Assalamualaikum kawan kawan! malam ni saya nak bercerita tentang aktiviti saya pada hari jumaat yang lepas. Petang dari jam 3-5ptg saya direzekikan ALLAH untuk menghadiri ceramah nutrisi bulanan shaklee yang pertama kali buat kat Kuala Terengganu. Ye lah, kat Kuala Terengganu takde branch Shaklee, so, bila dah ramai group yang makin stabil kat sini, shaklee pun mula la consider buat kat sini jugak. Sebelum ni dah ada bengkel nutrisi kat Grand Continental. Waah..bestkan join shaklee, event kat hotel2, dapat ilmu free kot, tu belum cerita tentang kelebihan jadi ahli yang lain, serius sy cakap, join shaklee makin hari makin bnyk ilmu, dan saya mula sedar, bahawa terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu lagi. :)
Seminar ni telah disampaikan oleh shaklee nutritionist, Sarah. Dan ada juga beberapa leader seperti sifu saya, Nur Zahirah yang telah menlangkah jauh dalam shaklee turut memberikan talk berkaitan Shaklee Opportunity. Sarah pula lebih memfokuskan kepada penyampaian tentang nutrisi tu sendiri. Setiap kali pergi event shaklee, saya pasti rasa sungguh bersemangat melihat kejayaan orang lain yang telah mencapai kehidupan yang lebih baik dengan shaklee.
Berbalik tentang kesihatan lelaki, tahukah kwn2 bahawa statistik menunjukkan 43.9% lelaki merokok di Malaysia?? Dan tabiat ini apabila disokong pula dgn kehidupan yg stress serta pemakanan yg x seimbang akn menyumbang kpd masalah jantung, paru2, darah tinggi, strok dan mslh prostat. Ye lah, mmg lelaki banyak stress, sbb segala beban ada pada mereka. beban kerja, beban keluarga. Ada sampai balik lambat ke rumah, siap wat balik kerja ke rumah. ish3, kesian kan. Dah la stress, hisap rokok lak, pastu makan lak bnyk fast food. Mmg x seimbang. Sure lah mslh kesihatan akan timbul kan.
Di Malaysia ni, sakit jantung adalah pembunuh senyap yang pertama untuk lelaki. Yang kedua adalah darah tinggi dan seterusnya kencing manis. Walaupun ada je di kalangan wanita yang ada sakit2 ni, tapi lelaki adalah lebih terdedah dengan sakit ni. Mengapa?? Kerana, selagi tidak menopouse, wanita ada hormon estrogen yang melindungi organ especially jantung. Lelaki pula mana ada estrogen kan?? So, lebih terdedah la. Tapi utk wanita,selepas menopouse, risiko untuk mendapat penyakit ini, sama sahaja dengan lelaki kerana tiada lagi estrogen yang melindungi.
Jadi, sebagai langkah melindungi tubuh badan dari serangan penyakit, apa yang patut dilakukan??
- pertama, semestinya perlu MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT. Perlulah balance kan antara kerja dan keperluan peribadi dan keluarga. Sekali sekala, keluar bercuti, tiada salahnya.
- kedua,AMALKAN BERSENAM, sekurang-kurangnya 2x semggu allocate masa untuk bersenam. Jalan2 pun dah Ok, x semestinya kena berlari atau aerobik dengan hebatnya. hehe
- seterusnya, JAGALAH PEMAKANAN. Jangan asyik singgah restoran fast food je kan. Mintalah isteri masakkan makanan yg kurang lemak, sperti masak sup, stim, atau kalau yg famous kat terengganu ni singgang.saya tahu, ramai yang paling susah nak jaga pemakanan. tapi ingatlah, sedap yg kita rasa tu cuma di mulut, tapi bila sampai ke perut semuanya jadi tak sedap. huhu.
- lastly, saya galakkan juga anda mengamalkan pengambilan MAKANAN TAMBAHAN, jika tidak mampu melakukan tips2 di atas. Sekurang-kurangnya, pengambilan supplement akan bantu anda untuk lebih sihat, balancekan diet anda. At least, adalah jugak usaha kita untuk hidup lebih sihat kan???
Kalau dalam Shaklee ni, kita ada specific set untuk lelaki. gambar kat bawah ni adalah set basic untuk lelaki.
secara ringkasnya, fungsi vitamin di atas adalah;
- Omega untuk memelihara tahap kolestrol normal dalam darah,
- Vitamin E untuk melindungi endothelium (dinding arteri) dari kecederaan. Dalam masa yang sama mengelakkan pembentukan plak darah di dinding arteri. Bila ada plak, nnt mudahlah salur darah tersumbat tau
- Zinc pula lebih kepada melindungi kesihatan prostat kaum lelaki. ye lah, makin berusia, testosteron semakin kurang, jadi risiko pembengkakan prostat semakin tinggi. So, lindungi ia ye para lelaki budiman
selain 3 vitamin di atas, terdapat 2 lagi supplement tambahan yg sangat penting bagi lelaki. iaitu SHAKLEE COQ HEALTH tablet dan VIVIX.
- Vivix akan bantu memberi energy kepada sel kerana ia akan menambah bilangan mitokondria di dalam sel. sebab tu bila minum vivix sebelum tidur, bangun pagi esok macam spring dah. hahaha!
- dan lastly, COQ Health ni adalah produk terbaru dalam Shaklee. Secara ringkasnya COQ Health ni kandungannya terdiri daripada enzim CoQ 10, vitamin E dan green tea. Kebanyakan sakit jantung yang menyerang dipercayai disebabkan kekurangan enzim CoQ 10 yang berfungsi untuk memberi tenaga kepada jantung. Dan pil ini juga digabung dengan vitamin e serta green tea untuk mencegah penggumpalan darah.insya ALLAH saya akan buat entry khas tentang coQ health plus nanti :)
ha...bagaimana?? kagum kan?? so, kalau anda ada ayah, atau suami, atau anak lelaki. Hadiahkanlah set ini kepada mereka. Nak2 sempena hari bapa ni kan? apa salahnya kan?? lelaki kan ketua keluarga, kenalah pastikan mereka juga sihat sentiasa. hehe
berminat nk cuba shaklee seterusnya mendapat konsultansi percuma?? sila berhubung dengan saya melalui :
Email : shadiraakashi@gmail.com
SMS/ WhatsApp : 0134404869
Facebook Page: Ummu Umar's Choice
No comments:
Post a Comment