Assalamualaikum kepada anda yg saya sayangi di luar sana.
Pejam celik pejam celik hari ni sudah 27 Ramadhan. Allah.. begitu cepat masa berlalu, Ramadhan dah nak tinggalkan kita! Sedihnya..moga ALLAH temukan lagi kita dgn Ramadhan akan datang…amin..
Memandangkan kita pun dah nak raya..suka la saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maafkan segala silap dan salah.. walaupun kita sekadar mengenali di alam maya…mgkin kdg2 ade yg tersilap paham dgn gaya penulisan dsb..la. Diharapkan semoga syawal kita nnt akan lebih ceria, dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Jangan juga dilupa pada mereka yg kurang bernasib baik..kalau boleh, kongsilah sedikit rezeki yg kita dpt dgn mereka..
Dan di sini saya ingin mengumumkan bahawa sebarang order yang dibuat pada tarikh 16 August – 21 August 2012 hanya akan diproses pada 22 August 2012.Sekali sekala dapat cuti panjang nih..hehe. Utk yg COD di Kuala Terengganu pun, hanya selepas 25 August 2012 sahaja sebab saya akan berada di Johor Bharu bermula esok. Balik kampung, yeah!!
Akhir kata, semoga kita sentiasa mendapat kasih sayang ALLAH dan dipilih untuk menjadi hamba-hambanya yg soleh dan solehah..amin..
Salam sayang dari Ummu Umar… =)
No comments:
Post a Comment