hari ni hari ke 9 ana di rumah... tak sampai seminggu lagi akan kembali ke kampus tercinta :)
kalau kat rumah ni ana takde la wat ape sgt pun....tlg mak kemas rumah, tlg masak kdg2..hehe.. main2 ngan anak sedara...tgk tv...bace buku...n paling best dok mengadap internet la...blogging..hehe... tapi ana kna make sure la keje2 lain tu setel dlu...barulah bleh mengadap laptop... :)
2-3 hari ni ana tergerak hati untuk buka semula buku2 usrah yang lama2... banyaknye pengisian yang sometimes ana sendiri dah lupa. Dalam banyak2 pengisian ana tertarik untuk share tentang kisah seorang penyanyi di Britain iaitu Yusuf Islam.
Izinkan ana memulakan kisahnya dengan sepotong ayat Al-Quran. Ayat ke 23 dalam surah Az-zumar(39) yang bermaksud:
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya."
Mungkin ramai yang dah tau, Yusuf Islam ni dlu adalah Cat Steven. Seorang penyanyi Inggeris di Britain yang setiap harinya dipenuhi dengan aktiviti untuk menghiburkan orang lain. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tidak terhibur pun. Malah, dia sebenarnya sedang mencari2 sebuah agama yang benar dan sesuai dengan jiwanya. Dia mula mencari-cari agama setelah satu peristiwa menimpa dirinya iaitu disaat dia dekat dengan kematiannya dia mendapat pertolongan tuhan.
Diceritakan bahwa ketika dia sedang berlibur di malibu (1975), dia terseret ombak ketika berenang di pantai. Dan dalam keadaan yang timbul-tenggelam itu, dia berkata “Oh God! If you save me, I’ll work for you”, dan secara perlahan-lahan ombak itu mengantarnya kembali ke pantai. Dan akhirnya dia mulai mencari tuhan.
Abangnya telah memeluk Islam lebih awal daripadanya dan pernah dia mengatakan abang dia gila. Sehinggalah sampai suatu saat abang kandungnya itu telah menghadiahkannya sebuah terjemahan Al-Quran yang dibelinya di Baitul Maqdis. Dan dari situlah ia menyadari akan keindahan Islam.
Apabila dia membuka Al-Quran, dan membaca Bismillahirrahmanirrahim, dia merasakan suatu ketenangan yang tak pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dan surah pertama yang dibacanya ialah surah Al-ikhlas. Dan Alhamdulillah, dari situ, dia mulai memeluk Islam pada tahun 1977, dan menukar namanya menjadi Yusuf Islam pada tahun 1978. Kenapa dia memilih nama Yusuf? kerana dia dikatakan sangat meminati kisah Nabi Yusuf a.s.
Apabila orang bertanyakan beliau kenapa memeluk Islam, apa yang dijawabnya ialah, Islam mengajar bahawa Tuhan itu satu dan dia merasakan amat tenang jiwanya menyelami ayat-ayat ALLAH s.w.t. Allahuakbar, betapa kita melihat di sini akan kebesaran dan kekuasaan mukjizat terbesar ALLAH iaitu Al-Quran sehingga dapat mencairkan hati seorang hamba! Dan kini, Yusuf Islam merupakan seorang muallaf yang sangat tinggi pengabdiannya kepada ALLAH s.w.t dan masih meneruskan dakwahnya melalui hiburan disamping mendedikasikan dirinya dalam dunia pendidikan dan kedamaian dunia, Dan karya-karya lagu islaminya yang terkenal antara lain: A is for ALLAH, if you ask me, I Look I See
Menerusi kisah ini, dapatlah kita mengambil iktibar akan banyak perkara. Pertamanya tentang hidayah ALLAH. Disebutkan di dalam Al-Quran ayat 213 dan 272 surah Al-Baqarah bahawa ALLAH berkuasa memberikan hidayat kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya ke jalan yang lurus. Namun perlu diingat, Hidayah itu tidak datang bergolek, untuk mendapatkannya kita perlu berusaha. Yusuf Islam telah berusaha mencari kebenaran setelah diselamatkan dari maut oleh ALLAH s.w.t. Ini bermaksud, untuk mendapat hidayah yakni petunjuk, kita perlu berdoa dan mencari, bukan hanya menunggu dan menyalahkan ALLAH jika tidak mendapatnya.
Kedua ialah tentang kemuliaan dan peranan Al-Quran itu sendiri. Dalam surah Al-Qamar (surah ke 54) disebutkan sebanyak 4 kali melalui ayat 17, 22,32 dan 40 yang bermaksud " dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?". Telah ALLAH turunkan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w supaya menjadi rujukan hamba-hambaNYA yakni manusia sepanjang zaman. Al-Quran merupakan manual kehidupan bagi manusia untuk menuju jalan yang diredhai. Namun, sejauh mana manusia itu menggunakan akal mereka untuk merenungi pengajaran melalui Al-Quran itu.
Sebenarnya masih banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Namun ana serahkan kepada anda masing2 untuk merenungi dan memikirkannya kerana kita semua berakal dan seperti disebutkan ALLAH dalam ayat ke 7 surah Ali-Imran, " tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal"
Akhirul kalam, moga bermanfaat.. wallahua'alam...
No comments:
Post a Comment