"wah akak... 3liter air sehari? x bahaya ke? nnt kang terlebih2 air pulak dalam badan ni, bahaya tu kak"
hehe...saya hanya mampu tersenyum dan tergelak bila ada yang mengadu macam ni kat saya...ye la... 3liter je kot...mane ada nak terlebih2..kurang ada la..
yela...kalau kita tak ambil vitamin pun kita kena pastikan air dalam badan ni cukup..apatah lagi ambil vitamin kan... kalau air tak cukup, macam mana zat2 nak mengalir dan menyerap dengan sempurna ke sel kita? macam mana nak buang toksin2 dan kotoran2 dalam badan tu kan??
ok, hari ni saya akan kongsikan sedikit artikel berkenaan pengambilan air. adakah kita benar2 sedar akan kepentingan mengambil air kosong....sejauh mana kita tahu keperluan air dalam badan kita.
menurut apa yang saya mampu ringkaskan daripada artikel about water wisdom yang saya petik dari majalah kesihatan dan kecantikan..(GLOW, version Aug 2012)
badan kita ni terdiri drpd 65% air. dan air ini digunakan oleh hampir semua organ badan dan sangat2 diperlukan dalam pengawalan suhu badan. Air bertindak sebagai pelembap kulit dan memastikan pengaliran darah yang lancar dalam tubuh badan.
walaubagaimanapun, air akan kehilangan dari badan kita apabila berpeluh, bernafas dan membuang air besar/kecil.Mmg mudah sangat2 hilang dari badan. Sebab tu lah kita dinasihatkan mengambil dalam 2-3 liter air sehari (8-10 gelas ) sehari untuk menampung kehilangan air ini. Panduan yang paling mudah untuk memastikan kita mendapat air yang mencukupi atau tidak adalah dengan melihat warna dan bau urin kita. Jika tidak berbau dan warnanya tidak pekat (jernih atau putih kekuningan) itu menunjukkan kita mengambil air yang mencukupi. tapi jika tidak, adalah sebaliknya.
kita perlu minum lebih banyak air dalam situasi tertentu seperti:
- bila cuaca sangat panas, kita berasa tidak sihat dan seperti hendak demam
- jika kita mengandung dan sedang menyusukan anak
- sebelum dan selepas senaman
- ketika dalam kapal terbang yang mana udara sangat kering. dalam situasi ini badan kita boleh kehilangan sehingga 1.5 liter walaupun dalam penerbangan yang singkat!
ha...tgk tu..mudah sangat badan kita kehilangan air kan??
bagaimana pula jika kita mengambil terlalu banyak air? boleh ke?
untuk pengetahuan kita, memang susah untuk minum banyak air, tapi ia tidak mustahil. Seorang dewasa sebenarnya boleh minum sehingga 15 liter air sehari! tetapi, pakar menasihatkan adalah lebih baik untuk kita minum air secara sikit2 sepanjang hari..bukanlah terus habiskan dalam satu masa. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya "hyponatraemia" keadaan dimana paras garam dalam darah menjadi sangat2 rendah mencapai tahap bahaya.
ha...segalaya sudah terjawab di sini.. kalau setakat 3liter air tu , xda apa sangatlah kawan2.. sbb kita boleh minum sehingga 15 liter! tapi janganlah sekaligus..haru nnt..huhu
tapi apa yang saya ceritakan di atas ini adalah untuk sistem badan yang normal. jika anda adalah antara orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti masalah buah pinggang, perkumuhan dan sbgainya, jumlah air yang perlu anda ambil bergantung kepada recommendation doktor dan pakar anda :)
oklah kawan2..saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama.
jom amalkan meminum air putih dengan mencukupi untuk kesihatan kita :)
salam sayang..
Ummu Umar 013-4404869 :)
No comments:
Post a Comment