Friday, March 15, 2013

Hukum MENIPU TESTIMONI

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ni terbuka facebook dan terjumpa satu sharing yg sgt menarik dan bermanfaat. ringkas tapi padat penerangan by Ustaz Zaharuddin. Tentang Hukum menipu testimoni. Ye la kwn2, skrg ni mcm2 produk ada kt pasaran dan sampai ada pihak2 tertentu sanggup Overclaim product dan mengupah org2 utk memberi testimoni yg FAKE!

alhamdulillah..stkt apa yg sy share hr ni..semuanya Original dari pengguna yg dishare di group atau secara personal. demi ALLAH, kami tidak mahu mendapat saham Menipu kerana kami yakin ALLAH itu maha mengetahui kan...

so, hayatilah kata2 Ustaz dibawah sbgai panduan kita :)





Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman:

TESTIMONI sesuatu produk dan program MESTILAH dinyatakan secara ikhlas dan tepat oleh pengguna atau peserta sebenar. Sebarang rekaan testimoni, ubah suai, testimoni dengan upah adalah satu bentuk promosi perniagaan yang HARAM dan boleh jatuh dalam kategori jualan bai' an-Najsh yang diharamkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Testimoni juga TIDAK BOLEH melampau seperti seolah wajib sembuh, confirmed hilang jerawat, pasti terbaik di dalam dunia, wajib laris dan seumpamanya, kerana semua itu adalah seperti bersumpah bagi melariskan produk. Ia dinyatakan oleh Nabi dalam hadisnya sebagai mampu melariskan barangan tetapi menghilangkan keberkatan.

semoga bermanfaat.

Salam sayang dari Ummu Umar
Healthy is Happiness
013-4404869 
shaklee ID : 867851  

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)