Thursday, May 2, 2019

TIPS MENYEMAI RASA CINTA DGN PELABURAN PUBLIC MUTUAL ;)

1. Mulakan simpanan pelaburan dengan Public Mutual hari ini. Tidak terhad kpd €pF, lump sum cash dan DDA pun ada.

2. Amalkan menyimpanlabur secara konsisten. Setiap bulan utk DDA, setiap quarter untuk €pF. Patuhi konsep Dollar Cost Averanging untuk memaksimumkan keuntungan. Ingat... perlu konsisten utk merasai kesannya!

3. Ikut tips2 yang diberikan oleh kosultan unit trust anda dengan betul. Especially berkaitan time horizon. Perlu ada jangka masa tertentu untuk optimumkan pelaburan. Jika ada masalah.. terus berhubung dengannya. Bincang dengannya apa constraint yg anda alami. Pasti, konsultan yg cemerlang akan ikhlas memberi nasihat yg terbaik mengikut keadaan anda.

4. Rajinkan diri anda membaca atau mengkaji tentang kebaikan2 pelaburan Public Mutual Unit Trust. Sangat banyak dana2 bagus yang dibuka serta bnyk tips yang boleh diperolehi dari mereka yg sudah lama berkecimpung dalam bidang ini tau.

5. Jgn lupa niatkan di dalam hati untuk mendapat manfaat pelaburan yang lebih baik kerana Allah. Supaya dapat kita gunakan keuntungan itu utk perkara yg diredhai.

Selepas dah follow semua steps di atas.. insya Allah anda akan rasai bezanya dgn pelaburan di Public Mutual.

insya ALLAH.. SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG ;)

Regards, Farhan & Rashidah Wealth Planner 019-916-7880 013-440-4869

Sunday, September 30, 2018

CELEBRATE YOUR OWN SUCCESS


[SELF-REWARD]

Ia sgt penting bg Kak shidah since akak anggap it is  part of way to celebrate our kejayaan. Kejayaan apa?

Dalam hidup kita.. Banyak kejayaan yang dah kita kecapi.. Cuma kdg2 kita yang x sedar atau mungkin tidak menghargai..

Bagi kakshidah.. Sekecil2 kejayaan patut kita raikan.. Cthnya:

❤️Dapat kerja itu 1 kejayaan..
❤️Dapat rumah atau kereta idaman itu 1 kejayaan...
❤️Melahirkan anak 1 kejayaan..
❤️Dapat capai target biz harian 1 kejayaan..
❤️Dapat masak utk anak2 dan suami itu 1 kejayaan..
❤️Dapat habiskan 1 buku setahun pun satu kejayaan
❤️Dapat ziarah mak ayah dikampung pun 1 kejayaan
❤️Dapat breastfeed anak pun 1 kejayaan..

And the list goes on...

Banyak dan terlalu banyaklah kejayaan yang sepatutnya kita sendiri raikan. Nak tggu org raikan mungkin jarang sekali kita dapat.😉

Jadi tak salah sekali sekala reward diri dgn apa yg kita suka. Self-reward bkn bg hadiah semata2.. ambil me time.. pergi melancong..makan2.. pun dikira self reward. Ada juga yang jenis suka belanja org.. ada juga yg melompat2 atau menjerit2 sambil berlari-lari telling the world that you have made it! 🤣.

So.. Be proud of your success and celebrate it! Tu salah satu cara utk keep on motivating yourself!

Btw..kalau ada yg nak belanja kak shidah sempena kejayaan sendiri.. KakShidah sudi sangat2. I'm waiting😉😉

#selfreward
#celebrateyourownsuccess

Friday, September 28, 2018

YOUTH LUMINOUS GEL CLEANSER

Finally setelah sekian lama mengidam YOUTH! Aumm! Haha

Awal2 YOUTH keluar kakshidah excited nak cuba. Tapi x beli sbb xde loosepack. Mmg sejenis xnk tggung risiko beli 1set takut x pakai atau xsesuai.

Masa preggy pakai cleanser bodyshop vit E yg pink tu sbb rasa bau dia wangi sgt and dia soft. Lepas preggy rasa busuk pulak haha. Kebetulan ada balance sket lagi cleanser bodyshop and youth pun dah ada loosepack..

kakshidah nak cuba dlu cleanser youth ni.Sekali guna tadi rasa okay sbb Youth Luminous Gel Oil Cleanser ni mcm soft jugak dgn kulit akak yg jenis sensitif ni. Kalau kesan x ok nanti akak buat sample je lah haha🤣🤣Tapi bau dia akak x berapa nak okay sket. hope boleh bertahan huhu

*gambar ni kan walau filter 0 sbb selfie guna huawei dia still fake. Haha. Kalau lah kulit mmg cantik gitu.. Xyah beli youth pun xpe. Igt sng ke nok hilang parut marut kt muka ni 😂😂

Wednesday, September 26, 2018

TIPS AWET MUDA

Dalam beberapa tahun lepas saya pernah bersembang dengan seorang senior tentang ibunya yang kelihatan awet muda di usia 60-an.

Bukan sahaja muka nampak muda tapi badannya sentiasa bertenaga. Katanya salah satu amalan ibu dia adalah setiap hari consume Vitamin C Shaklee. (ya.. Dia mention brand Shaklee) Itu salah satu.

Mungkin ada lagi tips lain seperti jaga makan dan bersenam tapi tak sempat nak riki2 pulak. Jadi untuk awet muda.. Kena ada healthy lifestyle.

Makan supplement yg diiktiraf setiap hari dikira healthy la kan berbanding makan kepci hari2. Tapi kalau mkn supplement pun.. Tp malas jaga makan n bersenam.. Tak ke mana..

Ok..igtkn diri sendiri je ni :)

Regards,

Puan Shidah
013-440-4869

TEMPOH BEKERJA



Perasan tak
Sepanjang kita hidup
Umur kita tak bekerja, lagi panjang dari umur bekerja

Tak bekerja
1thn - 25thn = 25thn

Bekerja
 25thn - 55thn = 30thn

Tak bekerja
55thn - 75thn= 20thn

30 tahun saja masa untuk kita bekerja cari wang utk waktu tua.
Bila tua nanti kita kena sihat dan kena ada wang. Masa 30tahun ni la yg menentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita

#savingforretirement
#startearly
#unittrust
#eastcoastteam
#publicmutual
#terengganu

Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880/013-440-4869

Saturday, August 11, 2018

Cash Investment

[Tips Pelaburan FRVentures Empire]

Cash yang dilabur ke unit amanah jangan dianggap saving emergency kerana konsep pelaburan adalah jangka panjang.

Untuk mendapat profit yang maximum perlukan masa yg panjang (7-10thn). Kalau dianggap simpanan emergency.. Ada kemungkinan semasa tiba2 nak guna tu harga unit tgh menurun..jadi modal pun dh kena makan sket.

Jadi.. Kalau nak labur cash.. Pastikan nilai yg dilabur itu adalah lebihan setelah ditolak perbelanjaan wajib dan saving emergency anda dulu. Supaya tiada bad history di kemudian hari.

Buat 1 akaun bank khas utk saving emergency anda. Bukan akaun pelaburan

#FRVenturesEmpire
#ShariahInvestment
#CashInvestment

Regards,
Farhan & Rashidah
Wealth Planner
019-916-7880/013-440-4869

Tuesday, March 27, 2018

PELAN PERSARAAN melalui PELABURAN💸💸

Ok..hr ni lunch hour nk lyn ikan singgang..sblom tu kshidah nk main kira2 sket retirement plan. Ni cth je la tau.

🍀If kakshidah mulakan buka akaun RM1000,
🍀bulan2 buat potongan akaun RM100,
🍀Utk 25thn lg sblom retire
🍀Dgn anggaran average 8% annual interest rate(biasa bleh g lebih tggi..ni kshidah set minimum)

Jadi lepas 25 thn kakshidah cuma invest 💸RM 31k tapi dpt tebus dgn value 💸RM 98k. Perghh...klu lah kshidah biar je duit tu kat dlm simpanan biasa agak2 jd apa?hihi

So..kwn2 cuba check skrg.. ada x lebihan 1k utk buka akaun dlu. Dan 100 stiap bulan utk direct debit ke unit trust. Kalau ada, roger kshidah,kita sign MOA slaluh😘😘



Tuesday, March 13, 2018

SMART INVESTOR AND DIVERSIFICATION



Lama kakshidah x cerita pasal investment kan?ok ni nk cerita 😉

Kdg2 bila kakshidah tny prospect..dh buat retirement plan dgn public mutual?ada yg jwb.. sy dh ada pencen,ada  TH,ASB,EPF dah beli tanah... dsb.

Alhamdulillah..bila dgr jwpn mcm ni..kakshidah rs best sgt sbb betapa celiknya dia dgn saving investment.

Tp kakshidah akan mnta mereka buat satu bulatan besar bahagi kpd 7@8bhgn mcm dlm gambar ni.listkan stiap ruang dgn jenis investment yg dia dh ada. Dan cuba tgk ada brapa lagi ruang kosong? Biasanya akan ada 2@3 lg kan?so..kenapa dibiarkan kosong? Sbb lagi bnyk tabung yg kita ada lagi terjamin future kita. Diversify org kata.

Sbb kita kna paham stiap saving investment yg kita buat ada purpose n limitation masing2. Cthnya..kakshidah pernah jmpa org yg kurang invest cash..tp dia invest ke properties je.
Tp kalau emergency.. nk pakai duit in small amount..xkn mudah nk jual tanah or rumah sedebuk sebijik kn?tp klu kita ada sket2 cash kt mana2 leh la tebus sket wat gula2 org kata. Emas pun boleh.Btol kn?

So..apa yg kakshidah nk anjurkan..diversify your investment. Be a smart investor. In future kita akan berterima kasih dgn adanya bnyk tabungan ni. 3 vs 7 tabung mana agaknya yg korang prefer? Think about it! 😉

Klu tny kakshidah..yg kosong2 tu kakshidah isi dgn apa? Of koz PRS dan Public Mutual😘😘😘

Saturday, January 27, 2018

PRIVATE RETIREMENT SCHEME

[POS PANJANG TETAPI WAJIB BACA UNTUK YANG NAK BERSARA TETAPI INCOME MASIH BERJALAN UNTUK SURVIVE]

Kak shidah berhutang 1 post berkaitan dgn PRS. mnta ampun semalam xleh nk mengarang kenyang sgt mkn chicken grill😉

Btw.. apa itu PRS yg sbnrnya?
PRS adalah singkatan kepada Private Retirement Scheme yg telah dilancarkan kerajaan pada tahun 2012. PRS ni adalah salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan saving hari persaraan terutamanya untuk pekerja swasta yg tidak mempunyai skim pencen seperti penjawat awam. Walaupun mempunyai EPF, ada bukti2 yang telah diceritakan dalam akhbar&media sosial menyatakan kebanyakan dari kita tidak mampu survive hanya dgn 1 dana EPF. Kita kena ingat.. kadar inflasi semakin hari semakin meningkat.

Btw.. PRS ni konsep dia sama juga dgn EPF. Cuma kena mencarum sendiri. Bila membuka acc PRS.. Duit kita akan dibahagi 70/30 kpd 2 akaun. Acc 1 sbnyk 70% dr caruman mmg tidak boleh dikeluarkan sehingga 55tahun.acc 2 sbnyk 30% dr caruman boleh dikeluarkan sblm umur 55 tetapi akan dikenakan penalti sbnyk 8%

Akaun PRS boleh dibuka dengan amaun rm1000 minimum. Dan diteruskan dgn minimum caruman rm100 sebulan(bulanan adalah optional ttpi sgt2 digalakkan sbb kita nk make sure modal sntiasa ditambah utk pulangan yg lebih besar dimasa hadapan)

Akaun PRS boleh dibuka melalui ejen2 yg sudah mempunyai lesen PRS melalui mana2 syarikat unit amanah. Mereka adalah ejen yg dilatih khas untuk merancang pelan persaraan anda melalui PRS atau Unit Trust.

Dan bermula tahun 2017 hingga 2018 kerajaan menawarkan rm1000 incentive kepada mereka yg berumur 20-30 tahun yg memulakan saving minimum rm1000 di akaun PRS. Sbb tu kak shidah ckp.. yg dh nk dkat due birthday ke 31 tu cepat2 grab peluang ni. Xbnyk.. simpan 1k je dlu. Lepas tu fikir bulan2 je nk topup berapa.

1 lagi yg bestnya PRS ni.. kita layak dpt pengecualian maximum rm3000 dari income tax bila mencarum di PRS. Berbaloi sgt2 kn?

Dan utk pengetahuan..kawan2 kami yang bekerja di sektor kerajaan dan mempunyai skim pencen juga ada yg mencarum di PRS. back up plan katanya utk survive dan of koz utk pelepasan cukai 😊

Jadi..best ke kalau pencen nanti ada dua2 duit EPF dan PRS?? mak bapak stable kewangan anak2 pun tenang jiwanya nanti. Matlamat kita buat saving investment bukan utk jadi kaya raya sgt.. tetapi kita nk survive..at least boleh maintain lifestyle skrg. Dh 55 nt gaji xde tau...kna sedar tu😅😅

#inculcatesavingculture
#privateretirementscheme
#unittrustsavinginvestement

Friday, January 26, 2018

WIRDORA SWAROVSKI HIJAB PIN & BROOCH, MENYELESAIKAN MASALAH WANITA BERHIJAB!

Alhamdulillah,

Secara official, kak shidah dah sah sebagai one of sales agent of product exclusive,
WIRDORA SWAROVSKI HIJAB PIN dan BROOCH.

Kak shidah nak cerita sket apa yg special dgn wirdora swarovski hijab pin ni :)
 
  • Pin yg tajam tidak merosakkan tudung
  • Design yg menawan pelbagai bentuk
  • 100% original crystal from swarovski...
  • 2 bulan warranty utk setiap pembelian
  • confirm tidak hilang sbb sayang lebih berbanding pin biasa :)
  • pelbagai pilihan kotak untuk dijadikan hadiah
 
Ia sangat2 mampu menyelesaikan masalah para wanita berhijab dan itulah impian kak shidah :)
 
Jadi, kalau sesiapa yang berminat nak dapatkan produk ni dengan kak shidah, boleh hubungi 013-4404869 atau lawat saja FB : Ummu Umar's Choice , IG : WirdoraSwarovskibypuanshidah.
 
antara stok yang ada seperti di bawah ni:
 




 

Saturday, January 13, 2018

BELANJA OR SIMPAN DULU?

Bila dh cecah 30-an ni kak shidah dah xfikir banyak pasal benda lain dah. Hari2 dok fikir education anak2, persaraan dan kesihatan keluarga. Material spt kereta baru, melancong tu bkn keutamaan sgt dh..cuma bonus lah kalau dapat sbb ada la juga allocate small portion dlm tabungan(tp mana tahu kot2 dpt sponsor jatuh dari langit Alhamdulillah sgt😍😘).

Pasti, kita mahukan yg terbaik utk diri dan keluarga kan? Sbb tu kak shidah berazam utk terus mengamalkan konsep SAVE FIRST THEN SPEND. Banyakkan tabungan utk ms depan.Dan buat masa skrg spend duit utk benda2 yg benar2 menjadi keperluan bukan keinginan semata-mata.

SAVING IS NOT STINGY BUT TRUST ME,IT WORTH FOR OUR FUTURE.

*semoga segala usaha kita utk punyai masa depan yg baik diberkati ALLAH

#unittrustsyariahinvestment
#investforourfuture
#100%saving

Tuesday, November 14, 2017

Bahagian masing-masing

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima..

Copy and paste 😍

Friday, October 27, 2017

MENGAWAL KEMARAHAN

❤ Kisah teladan untuk renungan bersama ❤

Ade seorg pemuda mengadu kepada sahabatnya... Bagaimana cara untuk menangani kemarahan..?

katanya...

"kamu cari paku dan ketukkan pada dinding rumah kamu...setelah itu kamu cabut semula paku itu supaya kemarahan kamu tercabut sekali sama seperti paku itu..ulangi sehingga kamu benar2 reda"

Selang beberapa ketika..pemuda itu dtg kembali dan menceritakan bahawa kemarahan nya telah pulih..beliau telah berjaya mengawal kemarahannya....

Namun....sahabatnya berkata..kamu lihat pada dinding itu...apa yg terjadi..? Dinding rumahnya penuh dengan lubang2 kesan ketukan paku tersebut...

Pemuda termenung..sahabat menyambung..begitu lah kesan hati org yg engkau marahi...marah mu telah lega tetapi meninggalkan lubang dihati mereka..

C&P

[PERMULAAN YG SUKAR, HASIL YG BERBALOI]

Kelmarin ada sembang dgn seorang senior engineer syarikat ternama dlm oil and gas.
Bila bgtau husband sy fulltime as unit trust consultant, dia buka cerita investment dia with Public Mutual.

Invest seawal tahun 2004, in fact he was a pinoneer la. Siap pinjam duit mak ayah semata mata nk invest cash. But after certain years mmg sgt berbaloi katanya. Daripada cash..tambah lagi epf..Now thn 2017,he still continue investing with his agent yg lama tu. Puas hati katanya tgk skrg returnnya quite big!

So...apa yg sy nampak kat sini?

-kesabaran kena tggi bila kita dah start invest. Jgn expect invest hr ni tahun depan untung berganda2. Unit trust bukan skim cepat kaya. Ia adalah long term investment.

-trust ur agent and engage!. Jgnlah bila kita invest..kita senyap..agent pun senyap. Keep on communicate..updating.bkn kna tiap2 hari, at least stahun tu bleh la 3-4 kli contact ur agent,baru nampak cakna 😊

-dengarlah dari mereka yang pakar. Bukan skadar yg viral di media sosial 😉

Ada 3 element ni, barulah akan nampak hasilnya. Boleh paham?

#uneedtrust
#syariahcomplianceinvestment
#FRventures

Saturday, June 3, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART 2

Bertemu lagi kita!

Part 2 semestinya lebih menarik sebab bermulanya penerokaan kami di Jeju Island. Pulau Cinta. Hihi.
Hari ini kami secara tentative akan dibawa ke 4 tempat menarik di Jeju ini!

Setelah selesai breakfast, kami berjalan-jalan dulu sekitar hotel ramada plaza Jeju. Kerana di belakangnya terdapat laut dan trek jogging. Subhanallah, sungguh indah ciptaan ALLAH. Dengan cuaca yang cukup berangin, memang mendamaikan!


didepan hotel, belakang kami tu nama dia grandpapa stone :D

Hotel kami sebelah laut

Destinasi pertama kami adalah the mysterious road. Apa yang misteri di mysterious road ni adalah, kita kan Nampak kenderaan seperti menaik walau ianya sedang menuruni bukit. Kira macam ilusi optic la. Tapi, masalahnya.. saya tak Nampak pun..hahahha. Tapi kira Ok la..suami saya nampak. Kih kih kih. Sebenarnya ia lebih kepada ilusi optik, so lain mata lain nampak dia. Apa tak kena dengan mata saya eh??? Eh..mata orang lain la yg x kena. ahahha

mysterious road yang tak berapa misteri :P

Selepas ke mysterious road, kami dibawa ke KPOP museum. Ha.. yang minat KPOP sure melompat-lompat. Kami? Biasa2 saja. Hihi, tapi kalau Puan Shidah memang terlayan jugak drama korea sekali – sekala. Haha. Tapi xdalah fanatic sangat. So, dalam KPOP PLAY ni adalah game2 seperti bergambar dengan image2 holgram artis2 KPOP terkenal seperti WonderGirl dan Big Bang.


berangan jadi awek KPOP jap, sape ntah nama org ni, saya x kenal ahahaha

haha, ngade je kan bergambar dengan mamat korea :P

haha, posing la kita

ni pun saya x kenal, tapi selalu tgk dia berlakon haha


Oh, kami sempat juga la menyaksikan hologram concert big bang. Kelakar pulak tengok anak-anak muda terpekik-pekik macam real punya concert. Haha. Boleh la…terhibur jugak.


hologram concert, macam real kan :)

Dah puas berlegar-legar di KPOP PLAY, kami dibawa menikmati lunch di Restoran Seafood. Menu nya adalah seafood termasuk abalone. Tau tak abalone tu camane? Dia tu kategori siput macam dalam gambar bawah ni. Hihi. Saya memang xda makan apa la masa ni, cuma makan mackerel grill dan nasi putih. Memang jenis xmakan seafood pun tambah tengah pantang lagi :D

Setelah lunch, kami diberi ruang dan masa untuk menyempurnakan solat di restoran tersebut. Antara kelebihan join incentive trip dibawah Public Mutual ni adalah, makan dan solat sangat dijaga. Walaupun tour guide adalah  non-muslim, tetapi mereka menitikberatkan soal itu, sensitive dengan keperluan orang muslim. Trip pun diatur group sesama muslim. Bukan untuk perkauman, tapi untuk memudahkan perancangan jadual memandangkan solat juga akan mengambil masa kerana ruang yang terhad dan wudhuk di dalam tandas.

Setelah segalanya selesai, kami dibawa untuk menikmati keindahan Chanjeyeon Waterfall. Orang2 korea percaya bahawa adanya bidadari dari langit yang turun bersiram di sini pada suatu masa dahulu. Airnya sangat dalam dan pelawat tidak dibenarkan mengusik air tersebut hatta membassuh tangan. Jika berbuat demikian, akan didenda. Di signboard juga ada mengatakan jika mandi disitu, akan mendapat risiko serangan jantung. Ini kerana airnya yang sangat sejuk dan dalam.




Last destination pada hari kedua adalah the painters hero show studio. Kami dibawa menyaksikan concert yang dipersembahkan oleh 4 anak muda korea yang cukup berbakat dalam melukis. Persembahan yang diselitkan unsur-unsur komedi sambil menyiapkan beberapa lukisan cukup menarik! sungguh kreatif sehingga saya mengharapkan Umar juga akan mempunyai bakat melukis yang hebat seperti itu suatu hari nanti. Ye lah, Umar kan minat melukis! :)




4 anak muda bersama lukisan mereka yang disiapkan dalam persembahan berunsurkan komedi

nak jugakkk..ahahaa

bila dah puas bergambar bagai, maka kami dibawa pula ke restoran seafood untuk menikmati makan malam. Alahai...seafood lagi, saya rela makan kurma. ahahaaa...

bersambung episod 3 nanti ya :)

muah2x!

Thursday, June 1, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART I

Alhamdulillah,

Sempena 1st Ramadhan baru berkesempatan nak menulis sedikit tentang incentive trip public mutual pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah trip yang sangat best. Bersedialah untuk menerima banyak episod dari kami hehe.

Alhamdulillah, kami bertolak ke Incheon, Seoul dari Kuala Lumpur pada 15th May dalam jam 11malam. Malam ...kira ok lah, boleh tidur. yahoo! hihi. Selama 5jam 30minit dalam flight Korean Air, kami selamat mendarat di Incheon airport pada keesokan harinya. 

Alhamdulillah! cuaca yang baik. Sejukk. 


Setelah selesai semua urusan baggage claim, immigration dan sebagainya, kami dibawa oleh travel agent iaitu Sri America tours. Tour agent  yang sangat ramah dan komited. Memang terbaik layanan. 1st destination adalah restoran di area Incheon airport untuk menikmati breakfast. Menu yang agak menarik. Tapi disebabkan saya pun x berapa nak selera, plus faktor kesihatan yang perlu menjaga makan, saya hanya pilih kismis dan telur rebus. Nasi goreng tu x berani sangat nak makan sebab macam pulut je beras. Plus tawar heber. haha. 

sarapan kami :)

Setelah selesai breakfast, kami dibawa ke Kimchi School untuk merasai pengalaman membuat kimchi. Serta merasai pengalaman memakai Korean Traditional wear iaitu Han Bok. Antara info yang saya perolehi tentang kimchi adalah: Ianya fermented food yang tiada expired dan mempunyai kadar bakteria baik (probiotik) yang tinggi. Dan sangat2 baik untuk penghadaman. Patutlah kita tengok orang Korea ni lawa dan slim sebab tiada masalah pencernaan kan. Lagipun masakan mereka tidak overloaded dengan gula, lemak serta MSG. Banyak rebus2 dan rasanya pun tawar. Memang menyihatkan! Kalau orang Melayu?? no comment, hihi. 

ready nak buat kimchi! :)


Han bok experience. Kalau Jepun ada Kimono, kalau korea ada Han Bok. Di sini juga kami berpeluang merasai pengalaman memakai Han Bok. Cantik-cantik design. Saya dok bayang2 nak warna pink, akhirnya dapat warna pink! hehe. Nampak tak the power of law attraction? :D Tengok gambar bawah ni, macam maharaja dan maharani korea tak. Hihi



Setelah selesai segalanya di sini, kami dibawa menikmati lunch di restoran halal (x ingat nama apa restoran huhu). Menunaikan solat dan seterusnya ke Gimpo airport untuk bertolak ke Jeju Island. Selama 1  jam perjalanan sampai lah kami ke Pulau Cinta itu. 

Welcome to Jeju, oh yeahhh!!

Sejukkk..berangin! indah sungguh! Dan seterusnya kami dibawa untuk menikmati dinner iaitu menu sashimi (ikan2 dan makanan laut mentah) hihi, nasib baik ada sup, ku rebus je smua ikan2 tu baru boleh telan :D


nampak x betapa seramnya menu2 itu. hihi. Tapi ikan tu bila direbus rasanya macam siakap stim, selamat la perutku dari kelaparan. Seafood lain mmg x sentuh la x berani lagi, pantang sebab resdung nanti :D Setelah kenyang, kami diberi peluang sekejap menikmati keindahan view laut di tepi restoran dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Ramada Plaza Jeju Hotel untuk berehat. Penat wooooo... 


ok, nantikan sambungan part 2 ye! :P

Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 
013-440-4869


Sunday, May 28, 2017

PILIHAN CARA MELABUR


PILIHAN INVESTMENT

Adik2, kakak2, abang2 yang masih tertanya-tanya cara memulakan investment utk simpanan long term...kat sini kak shidah kongsikan cara2nya. Basically ada 2 pilihan investment iaitu:

1. Melalui KW$P - ni ada syarat dan amount. Kna check detail dengan kami 🤗

2. DDI - Direct Debit Investment

DDI pula terbahagi kepada 2

a) Once off investment, minimum RM1000. Cthnya ada RM10000, terus invest dan biarkan saja wang berganda-ganda disitu.

b) Berkala . Permulaan minimum RM 1000, dan sambung bulanan minimum RM 100. Biarkan wang berganda-ganda disitu.

Range period untuk dpt meaningful dividen adalah dlm 8-10 tahun.

Kira great idea la kan invest dulu. At least sedar2 10tahun berlalu..ada juga hasil dia! Sapa sini dah keja hampir 10tahun tp xda pulak saving lebih 10k?? Don't worry, it is never too late to start!

Start now! Invest for our future.

Gambar kat bawah ni kira investment besar jugak buat kak shidah 😉😉🤗🤗
Farhan & Rashidah
Wealth Planner
019-916-7880
013-440-4869

Saturday, May 27, 2017

RAMADHAN, BULAN PENYEMBUHAN.

Image result for ramadhan kareem

Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat berjumpa dengan Ramadhan. Inilah bulan terbaik untuk merehatkan serta memperbaiki perut dan usus yg telah dibebankan berbulan-bulan. Bila perut dan usus baik, insya Allah fungsi organ2 lain juga semakin baik.
Siang bagi perut rehat. Malam kita berbuka dengan makanan padat nutrisi spt nasi, sayur, ayam/daging,ikan, buah-buahan. Kalau boleh stop dlu fastfood, junkfood, processed food (mknn dlm tin), high gluten food spt roti, serta makanan tggi gula dan ajinomoto. Mknn2 mcm ni sgt2 bebankan perut dan usus.
Bagi perut rehat betol2. Dalam masa yg sama,perbanyakkan ibadah khusus spt solat, mengaji kerana ia sumber meditasi yg baik untuk melepaskan stress dari tubuh badan. Percayalah bila abes ramadhan kita akan rasa lebih sihat dan fit.
Semoga Allah sembuhkan segala kesakitan kita. Dalam hadis2 bnyk sebut, penawar penyakit paling utama adalah puasa dan berpantang. So, EAT CLEAN!
Let us grab this chance, hayatilah ramadhan sebagai bulan penyembuhan rohani dan jasmani. RAMADHAN KAREEM!
Selamat menyambut bulan Ramadhan yg penuh barokah dari kami!


Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 
013-440-4869

Friday, May 26, 2017

BEZA INVESTMENT TAKAFUL DAN UNIT TRUST


Ada juga client kami yg compare return investment dalam pelan takaful dengan Unit trust

Tujuan utama takaful adalah perlindungan, saving & investment adalah bonus ataupun hadiah....

Maka mmg return dalam takaful agak rendah berbanding dgn unit trust

Dalam takaful, Bulan2 yg client bayar akan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu:


1. Tabaru' (perlindungan)
2. Simpanan

Normally nilai saving & investment dalam produk takaful hanya balik modal dengan nilai caruman bulan2 yg kita bayar...itupun hanya selepas polisi 20 tahun..
(Melainkan client peruntukkan khas utk simpanan...yg biasanya harga bulanan akan jadi jauh lebih tinggi)

So kalau client sudah ada takaful dan mencari pula tempat investment
Dicadangkan Pergi kepada unit trust yg 100% simpanan & pelaburan...

Dalam unit trust pula, jadi terbalik
client akan dapat return tinggi dari investment
Tapi pada masa yg sama syarikat unit trust berikan takaful percuma sebagai bonus

Sebab tu pentingnya agen buat 'clients need analysis'
Supaya kita faham apa sebenarnya kehendak client

#nakberjaya
#kenatolongorangdulu


Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 013-440-4869

Follow us for more tips :)