Thursday, August 1, 2013

Tips penyusuan : ketahui apa itu power pumping

Assalamualaikum! walaupun bulan ni ada promosi Set Kesihatan Sendi, saya tetap tidak lupa untuk berkongsi tentang Tips penyusuan dengan kwn2 semua. Alhamdulillah...baru sempat nak berkongsi tentang power pumping. Power pumping adalah teknik yg sgt penting dikuasai oleh ibu2 semua untuk memastikan susu dapat dihasilkan dgn banyak. So, jom kita belajar :)

Apa itu Power Pumping?
  • Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.
Siapa Perlu Buat Power Pumping?
  1. Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
  2. Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
  3. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
  • Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.
  • Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 20minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam. Summary nye macam dalam poster dibawah ni.

Saranan Waktu Mengepam?
  • Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.
Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
  • Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah.
ha...itulah dia power pumping... ibu2 kat luar sana buat x??? kalau tak buat jom buat skarang...haha. dan jangan lupa ambil juga supplement untuk bantu penghasilan susu dgn lebih lancar. Tujuan supplement adalah untuk menampung apa yg kurang..supaya badan segar bugar dan tidak stress. Susu pun lagi pekat tau :) oklah, saya doakan ibu2 semua dapat menyimpan stok susu dgn sbnyknya demi yg tersayang :)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui : 


Email : shadiraakashi@gmail.com 
SMS/ WhatsApp : 0134404869 
Facebook Page: Ummu Umar's Choice 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)