Thursday, November 21, 2013

Shaklee Kolagen Powder: Rahsia Awet Muda dan Sihat tubuh badan

Alhamadulillah, hari ni blogwalking dan jumpa satu sharing yg sgt menarik dari Kak Maria yg satu step je lagi nk melangkah ke Master, bagus akak ni, orgnya humble dan pendiam, tp sy x pernah brkesempatan berbual dgn dia, tgk dari jauh je..hihi. TQ kak for sharing ya.

*********************************************************************

Assalamualaikum, 
Kisah Mak Mertua Ku 

Sejak setahun yang lalu, biras Maria, Ainul ada berikan Mak Mertua Maria sekotak Shaklee Collagen Powder (SCP). Dalam 1 kotak ada 15 sachet. Mak Mertua makan 1 sachet selang sehari.


Lepas sebulan, dah habis sekotak, Mak request nak lagi. Hmm..menarik ni. Masa tu Maria baru je join Shaklee dan belum pernah cuba SCP ni. 


Dulu, Maria tak berapa ambil peduli tentang Collagen ni, sebab rasa macam tak penting pun. Dahla kebanyakan Collagen mahal-mahal, ingatkan fungsinya cuma untuk awet muda je. Disebabkan Maria ni memang dah jenis awet muda (Ehem!!), so rasanya tak perlu lah makan collagen ni kot.
 

Kalau diikutkan, Mak Mertua Maria ni bukanlah jenis yang rajin sangat nak makan supplement. Dia ada juga makan supplement brand lain sebelum ni tapi selalu skip dan susah nak konsisten. 


Tapi kali ni dia seronok pulak makan Shaklee Collagen Powder. Mak kata rasa tak complete kalau tak makan SCP,  memang rasa perbezaannya dan lebih bertenaga.
 

Mak Mertua Maria ni memang minat sangat berkebun. Kalau nak tahu, macam-macam pokok buah dan sayuran yang dia tanam kat kebun belakang rumah. 

Walaupun dah berumur 64 tahun, dan kedua-dua kepala lutut dah ditukar besi (boleh baca kisah Mak dan operation lututnya DI SINI), sebolehnya kami memang tak galakkan mak banyak berjalan dan berkebun. Tapi disebabkan berkebun dah memang minat dia, memang tak boleh nak halang dah. So, layankan aje lah.
 

Dulu, lepas balik dari berkebun, confirm mak akan rasa letih. Kulit pun cepat kusam sebab banyak terdedah pada panas matahari. Tapi demi minatnya pada aktiviti berkebun, Mak tak kisah pun. 


Sejak Mak makan Shaklee Collagen Powder, Mak kata badan dia rasa lebih bertenaga dan kurang dah sakit-sakit badan. Lepas tu, yang paling best, Mak rasa kulit dia lebih lembab. Haaa...Itu baru effect untuk wanita berumur 64 tahun tau. Kalau yang lebih muda, apatah lagi mengancam kesannya. Hanya yang dah cuba saja yang tahu rasa bestnya tau..
 
So sejak dari tu, memang Maria sentiasa bekalkan Mak Mertua dengan Shaklee Collagen Powder. Bila pergi travel (umrah atau bercuti), Maria tengok mak mesti tak lupa bawa SCP ni.
 

Mak mertua Maria memang sangat suka pergi vacation sejak muda lagi. Bayangkan dalam keadaan lutut yang sakit sebelum buat operation dulu pun, Mak masih gigih pergi vacation. Bila sakit masa berjalan-jalan, dia stop rehat sekejap. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi. Sampai doctor pun marah. 


Tapi sejak lepas operation lutut, dan ditambah dengan makan Shaklee Collagen Powder ni, Mak dah makin seronok berjalan-jalan. Dah kurang sakit-sakit kaki. 

Rasa seronok dan puas sangat dapat bantu Mak lebih sihat dan ceria. Bila Mak sihat, dia dapat buat macam-macam perkara yang dia suka. Dapat pergi berkebun, pergi mengaji, pergi bercuti.


Sekarang ni, Mak Maria sendiri pun dah mula makan SCP ni, dan dia bagitahu memang rasa kesan baiknya. Mak Maria pulak jenis yang susah nak makan supplement berbentuk pil. Jadi dia prefer supplement berasaskan serbuk dan cecair. 


Alhamdulillah, lepas tengok perubahan pada Mak dan Mak Mentua, barulah Maria sedar tentang kepentingan Collagen kepada tubuh badan. Ianya bukan hanya untuk cantik ye, tapi untuk kesihatan juga sebenarnya. 


Ok, jom kita fahami, kenapa Collagen ni sangat penting dalam tubuh seseorang, tak kira lelaki atau perempuan. 



Apa itu Collagen? 
Collagen wujud dalam kulit, kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. 

Collagen ni boleh dikatakan macam Glue atau Rubber Band dan menjadi Rangka Sokongan dalam tubuh badan badan kita. So bila cukup Collagen, ia membantu mengekalkanKEKUATAN dan KEANJALAN organ-organ badan kita.
 

Apa Terjadi Bila Usia Bertambah? 
Bila usia kita bertambah, Collagen dalam badan juga berkurang. Terutama selepas usia 30-an, memang ramai orang akan yang mula nampak lebih tua dari usia sebenar. 

Ingat lagi analogi Rubber Band tadi? Semakin lama digunakan, Rubber Band akan hilangelasticity. Samalah macam Collagen di dalam kulit, semakin lama semakin berkurangan menyebabkan kulit pun jadi mengendur.
 


Collagen ada di dalam kulit.


Collagen juga wujud di dalam banyak organ-organ dalam badan kita. Inilah yang berlaku akibat kekurangan kolagen dalam badan.



Antara Tanda-tanda Kekurangan Collagen.  Huhu..risaunya tengok...

Sekarang, kita dah tahu kan, kenapa ada orang boleh nampak muda, dan ada orang nampak tua dari usia.
Jadi yang nampak muda remaja dan sentiasa sihat bertenaga, tak semestinya dia ambil suntikan botox yer.
Kemungkinan besar, badan dia memang cukup Collagen. Hehehe..

So macam mana nak tambah Collagen dalam badan?

Kita boleh ambil daripada 3 sumber ni:-

1) Tumbuhan 
- kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
- molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia

2) Haiwan
- Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
- Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")

3) Ikan 
- Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
- Ianya tulen dan kurang tercemar
- Molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
- Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Inilah Shaklee Collagen Powder yang menjadi kegemaran ramai wanita.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER MAHAL??!!


Ok, mungkin ada yang kata, Shaklee Collagen Powder ni mahal. Banyak lagi jenama lain yang lagi murah.
Ye betul memang mahal sikit dari jenama lain. Tapi, jom kita fahami kenapa ia mahal. Manakan sama permata dengan kaca kan.. ;)

1) Diperbuat Dari Sisik Ikan Merah

Ikan Merah (Red Snipper) ini hidup sehingga 5000m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran. Sisik ikan merah ni mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi. Jadi ia tak sama dengan ikan yang bersusun di pasar tu ye. Semestinya Halal lagi baik!!


 



Tengok, harga ikan merah di supermarket pun sampai RM42.90 sekilo!! 

2) Bukan Sekadar Collagen

Haa inilah keistimewaan yang paling penting, kerana kita perlu memilih dengan bijak, supaya setiap wang yang kita laburkan mempunyai nilai yang tinggi.
Shaklee melengkapkan SCP ini dengan:-
Ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata
Lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen
Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel
Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman (sexual)
Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh
Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak kepada tenaga ( meningkatkan metabolik badan untuk penghasilan kolagen)


3) Terbukti Berkesan Dalam 8 Minggu Melalui Kajian Klinikal

Ia telah terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dengan penggunaan konsisten dalam masa 8 minggu. 


fuhh..mantop...so mmg ruugi sgt x cuba kolagen ni tau.

sms sy utk cuba kolagen ye :)

013-4404869

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)