Friday, April 26, 2013

Wahai suami, dirimu sangat diperlukan disaat isterimu hamil, dampingilah dia :)

suami...dampingilah isterimu yg hamil :)

saat isteri hamil, sokongan suami tersayang sangat diperlukan. Suami sepatutnya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi saat2 kehamilan. Pelbagai kesukaran akan isteri rasai sehingga kadangkala pergerakannya terbatas serta tidak aktif sebelumnya.

suami perlu juga belajar serba sedikit mengenai kehamilan melalui pembacaan buku-buku ilmiah, internet dan sbgainya. Anda akan mendapat gambaran jelas dan menyeluruh agar mudah bagi anda untuk memberi respons yg terbaik sepanjang kehamilan isteri dan membantu serta menyokong kehamilannya..




suami....ambil beratlah akan KESIHATAN isterimu :)

dalam post yg lepas, saya ada menyatakan penting utk suami mengambil berat ttg keadaan isteri yang hamil kan. Ada beberapa element yg boleh diambil pemerhatian. yang pertama ialah KESIHATAN.

sebagai suami..anda perlu peka dengan keadaan kesihatan diri sendiri, isteri dan kandungannya. Jika anda seorang perokok, jauhkanlah asap rokok daripada isteri. Jika mampu, berhenti seketika. Ini kerana asap rokok ternyata mampun menjejaskan kandungang si ibu dan anak yg bakal dilahirkan. Selain itu, anda juga perlu peka dengan keadaan isteri, Demam kah dia, peningkah dia...lenguhkah dia. Sekurang-kurangnya sedikit urutan sudah bisa melegakan dirinya yg sedang lemah fizikal dan mental itu :)



suami....jagalah pemakanan isterimu yg hamil :)

semasa hamil, pemakanan isteri anda sangat perlu dititikberatkan. Pada ketika ini, isteri serta kandungan memerlukan pemakanan yg baik supaya bayi yg dilahirkan nnt mempunyai tubuh badan yg sihat dan cergas. Anda boleh juga mula memikirkan makanan tambahan atau vitamins yg penting seperti multivitamin, bcompleks, protein, kalsium dan minyak ikan supaya kedua2 isteri dan bakal bayi akan mendapat nutrisi yg mencukupi sepanjang masa utk memberi tenaga fizikal dan mental :)


wahai suami...pastikan persekitaran isterimu bersih :)

persekitaran amat mempengaruhi mood dan kesihatan isteri anda pada waktu kehamilan. Pastikan persekitaran sentiasa bersih, tidak berbau, dan sedap mata memandang untuk memastikan isteri anda sentiasa dalam mood yg baik. ye lah..tgh mengandung..hormon tidak stabil..kalau persekitaran kotor jadi mudah tertekan. So, suami bantulah ye kerana isteri pun mungkin tidak larat utk mengemas dsb.

selain itu, pastikan persekitaran isteri anda seperti rumah dan tempat kerja tidak terdedah kepada risiko tertentu seperti terdedah kepada bahan-bahan kimian. Jika tidak mampu mengelakkan, paling kurang cuba kurangkan pendedahan kerana bahan kimia sgt merbahaya kepada ibu dan boleh menyebabkan risiko ketidaksempurnaan pada bayi. Jika mampu, bawalah isteri bercuti atau melancong ke tempat2 yg menarik utk mendapat udara segar.



wahai suami... temanilah isterimu ketika pemeriksaan kehamilan :)

ketika tempoh kehamilan, isteri dikehendaki melakukan pemeriksaan secara berkala di pusat kesihatan. Oleh itu, bantulah isteri anda dengan menemaninya setiap kali melakukan pemeriksaan kandungan. Dengan ini anda dapat memastikan keselamatannya seta boleh mengeratkan hubungan anda dan isteri anda. Ia juga dapat mengawal dan menenangkan emosi isteri anda yg sedang menghadapi fasa yg mencabar.

suami..belaianmu bisa mencairkan hati isterimu.. dampingilah dia selagi termampu :)



wahai suami... doakanlah isterimu selalu :)

pada saat kehamilan, isteri sentiasa resah memikirkan tentang proses kelahiran. Tidak tahu selamat atau tidak. Oleh itu, tenangkan hatinya, dan berdoalah utk keselamatan isteri dan anakmu. Insya ALLAH, tenanglah hatinya :)


salam sayang daripada:

Ummu Umar, 
013-4404869
this posting inspired by, Diari Kehamilan keluaran Telaga Biru :)

1 comment:

  1. Done follow yg ke 16 ^_^
    Jom follow saya http://sharetogether13.blogspot.com

    ReplyDelete

Follow us for more tips :)