Friday, October 10, 2014

KISAH HAJI FREE SAIFUL NANG

Alhamdulillah.. dikala malam ini, hati disentuh dengan sebuah kisah inspirasi dari saudara Saiful Nang, saya abadikan disini utk motivasi saya dan kawan2 juga. jemput baca :)


KISAH HAJI FREE SAIFUL NANG
Tahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan kepada saya sebagai satu hadiah.
Pertengahan tahun 2012 semasa saya merancang untuk menunaikan umrah, pada ketika itu ayah saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah. Lalu, saya serahkan apa yang saya ada untuk dahulukan ayah saya dan ibu tiri saya untuk pergi dahulu. Saya tidak terasa sedih atau menyesalpun dan dalam hati saya meyakini Allah punya cara lain untuk membalasnya.
Selang beberapa bulan pada awal 2013 (tahun lalu) saya ditawarkan oleh sepasang pengantin dari Sarawak untuk mengambil foto mereka bernikah di Masjidilharam. Tanpa menoleh saya jawab "YES" saya mahukannya. Bukan sekadar saya dapat umrah bersama mereka secara percuma, malah perkhidmatan saya tetap mereka bayar seperti biasa tanpa ada kekurangan sedikitpun termasuk yuran tugasan luar negara selama 11 hari.
Satu balas satu. Allah beri lebih lagi. Dapatlah saya umrah FREE.
Semasa di Mekah dan Madinah, saya sangat terharu dan saya fikir ramai anak-anak saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga golongan asnaf kurang berkemampuan patut pergi ke tanah suci juga. Lalu pada ketika itu saya menemui ilham untuk menjual foto-foto saya. Hasil jualan itu adalah untuk menghantar mereka yang kurang berkemampuan ini untuk mengerjakan umrah.
Dari bulan May 2013 - Sept 2013 saya bergiat untuk menjual foto-foto indah dari Tanah Haram untuk mereka yang meminatinya. Pada ketika itu jualan yang diperolehi tidaklah banyak sangat. Saya anggap projek itu hanya mencapai 5/10 sasarannya. Namun saya tetap berusaha juga dengan melaburkan sejumlah modal untuk pembangunan galeri dan mesin percetakan yang lebih baik dengan harapan ia akan berubah menjadi lebih baik dari segi jualan.
Kita merancang Allah yang tentukan...
Sep 2013 saya mendapat panggilan dari Tabung Haji Travel semasa saya di Albany, Australia dengan panggilan singkat menawarkan
"Tuan Saiful Nang, minat nak pergi haji dengan kami tak? haji jadi fotografer kami...dan semuanya kami beri pecuma dan kami bayar token perkhidmatan".
Meluru TANPA fikir panjang saya jawab "YES". Sebenarnya pada tahun 2007 saya pernah ditelefon oleh syarikat yang sama menawarkan tawaran yang sama, tetapi notis pendek dan ketika itu saya di Melbourne untuk satu tugasan percetakan album Tuanku Sultan Brunei. Pada ketika itu saya diuji, untuk jawab seruan Allah ataupun uruskan kerja. Mungkin pada ketika itu, hati tidak cukup terpana dengan panggilan itu. Lalu saya hanya berikan alasan "Saya tiada di Malaysia sekarang".
Tawaran Sep 2013 tahun lalu memang tidak saya fikir banyak sekalipun saya perlu ambil tiket balik serta merta. Namun bila jawapan diberikan "Ya", Allah juga tidak zalim dan saya diberitahu untuk habiskan urusan di Australia dan sekembali ke KL terus berjumpa mereka untuk urusan dokumentasi.
Saya tidak pernah ada buku simpanan tabung haji tetapi saya dapat pergi haji atas panggilan Allah. Itulah hadiah yang saya dapati. Sekalipun saya menjadi petugas biasa, tetapi menjadi petugas bukanlah satu perkara mudah. Kita bukan sekadar membantu diri sendiri tetapi membantu orang lain mengerjakan haji juga.
Saya tidak bayar 1 sen pun untuk pergi mengerjakan haji tetapi saya berada dalam kelas pakej tertinggi dan mampu makan apa yang mereka makan juga tidur di tempat mereka tidur (cuma mereka tidur 2 orang sebilik, kita pakat tidur 11 orang 1 bilik), naik kenderaan yang mereka naiki. Sudahlah dapat haji FREE, dapat lompat pakej Almaas, Zamrud, Topaz, Nilam dan Aked. Mana selera nak singgah...singgah sahaja mana-mana antara pakej tu. Tapi kena kerja ambil gambar kan?? Heheheh...kalau tiada orang upah saya ambil gambar pun saya tetap ambil gambar. Jadi rasa macam tak ada komitmen sangat lah kecuali kena ikut jadual jemaah mengikut pakej yang saya ditugaskan 
Kalau tak pun...saya kena ikut jadual pakej juga kan?
Sama sahaja 
Kedudukan saya di situ membolehkan saya pergi dari atas ke bawah. Orang dari bawah dihalang untuk merasai apa yang di atas tetapi dengan jaket Tabung Haji, saya sering menziarahi penginapan jemaah haji muassasah dan sering juga terhibur berkongsi makanan dalam tray yang sama dengan jemaah yang sakit sambil menyuapkan mereka. Saya juga sering ambil kesempatan untuk melepak di bawah kolong menara jam yang megah itu di tempat jemaah haji India dan Pakistan melabuh rehat sementara menunggu masuk waktu yang lain.
Ia membuka mata saya kepada dunia atas dan dunia bawah. Saya dapat lihat selonggok daging steak yang diambil dan dijamah sesuap kemudian ditinggalkan. Saya juga merasa melihat, sisa makanan kelas atasan menjadi makanan marhaen di bawah kolong hotel 5 bintang dalam satu rantaian makanan yang menampar muka saya untuk tidak sesekali membazir dan bermewah-mewahan dalam urusan makan.
Pada hari akhir, saya mengucapkan terima kasih kepada salah seorang petugas Tabung Haji Travel di Jeddah semasa saya berangkat pulang dengan KT65, saya katakan kepada beliau "Terima kasih kerana beri peluang saya pergi haji FREE".
Beliau menjawab "Pakej haji kamu telah dibayar awal tahun ini semasa kamu membantu mencukupkan bajet orang lain menunaikan umrah dengan hasil jualan foto kamu atau mungkin lebih awal lagi dari itu...Allah tak pernah beri haji percuma TANPA PENGORBANAN".
Dalam kapal terbang....aku memandang ke langit kosong dan menyaksikan kalimah kebesaran Allah itu ada dimana-mana di antara langit dan bumi. Mengapalah aku tak nampak dari dulu lagi. Kenapalah aku bodoh sangat berfikir rezeki itu aku dapat kalau aku kerja semata-mata dan menabung...sedangkan pada Allah semua yang aku dapat itu mudah sangat untuk Dia jadikan (sambil menghantuk-hantuk manja kepala ke tingkap kapal terbang).
SAIFUL NANG
Catatan Haji 1434H

Alhamdulillah, semoga kita juga dipermudahkan ALLAH utk menjadi tetamuNYA di Baitullah. Ameen

-Tahukah anda dgn shaklee anda berpeluang mendapat umrah free?? jom risik skrg!-
Ummu Umar, 013-4404869 :)

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)