Wednesday, June 19, 2013

Jom belajar kira BMI!


Kawan2 sering mendengar tentang BMI kan??? Tahukah apa itu BMI?? Jom baca!

Apa itu BMI (Body Mass Index) atau IJT Indeks Jisim Tubuh) ?

  • IJT adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Bagaimana seseorang mengira BMI?

  • BMI = Berat badan (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI?

Jika BMI anda (kg/m²) adalah Anda adalah

  • < 18.5 Kurang berat badan
  • 18.5 - 24.9 Mempunyai berat badan unggul
  • 25 - 30 Berlenihan berat badan
  • 30 atau lebih Obes

Tahukah anda bahawa berlebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?

  • Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.
  • Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.


ha...so skrg boleh start ambil kalkulator, kira dlu kawan2 berada di kategori mana.

sekarang, lepas kira jom kita cari solusi.

jika BMI ideal atau kurang, sila ke sini http://www.rashidahjuhari.com/2013/06/berat-badan-unggul-vs-berat-badan.html

Jika BMI lebih sila ke sini : http://www.rashidahjuhari.com/2013/06/obesiti-bagaimana-nak-elak-obesiti.html

No comments:

Post a Comment

Follow us for more tips :)