Saturday, June 23, 2012

ketahui beberapa faktor KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN?

Assalamualaikum w.b.t! salam ceria smua! ha..hari ni sy nak lontarkan satu soalan kepada semua. pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak merasakan apa2 kesan kepada diri anda apabila anda mengambil vitamin? dlm erti kata lain, anda rasa vitamin tu tak menjadi la...huhu. sudah pasti anda tertanya2 kenapa kan... ha..sudah mesti anda tertanya-tanya kenapa kan... ok, oleh itu, marilah kita sama2 ikuti perkongsian di bawah ini untuk menjawab segala persoalan anda itu. credit 


_________________________________________________________________________


Salam subuh kepada semua...Dah solat subuh? Kalau yang belum solat subuh tu...dahulukan solat dulu ye sebelum teruskan membaca blog saya ni:). Supaya ia lebih berkat:). Pagi ni saya nak berkongsi beberapa tips kenapa pengambilan vitamin tidak berkesan...Terima kasih kepada Kak N di atas perkongsian ini:). Jom kita baca bagi menambah ilmu kita...

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.


Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Yang terbaik, 1 liter perlu diambil bagi berat 25kg. Tips ni juga untuk orang nak kurus...Jadi kalau kita berat 50kg, air yang diperlukan oleh badan ialah 2liter sehari...iaitu 2 liter ni diminum dalam masa 24jam:)





2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Alfafa juga tidak boleh diambil oleh pesakit SLE..



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.



________________________________________________________________________


ha.. fakta dan panduan yang sangat berguna kan? sbb itulah, kalau sape2 yg brtnya saya kenapa dia rasa vitamin tak bg apa2 efek pada dia, saya akan terus bertanya, air cukup x? mkn ikut jadual x? minum skali ngan teh ke? dan bla3..haha. tny bukan sbrg tny tau, tny sbb kita mmg ade guideline yg perlu diikut..hihi


berminat nak cuba shaklee? hubungi rashidah juhari at 013-4404869 yer!


babai!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)