Sunday, February 17, 2013

Ketahui punca anak hilang selera makan, don't just simply bagi junk food bila si manja tak selera ye!

Assalamualaikum to all. alhamdulillah.. saya makin sihat dan dah dpt g kerja hari ni. 2 hari terbaring je di katil...huhu..food poison..adalah tersalah makan apa yg tak biasa kt luar tu.. so..kwn2 semua jaga2 juga ye..musim skrg ni.. cherry berry melanda..huhu. oklah, dsbbkn 2-3 hari saya takda selera makan langsung...mmg saya rasa terpanggil nk berkongsi tentang selera makan..sbb rasa seksa kalo tak makan.. tapi ni fokus pada selera anak2 la ek..hihi.

oklah, saya ada terbaca satu article di Sinar Harian online.. ttg punca2 anak kita kurang selera.... ye la..kadang2 kita as parent..mmglah risau if anak taknak makan... tapi..kdg2 kita terlalu cepat mencari n memberi solusi tanpa kita kaji dlu apa puncanya kan....sebaiknya tahulah dulu punca..baru bertindak. dalam dunia engineering pun mcm tu.. kena ada Root cause Analysis kn..so, kna pndai implement kt rumah jugak.hihi. dlu Umar Mukmin pun punyalah susah nk bg mkn..tpi skrg alhamdulillah..suap je nganga.. ni dgn bntuan teknik2 mengenali jenis mknn dan cara yg dia suka, serta juga dgn batuan nutrisi mealshakes shaklee. ha.. nk bg mealshakes pun bkn semberono je tau..kalau baby dah ok.means dia dah dpt nutrisi yg cukup... x perlu bagi dah..



Antara sebab utama yg telah dikenalpasti sbgai punca tidak selera anak2 adalah tabiat makan yg tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan, antaranya ialah:

  • Terlalu banyak bermain - Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur.
  • Tiada kawan - Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat.
  • Masalah kesihatan - Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah.
  • Masalah gigi rosak - Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi.
  • Jenis makanan & cara masakan yang sama - Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.     
Ada segelintir parents yg simply je bagi anak2 makan junk food sbb anak x nak makan makanan yg berkhasiat kn. Sbnrnye saya amat tidak suka anak2 diberi junk food atau makanan ringan kerana boleh bebankan buah pinggang mereka. Lagipun ini akan menyebabkan mereka lagi kurang berselera untuk makan makanan yg berkhasiat. Junk food biasanya mempunyai level gula, garam dan perasa yg berlebihan yg boleh mengubah tindakbalas badan anak2 kita...sbb tulah jadi makin tak berselera kn. cthny..bila dh biasa ngn yg manis2, insulin dah lebih..jadi badan tafsir nak gula lagi...hmm..gitulah...

So.. apa lagi...jadilah kita ibu bapa yg prihatin ye supaya tak menyesal di kemudian hari ye...

sayangi anak-anak dengan memberi mereka makanan dan didikan yang baik! We love children!

dan jika anak2 anda mengalami masalah yg relate dgn nutrisi yg tidak seimbang...apa kata cuba mealshakes?? :)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

regards,
ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
013-4404869

1 comment:

Follow us for more tips :)