Wednesday, June 19, 2013

Obesiti??? bagaimana nak elak obesiti??



Saya obes??? oh tidak!! macam mana nak tahu kita obes ke tak??? jom baca

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?

  • Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.


Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?

  • Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
  • Pastikan keperluan tenaga anda.
  • Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
  • Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  • Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
  • Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
  • Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, lima hingga enam hari seminggu.
  • Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
  • Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
  • Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.

Rujukan

  • WHO. Obesity : Preventing and managing the global epidemic. Report on a WHO Consultation on Obesity, Geneva, 3-5 June 1997
  • The American Dietetics Association, 1999. Proper weight measurement



No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)