Thursday, July 18, 2013

Kebaikan bulan Ramadhan :)


sesungguhnya kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan telah difirmankan ALLAH di dalam beberapa surah di dalam Al-Quran. Antaranya ialah surah Al-Baqarah ayat 185 yg terjemahannya berbunyi:

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur

ha..kan..panjang lebar ALLAH dah explain dalam ayat ni... dan sesungguhnya puasa tu mmg x boleh disangkal kebaikannya. Kalau dilihat, puasa ni ibadah yg seakan2 melatih kita ke ibadah haji. Kan..kalau dalam ihram tak boleh pakai perfume kan...dlm puasa kan perfume pun maksruh kan...lebih kurang gitulah.


btw, di bulan puasa inilah kita nak latih diri jadi lebih baik kerana pada bulan puasa ni:


1. Kita melatih utk bertakwa - takwa ni takutkan ALLAH. kita puasa seharian, kita rasa takut nk langgar pantang larang puasa seperti makan, minum serta melakukan maksiat dan semua tu atas dasar takutkan ALLAH. Buat apa yg disuruh tggal apa yg dilarang.


2. Melatih utk bersabar - tahan diri dari dosa serta kawal kemarahan


3. Lebih dekat dengan ALLAH- sbb ramadhan ni bulan ibadah. Jadi banyak masa kita dihabiskan untuk ALLAH pada bulan ni. Cinta lagi mekar kepada pencipta kita


4. Waktu terbaik untuk bertaubat dan berubah jadi lebih baik. Sbb masa ni yg tggal hanya utk didik nafsu..syaitan sudah dibelenggu kan. Jadi proses nk jadi baik tu lebih mudah, moga kekal sehingga bulan2 lain


5. Melatih diri utk jadi lebih pemurah- kerana bulan ni ALLAH tidak limitkan pahala kita, Allah sendiri yang akan bagi ganjaran pahala. jadi masing2 berlumba untuk rebut pahala melalui ibadah asas, ibadah sunat serta sedekah jariah


6. Mendisiplinkan diri - pada Ramadhan ni la kita sentiasa bangun awal pagi untuk beribadah dan bersahur. Dan pada siangnya kita tetap ada masa utk mendengar tazkirah serta membaca Quran. Dan banyak masa kita untuk menyiapkan tugasan harian sbb tak sibuk nk pergi lunch dsb. Kalu kita lihat, bulan puasa ni antara bulan paling ramai org datang kerja awal, dan balik pun awal...hehe


ha...kan...tak dapat disangkal lagi kebaikan bulan Ramadhan. Sbb tu lah dianggap perayaan bagi org Islam. Bulan yg paling dinanti oleh seluruh umat Islam. Kalau diikutkan sirah, sebelum kedatangan Ramadhan, para sahabat bersiap bersungguh2 ingin menyambutnya. Saidina Umar al-Khattab juga sentiasa memperbesarkan bulan Ramadhan sehingga menyebut-nyebut " Ahlan ya Ramaadhan, Ahlan ya Ramaadhan..."


so, semua...kita gunakan Ramadhan ini sebaiknya untuk menjadikan kita insan yang lebih baik...andai ini Ramadhan terakhir....


salam sayang,


Ummu Umar

013-4404869 :)


No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)