Untuk para mommies kat luar sana, ummu umar nak kongsikan beberapa tips penting penyusuan. Ramai yang sering mengadu susu agak merudum terutamanya bila sudah kembali bekerja.
Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi:
- Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.
- Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu
- Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.
- Jangan gunakan puting kosong.
- Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.
- Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol.
- susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.
- Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin.
- Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali
- Tenangkan fikiran.
- semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.
- Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.
Set BF shaklee mampu menampung kekurangan nutrien para ibu dan membantu penghasilan susu dengan lebih banyak dengan syarat adanya demand
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
Email : shadiraakashi@gmail.com
SMS/ WhatsApp : 0134404869
Facebook Page: Ummu Umar's Choice
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment