Monday, April 16, 2012

bagaimana ingin tampil cantik dan bertenaga?

source

Duduk Secara Betul - Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan menggambarkan bahawa  anda  berkeyakinan dan sentiasa bertenaga.  Jika anda duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul pula akan menyebabkan sakit tulang belakang serta  boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Jaga Kesihatan Gigi - Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan anda tidak ambil peduli mengenai  penjagaan gigi. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Selalulah Ketawa – Jika anda selalu senyum danketawa, ia boleh meleraikan dan melegakan kekusutan serta membuatkan anda awet muda dan nampak berseri. Ketawa adalah penawar duka selain bertindak sebagai suatu bentuk senaman dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

Jangan Malas Berjalan - Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalanlah 30 minit sehari  untuk 3 kali seminggu kerana ia membantu anda berasa cergas dan sihat serta mencantikkan kulit wajah.

Berhenti Merokok – Sesungguhnya merokok mempercepatkan proses penuaan.  Memang benar tabiat suka merokok sukar diberhentikan.  Namun, jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas anda juga tidak lagi berbau asap rokok. Hidup anda akan lebih sihat dan bertenaga.

Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi - Kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Jika diambil secera berlebihan ianya akan membuatkan anda kerap ke bilik air dan membuatkan kulit kering serta mempercepatkan timbulnya  garis penuaan di muka anda. Jika mampu, kurangkan pengambilan kopi hanya untuk 3 cawan sehari.

Makanan Berkhasiat - Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

Makanan Tambahan - Vitamin dan mineral  penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.


Tidur Yang Mencukupi - Manusia memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.
___________________________________________________________________
jika anda rasa anda perlukan vitamin tambahan, jangan segan silu, jangan bertangguh2 untuk hubungi saya untuk sebarang pertanyaan =)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

regards,
ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
013-4404869

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)