Thursday, June 11, 2009

tokoh yang melahirkan sejarah...

Melihat kepada tajuk, semestinya masing2 tertanya-tanya siapakah tokoh tersebut...masing2 semestinya ingin mengetahui siapa yang ana maksudkan, kerana kebiasaannya seorang tokoh itu dilahirkan oleh sejarah bukan melahirkan sejarah. Sejarah yang seharusnya dikenang oleh rakyat terutamanya rakyat Kelantan seperti diri ana ini..dialah seorang "prime mover", dialah pembina budaya rakyat.

Dialah yang menggenggam erat suruhan ALLAH dan Rasul. Memahami Al-Quran dan Sunnah dan menguasai realiti zaman. Mengharamkan arak, judi dan pelacuran khususnya di negeri Kelantan. Namun, untuk arak, masih diberi lesen kepada non-muslim[dengan syarat menyedia
kan tempat tertutup di kedai], menunjukkan pemimpin Islam ini masih meraikan dan menghormati penganut agama lain. Beliau menonjolkan akhlak mulia, qudwah hasanahnya di mana2. Disayangi rakyat pelbagai kaum dan agama. Dakwah bil hal adalah sebagai seni dakwahnya.

kehidupannya penuh dengan kesederhanaan. Rumahnya biasa2 sahaja. Berdekatan sebuah masjid di Kampung Pulau Melaka. Mengingatkan kita akan kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang juga tinggal di sebuah rumah berdekatan Masjid Nabawi yang hanya be
rdinding dan beratapkan pelepah tamar sahaja. 40% pendapatannya dipotong untuk kebajikan rakyat dan 5% dipotong untuk perjuangan PAS sebagai wasilah untuk menegakkan hukum ALLAH di bumi Malaysia ini. Rumah kediaman menteri besar dijadikannya sebagai penempatan untuk magsa2 banjir.

Dalam menghadapi asakan musuh2 Islam, ALLAH adalah tempat utama pergantungannya. Memimpin puluhan ribu rakyat yang sanggup turun bermunajat di ruangan stadium seawal waktu tahajjud! Air mata yang mengalir insyaALLAH terlalu mahal di sisi ALLAH kerana bukti keikhlasannya dalam mempertahankan Islam di muka bumi ini. Sifat rendah diri dan kepimpinannya telah menarik perhatian beribu malah berjuta lagi manusia di luar kelantan dan Malaysia. Masakan tidak beliau telah disenaraikan antara pemimpin yang layak menerima anugerah Nobel Keamanan versi Asia di Manila. Namun, membuktikan lagi ketulusan hatinya dalam berjuang dan membuktikan kebijaksanaanya dalam menjaga hubungan diplomatik, beliau secara berhikmah menolak anugerah tersebut.

Dialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan d
an juga Mursyidul Am PAS.
Di sini ana sertakan serba sedikit biodata beliau:


Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilahirkan di Kelantan pada tahun 1931. Beliau memulakan pendidikan dalam Bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau menyambungkan pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan memperolehi Master Degree in Arts (M.A) dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik secara sepenuh masa, beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Ma'ahad Muhammadi, Kota Bharu dan juga sebagai pendakwah bebas. Beliau menjadi aktif dalam politik pada tahun 1967, dan dalam Pilihanraya Umum semenjak tahun 1969, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Semut Api. Beliau retained kerusi tersebut pada 1990, dan bila Pas menawan Kelantan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 23 Oktober 1990.

Beliau adalah Pengerusi dan Pesuruhjaya PAS negeri bagi Dewan Ulama' PAS Kebangsaan hingga 1995, dan sekarang beliau adalah Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS. Seorang yang sederhana, beliau lebih dikenali di kalangan penduduk kampung dan bandar sebagai "Tuan Guru" dan beliau tidak pernah berhenti memberikan Kutbah Jumaat serta ceramah-ceramah dari 1969 hingga 1978, dan semenjak 1990 hingga sekarang.

Tuan Guru telah berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

source: www.pkink.gov.my



jika hendak dituliskan tentang dirinya, sumbangan dan pembaharuannya, tidaklah cukup dalam satu post blog sahaja. Mungkin memerlukan sebuah buku seribu page. hehe... mungkin dalam post yang lain ana akan menceritakan lagi sumbangan2 dan pembaharuan yang dilakukan oleh Tuan Guru. Dan ana recommend untuk anda semua membaca buku terbaru yang bertajuk "Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz bin Nik Mat" hasil karangan Abdul Shukur Harun dan Annual Bakri Haron, yang merumuskan tentang beliau. Dan post ana hari ni sendiri pun di refer kat buku ni.



tengoklah gambar kat atas ni... Siti yang famous pun kagum ngan peribadi Tuan Guru..
Salah satu sebab ana wat post ni ialah sbb TGNA adalah Tokoh yang Ana Kagumi selepas Nabi Muhammad s.a.w dan Imam Hassan Al-Banna. :)
tapi satu je yang kurang kat ana ni... walaupun anak kelate..tapi tak penah2 jumpa lagi Tok Guru... huhuhu... maklumlah hidup merantau... tapi takpe, at least dah penah g pusing2 umah dia... nnt planning nk g ziarah Tok Guru kat Pulau Melaka. InsyaALLAH, moga ALLAH perkenankan.. amin...

sekadar itu untuk hari ni... wallahua'alam.. segala yang baik itu dari ALLAH s.w.t

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)