Monday, June 27, 2016

VAKSIN VS NATURAL PREVENTION

Saya adalah seorang ibu sentiasa berusaha mencari rawatan alternatif serta suka menggunakan NATURAL REMEDIES dan supplement utk memantapkan sistem pertahanan badan disamping melegakan kesakitan kami sekeluarga.. dalam masa yang sama SAYA MENGAMBIL VAKSIN utk diri dan anak2 sebagai langkah pencegahan utama kepada wabak2 penyakit.


Tidak dinafikan ada kalanya perubatan moden memberi beberapa kesan sampingan tetapi untuk sesetengah kes masih boleh ditimbang tara kesan sampingan itu berbanding kemudaratan yg bakal timbul.

Anak saya.. maisara.. diserang eczema selepas pemberian antibiotik semasa diserang pneumonia pada usia 17 hari. (Ini berdasarkan pemerhatian saya kerana sepanjang 17 hari di rumah tiada langsung tanda2 eczema walaupun diberi susu lembu.. tetapi selepas warded dan diberi antibiotik selama 5 hari..ruam eczema timbul..dan tidak lagi mampu mengambil produk berasaskan susu lembu dan mmg ada doktor yang mengesahkan boleh wujud kondisi sebegini). Tetapi tidaklah saya menghukum para doktor yang bertindak memberi antibiotik kepada anak saya kerana pada waktu itu hanya itu solusi kepada sakit maisara dan perlukan rawatan yg cepat untuk mematikan kuman dalam paru2nya. Malah saya berterima kasih kerana tindakan cepat itu dengan izin Allah menyembuhkan maisara.☺

Selepas mengalami eczema.. saya juga merujuk kepada doktor2 pakar dan kebanyakan mereka memberi steroid based medicine. Disebabkan faham side effect steroid (drpd pembacaan , info dari doktor dan pengalaman keluarga sendiri) setelah membuat pertimbangan saya menolak steroid dan memilih rawatan secara natural dgn merawat usus anak serta menghentikan punca alergik, dan masih lagi menggunakan ubat moden tetapi sy pilih yg btol2 free steroid. Tapi menolak steroid dikira tidak memudaratkan kerana ianya hanya sekadar ubat dan eczema bukanlah penyakit berjangkit. ☺

Alhamdulillah..sy sgt2 menghargai ilmu2 dari pakar perubatan moden juga mereka yang expert dalam natural remedies kerana kedua-duanya sgt memberi manfaat serta membantu ke arah proses baikpulih kesakitan anak saya.


Dan saya menyeru kepada ibu bapa diluar sana.. buat apa2 biarlah berdasarkan ilmu dan rujuklah kepada mereka yang lebih pakar. Jangan menuntut separuh jalan tanpa bimbingan yang pakar. Jgn juga atas dasar ikut -ikutan sahaja kerana yang menanggung sakit jika berlaku apa2 adalah kita dan anak2 kita. Apa2 kekeliruan yg timbul..rujuklah kepada mereka yg arif dalam soal tersebut.

Sekadar secebis pengalaman saya dalam suka duka menjaga 2 permata hati kurniaan Allah. Saya memahami kegusaran hati seorang ibu dalam menjaga anugerah Allah. Tidak dinafikan ada yg menghadapi kekangan tertentu dalam setiap pilihan.Tapi seperti yg saya bgtau awal2...timbangtara setiap pilihan yg ada.. rujuklah kepada yang pakar.

Sesungguhnya setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatannya di dunia ini. Dan semoga Allah meredhai setiap ikhtiar yg kita ambil. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)