximum rm3000 dari income tax bila mencarum di PRS. Berbaloi sgt2 kn?

Dan utk pengetahuan..kawan2 kami yang bekerja di sektor kerajaan dan mempunyai skim pencen juga ada yg mencarum di PRS. back up plan katanya utk survive dan of koz utk pelepasan cukai 😊

Jadi..best ke kalau pencen nanti ada dua2 duit EPF dan PRS?? mak bapak stable kewangan anak2 pun tenang jiwanya nanti. Matlamat kita buat saving investment bukan utk jadi kaya raya sgt.. tetapi kita nk survive..at least boleh maintain lifestyle skrg. Dh 55 nt gaji xde tau...kna sedar tu😅😅

#inculcatesavingculture
#privateretirementscheme
#unittrustsavinginvestement

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)