Friday, December 6, 2013

musibah banjir, bantulah apa yg terdaya


Allahurabbi, 

sangat terkesan dgn musibah banjir yg menimpa sahabat2 terutama di kemaman dan kuantan. Dikhabarkan adanya kematian, ramai yg kelaparan..bantuan sgt slow. ramai sudah terputus hubungan dgn keluarga. Ya ALLAH..tabahkanlah saudara mara kami di sana, permudahkanlah segalanya, mudahkanlah urusan sahabat2 yg bertugas sbgai sukarelawan disana. 

mmg x dinafikan, mood agak kacau 2-3 hari ni, sbb sgt sedih dgn apa yg berlaku, sy disini hanya mampu mengirim doa, moral support dan membantu dgn cara jauh. Terima kasih kpd shbt2 berdekatan yg sanggup berkorban masa membantu mangsa2 di sana. Dapat sy perhatikan rakyat berhempas pulas turun membantu sdgkan ada pihak tertentu yg spatutnya lebih peka hanya goyang kaki dari jauh. Allah...mmg sy geram!

utk shbt2 yg mnjadi mangsa banjir, bertabahlah, bertahanlah... igt pesan Ulama' kita bahawa musibah ini adalah salah satu cara penyucian dari dosa2 lalu. Dan ia merupakan satu jalan ALLAH nak angkat darjat kita. insya ALLAH moga dgn kiriman doa2 kami di sini, akan menguatkan shbt2 di sana.

jom sama2 doa utk sahabat2 kita yg sdg tertekan dan kelaparan. Jom kita kerja lebih kuat utk dapatkan dana demi membantu saudara mara kita disana. Mgkin x semua mampu utk ke sana, so, kita jaga penjuru masing2, yg ada duit bagi duit, yg xda duit doa sungguh2, tlg seabarkan info dsb. Insya ALLAH apa yg terdaya, yakinlah usaha itu dipandang ALLAH s.w.t jika ikhlas melakukannya.

bagi yg mahu menyumbang, salah satu saluran ialah spt di bawah:



"berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya....

"org Islam harus kaya dan berjaya...demi kebajikan Islam"

love, 

Ummu Umar, 013-4404869

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)